Friday, February 10, 2012

bercinta 1x sabar dah kawen 2 ganda kena sabar

Assalamualaikum...selamat hari jumaat..sapa tengok drama germesik kalbu episod last semalam, aku minggu nie banyak termis drama tu, dalam dok tengok drama tu satu point je yang menarik minat aku nak kongsi kat sini masa mak wan Ariffin cakap lebih kurang camni kot, bercinta tak sama ngan kawen, kawen kena banyak lg bersabar berbanding zaman bercinta.

zaman bercinta

meh aku nak story apa yang aku faham n leh jadi iktibar untuk diri aku dan kamu2 yang lain jugak.Bila kita bercinta hanya melibatkan 2 orang je kan, so dua hati je kena jaga, then bila rasa bosan dan tak suka ngan perangai pasangan kita, kita boleh je blah camtu tanpa rasa apa2. ye ke tak rasa apa2 ek...tak rasa pe2 sebab senang je dapat penganti baru kan2 :p.

TAPI bila kita dok ulang perkara yang sama tukar pasangan bila dah bosan sampai bila2 pun hubungan tak menjadi kan, apa kata kita belajar sabar n komitment dalam hubungan. dan kalau ada apa yang kita tak suka n cuba slow talk n cari jalan penyelesai yang terbaik supaya dua2 boleh faham n terima, give n take arr kan.

zaman dah berkawen

cam tak layak lak tak tulis, sebab aku lum kawen lg, rasanya  sebelum nie tak terfikir kot perkara camni akan terjadi, baru tersedar semalam :p.....masa tengah tengok drama tu aku pun tanya kawan aku, betol tak apa yang dikatakan tu, dia jawap betol ( dia dh kawen )bila dah kawen banyak hati kena jaga taw, then xleh nak cakap sesuka ati, menjawap suami dapat dosa lak, dari ayah,  mak n adik beradik pasangan semua nak kena jaga hati kan, kalau ada apa yg tak puas hati ke or berbeza pendapat kena banyak sabar je kot. bila dah kawen automatik kita dah terikat, xleh nak cuba2 kawen dlu, zaman bercinta je boleh cuba2 komitment bila tak serasi boleh je putus, perkahwinan bukan macam tu kan. kesimpulanya orang yang dah berkawinan kena banyak bersabar berganda. u all yang dah berkawen sebenarnya beruntung ok dapat pahala pun berganda gak. 

 p/s: bila aku boleh kawen ek? jawapan tu dah tertulis masa umur kita 4 bulan lagi dlm kandungan ibu. rahsia Allah.... :)...

3 comments:

Liyana Anuar said...

Betul2~~ kena byk bersabar.. :)

Myra Jay said...

InsyaAllah Iz akan ketemu jambatan jodoh yang dinanti :)

Dah kawen mmg kena banyak bersabar, compared to zaman bercinta mmg banyak perbezaannya :)
Myra becinta lepas kawen, lagi syorga :)


**Iz, myra suka lagu dalam blog Iz ni, sedap sangat**

izyantyPersonalTaste said...

yana :a'ah kn banyak bersabar..

myra:amin...thank's myra..bcinta pas kawen lg best ek..iz pun rasa camtu gak.

lagu nie tajuk jodoh dan takdir, suka gak :)