Friday, March 22, 2013

zikir meringankan beban tugas..

AAssalamualaikum...
selamat hari jumaat, cuaca mendung cam nak hujan, dah lama kat penang nie tak hujan, panas terik je selalu...hujan rahmat dihari jumaat alhamdulilah.

kita nak share sikit pasal zikir, sebab semalam masa tengok semanis kurma ustazah ada bagi tips nie.sebelum tido n selepas bangun pagi baca zikir nie


Subhanallah 10 kali, 
Alhamdulillah 10 kali 
dan Allahu Akbar 10 kali 
baca lebih lagi bagus kan.kebanyakan orang dah taw kelebihan zikir nie kan, sebelum nie aku just amal zikir time pas solat.tak pun time xleh tido malam.Bagi aku sendiri zikir nie memang bagus sebab aku sendiri dpt rasa bila buat keja apa2 jadi mudah,zikir yg tak pernah  tinggal dari zaman study hingga keja, sebab dalam kepala otak nk buat keja senang je he3...dan aku baru taw kena baca sebelum tido...tapi tak pa baca je bila2 masa pun tak pa,  semua orang penat buat keja kan,so cepat2 zikir n fikir kita buat kerana Allah supaya hati kita pun tak letih dan lebih  ikhlas. kalau nak cakap pasal tak puas hati asyik kita je buat keja sampai bila pun tak habis kan, pura2 pujuk hati :)





Sayidatina Fatimah, Putri Rasulullah SAW pernah menyuarakan kepada ayahnya supaya diberikan pembantu rumah. Rasulullah sangat kasihan dan simpati melihat anaknya itu terpaksa melakukan kerja-kerja rumah sendirian hingga kepenatan. Tetapi apakah jawapan Rasulullah terhadap permintaannya itu? kata baginda, "Wahai Fatimah, Allah boleh beri lebih dari ini jika engkau mahu. Tetapi sebenarnya Allah lebih suka memberi ganjaran yang lebih besar di Akhirat." Lalu Rasulullah mengajarnya bacaan zikir untuk meringankan beban tugasnya itu. Iaitu bacaan 
Subhanallah33 kali, 
Alhamdulillah 33 kali 
dan Allahu Akbar 33 kali
 yang perlu dibaca sebelum tidur. Zikir ini kemudiannya dinamakan Zikir Siti Fatimah. Siapa yang mengamalkannya akan mendapat kekuatan jiwa hingga fizikalnya menjadi sihat dan cergas melakukan kerja. Memang bukan mudah untuk menjadi sesolehah Sayidatina Fatimah RA, tetapi itulah antara contoh wanita terbaik yang patut kita teladani... Takut jika semua kemewahan itu telah diambil /diberikan Allah di dunia, di akhirat kita tidak memiliki apa-apa lagi. Waallahhu'alam..

No comments: