Wednesday, July 4, 2012

MALAM nie malam NISFU SYAABAN ( 15 syaaban 1433)


Hari ini 4 julai 2012 bersamaan 14 syaaban 1433, so malam nie apabila masuk waktu mahrib dah masuk malam nisfu syaaban kan. sapa yg berperluang untuk puasa esok 15 syaaban 1433 ( 5 Julai 2012 ), boleh niat malam nie ok.

niat puasa nisfu syaaban dalam bahasa melayu:
sahaja aku puasa nisfu syaaban esok hari keatas diriku kerana Allah Taala.


Amalan Malam Nisfu Sya'ban

   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.



 Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

1 comment:

Myra Jay said...

InsyaALlah, jom kita rebut amnfaat sempena Nisfu Sya'aban ;)