Pages

Saturday, October 29, 2011

buah asam gelugur boleh kuruskan badan ek????




nampak macam sedap je kan buah nie kan, sila jangan terpedaya ok buah ini sangat masam tidak sesuai untuk dimakan mentah, maybe ada yang tak taw asam gelugur keping berasal dari buah kat atas tu.
( paksa anak sepupu  pegang buah asam aku nak ambik gambar :p )



asam-gelugor-keping

 nie rupa asam yang siap dikeringkan, yang aku taw dulu asam keping nie selalu diletakan dalam kuah laksa.. sebab mak aku selalu buat laksa. aku arr yang rebut2 nak asam keping nie, padahal orang lain xnak pun huhuhu...selepas diselidik rupanya buah nie banyak gak khasiatnya rupanya..tu le kan malas membaca dah tak taw :p

 sapa pernah makan,sure tak pernah kan...aku pernah makan taw pucuk asam gelugur kaler merah  nie siap cicah ngan garam lagi ,masa zaman kanak2 le ( rasa dia masam ) budak kg of coz semua benda yang leh makan, nak makan kan. besar2 camni tak teringin lak nak makan dah huhuhu..

 jom tengok khasiat asam gelugor nie

asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.


Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. 

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

sumber:
///utusanmalaysia///




0 comments:

Newer Post Older Post Home