Pages

Friday, July 1, 2011

apa nak buat dengan kucing yg suka mengekor kemana kita p??

Aku bukan seorang pengemar kucing, setakat bagi makan kucing aku tak kisah lagi, bab dia suka mengekor dan bergesel kat aku, yang buat aku tak suka. aku geli ngan kucing pastu sedikit fobia bila dok rapat2 ngan aku, aku takut dia cakar aku, dulu pernah kena cakar ngan si oren coz lambat bagi makan. terus buat aku tak leh dekat ngan kucing. dlu aku ada sioren yg menumpang umah aku, pastu dia lari ikut kucing betina mana thah, terus tak balik2 sampai sekarang.

Baru -baru nie ada sekor kucing jantan lagi yang nak menumpang umah aku, pelik tol le kucing2 nie suka tol menumpang umah aku, mula2 masuk time siang, dah halau keluar tak masuk dah. camna thah malam kemarin boleh pulak dia panjat bumbung umah aku masuk dalam umah, terkejut giler aku bila masuk dalam bilik kucing tu ada atas bumbung bilik aku, memang berusaha nak dok umah aku rupanya. aku pun dah malas nak suh dia keluar, aku biar je lah then tido. masa kol 3 pagi tu aku terjaga dengar dia dok panjat2 sampai jatuh habis barang dalam umah aku, nie mesti dia dok ligan cicak nie. lantak ko lah kucing sambil tu aku dok dengar dia dok mengiew2...rupa2 tak boleh keluar dok dalam bilik mak aku, tadi pandai sangat masuk sekali nak keluar tak boleh huhuhu....mak aku pula bangun buka pintu kat dia. so dengan rasminya kucing tu dok umah aku sekarang. tapikan fikir2 balikan tak nak arr kucing tu, dah bagi makan kenyang pun asyik nak ikut orang je, rimas tol kang tersepak berdosa lak, baik suh dia pindah umah orang lain je kan, but kucing tu comel gak bulu putih bersih ada tompok hitam sikit, kurus je muka cam remaja lagi hahahah...


p/s: kalau kucing siam, lagi tak mau nampak cam ulat bulu besar bergerak huhuhu..larikkkkkkk

3 comments:

Myra Jay said...

Sebab bagi makan kot Iz tu yg kucing lekat ngan kita.. :)

Fiza Amran said...

hi same here x berapa gemor kucing but x de la kejam dengan kucing

izyantyPersonalTaste said...

myra :thah le, yg kucing sebelum nie kalau lapar je baru suka ikut, nie pandang nampak.

fiza:he3 sama ek...btol2 xberapa suka tp tak lah sampai kejam ngan kucing :)

Newer Post Older Post Home