Assalamualaikum....kat sini aku nak kongsi sikit cara nak pakai shawl halfmoon lace, shawl nie menggunakan kain chiffon lembut dan anda semua sedia maklum kain chiffon sedikit jarang kan. so kebanyakan pemakai shawl chiffon perlu pakai dengan menggunakan inner neck yang menutup bahagian tengkok kan.
Kalau aku memang tak selesa sangat nak pakai inner neck sebab melekat terus kat muka, aku lebih suka pakai dengan anak tudung awaning. tapi itu shawl biasa sebab boleh lilit banyak kali. Tapai halfmoon tak perlu lilit banyak kali.
So kat sini aku nak kongsi sedikit apa yang korang perlu pakai supaya lebih selesa dan tak payah risau bila ditiup angin tak kan nampak apa2 yang tak sepatutnya...
STEP 1
Pakai tudung expres warna kesukaan korang saiz S/M. yang aku pakai nie saiz M comfim2 akan menutup bahagian depan dengan selamat so tak payah risau dah bila angin tiup or kecemasan kan.
STEP KE-2
Just letak shawl halfmoon cam gambar diatas dan pinkan bahagian bawah, selepas itu pin kan kiri dan kanan ok siap....kalau korang kreatif lg boleh pakai dengan pelbagai cara, boleh tengok toturial dekat youtube ok yang penting selesa dan menutup aurat ek.
Model utk shawl aku kali nie adalah adik aku...kena paksa hahah...p shoot gambar kat padang golf Dublin...Lepas balik dari kenduri umah mak mentua sepupu aku. of coz owner kena pakai dulu p majlis2 untuk marketing he3....dan hasilnya ramai yg dah book shawl nie. alhamdulilah.... By the ada 3 design. so aku akan keluarkan secara berperingkat...lambat nak jahit lace nie, dan aku tak dak asst yg mahir. kena train orang untuk bantu aku. sebab aku nak jahit veil lagi. tak cukup masa.
sekarang trend baju peplum kan, aku pun nak jugak huhuhu...tapi tak suka jenis kain nie kain lycra kan jenis getah sikit, (firtime beli ) so kena pakai inner or siglet kat dalam supaya dia tidak melekat terus ke badan. lepas nie kena beli peplum chiffon or satin, baru tak melekat kat badan kan.
kalau pakai skirt, dress, jubah n baju kurung pun aku akan pakai leging kat dlm. tujuan keselamatan dan keselesaan... stoking tak nak pulak pakai aku nie, aku akan cuba in syaallah.
leging pakai kat dalam je ek bukan kat luar..ooopp... peace.....he3...aku pun tak sempurna...sedang belajar ke arah yg lebih baik.
p/s: jangan lupa join contest kat pages izyanty collection SINI....Mungkin anda salah seorang yang bertuah akan memenangi shawl macam kat atas nie... :)
p/s: jangan lupa join contest kat pages izyanty collection SINI....Mungkin anda salah seorang yang bertuah akan memenangi shawl macam kat atas nie... :)
2 comments:
Cantik Iz berpeplum..
Myra nanti nk try pkai shawl halfmoon ni :)
myra : thank's..
Post a Comment