Tuesday, January 15, 2013

kenapa saya tak suka guna pos laju

Assalamualaikum....petang yang kelam kabut harini....tengahari tadi aku dpt msg dari customer, barang dia order dah sampai tapi dalam sampul tu bukan vitamin c, tapi benda lain. ampa nak taw tak  benda apa....ubat kurus....jeng2 kerani pejabat pos tertukar sampul. Memang kemarin aku p pos dua barang, satu barang lagi akak kedai  suh tolong pos barang dia sekali. aku memang dah letak asing2 dan tulis nama untuk setiap sampul berasingan. so bukan salah aku lah kan, dia yang tak baca betol2 atas sampul tu sebelum lekat dan cara terima barang pun salah sepatutnya kena lekat borang terus bila dpt satu barang, then baru ambik barang kedua dan tampal. dalam hati ati kemarin cam nak cakap kt dia tengok betol2 dan asingkan, tapi tu lah tak terluah lak nak cakap.

By the way aku tak lah nak marah sangat sebab budak kaunter tu budak baru, mesti akan buat silap mula2 keja kan. Tapi yg tak bestnya time buat keja leh pulak dia dok ramah tamah tegur orang merata maksud aku tak fokus, sebab aku tengok pekerja2 lama kt situ buat keja fokus n serius. bila keja yang melibatkan orang ramai on the spot kena siap, memang kena fokus lah kan...huhuhu...semua orang pernah buat silap kan,kalau aku tak komplain masalah nie n buat tak taw je tak produktif lak kan pekerja kan. so harap lepas nie pekerja baru tu belajar dari kesilapan.sangat menyusahkan ok terpaksa melibatkan ramai orang.


sebelum aku p  pejabat pos, aku dah call dulu tanya camna...so dia cakap dtg pejabat pos tengok sapa yg salah, of coz aku yang betol, pjbt pos suh  penerima return balik barang kat penghantar melalu pejabat pos diorang tak caj bayaran. so aku lak cakap nanti bila saya dah dpt barang balik saya nak kena pos balik barang kat customer yg betol so nak kena bayar lagi ke? maksudnya 2x saya kena bayar RM 24 camtu?supervisor tu cakap tak payah bayar nanti dia akan bayar sebab diaorang salah. Bukan lah nak berkira sangat kan walaupun jumlah tu sikit je kan. Tapi kalau aku tak ckp camtu, diaorang buat tak kisah lak kan. 


setelah difikir dan berbincang dengan akak kedai yg minta tlong aku tu, kitaorang dicide suh customer kitaorang tolong pos balik kat penerima yg betol dan caj pos laju aku lah yg kena bayar balik. takan nak tunggu penerima return balik baru pos jadi lambat kan. kalau ada rezeki aku nak tukar balik bila aku nak pos laju yg baru hahahha....diorang kan dh janji hahahah...pos free 2 brg...thah due date sampai bila.

to my customer saya, minta maaf banyak ek, sebab tak dapat dielak. sebab tu aku lebih suka guna pos expres sebab boleh tulis dekat sampul terus. Tapi tu lah masalahnya pos expres hanya untuk dokument dan tak dak kotak besar. veil memang aku guna pos expres curi2 guna gak hahah...kalau nampak mencurigai kena return balik tak pasal2 kena guna pos laju gak huhuhu...pernah kena taw.dah kena p ambik jauh n selamat majlis customer  aku lambat lg. kalau tak mmg kelam kabut aku.


Dengan ini aku berharap pos malaysia dapat mengupgrade pos expres....supaya lebih fleksibal guna sampul pos expres barang pun tak remuk dan kusut he3...

4 comments:

aDisH.sHidA said...

itu la dorang bukan nak pelekat terus..pastu x tengok ke nama kat situ ngan kat borang...sabar je la..eh izyanty jual vita C ye...

Myra Jay said...

Risau terjadi macam ni la.. Mujur setakat ni belum jadi lagi, memang kena elak la kan..
Dan mujur Iz dapat free untuk re-post... klaau tak... hmmm :D

izyantyPersonalTaste said...

adish shida :tu lah pasal depa tak tengok sampul ngan borang betol2...yg dekat selanggor customer dpt, yg dekat kulim pos laju tahan sebab tengok tak sama, dia call tanya...camna lah yg kt slanggor tu leh terlepas..

a'ah jual vitamin c jugak 30 biji RM 30.

izyantyPersonalTaste said...

myra: memang risau bila jadi camni,satu hal nak kena jawap ngan customer, satu hal nak kena bergegas p pjt pos dua tiga kali..sebab tu tak aktif sangat jual produk lain sebab kena guna pos laju. kalau veil n tudung boleh guna lagi sampul pos expres..
p/s : benda yg paling takut bisnes online camni lah, tak pasal2 rekod buruk.