Assalammualaikum....
selamat hari jumaat... dalam bulan puasa nie dah 2x aku kena p klinik. kali nie p sebab mata jadi ketumbit lak, dah 2 week sebenarnya just guna ubat sapu yg adik aku punya. mula2 tu cam berkesan utk bahagian bawah, minggu nie aku tengok atas mata lak dok membengkak, serius aku memang malas nak p jumpa doktor, selalu demam sikit2 beli ubat farmasi n panadol je, jaranglah nak sakit yg teruk2 alhamdulilah. Dugaan tol puasa kali nie, haritu sakit gigi kali nie mata lak.
masa terawih semalam adik aku cakap mata dh bengkak teruk tu p lah jumpa doctor ambik antibiotik baru lega, p klinik kerajaan. so hari nie aku pun p lah. dia cakap p klinik kerajaan free, memang tol free just bayar RM 1 untuk pendaftaran. kalau kita p klinik swasta mau kena RM 30++ nie. antibiotik dlm rm 20 gak kalau nak beli kat farmasi. so kita harus lah p klinik kerajaan hahah..free ...harus berjimat cermat kan. Dah macam iklan kerajaan lak kan.
Aku pun tak faham napa aku tak p sangat klinik kerajaan dulu2. mak aku selalu bawa p klinik swasta je masa zaman budak2 dulu. Sekarang baru aku perasan kelebihan klinik kerajaan :p. yelah dulu2 mak aku keja, mana ada masa nak bawa p klinik kerajaan, klinik kerajaan kan sabtu n ahad tak buka, so klinik swasta je lah yang ada. Tau tak sebelum nie aku dok terfikir yg klinik kerajaan tak bagus, ubat tak cukup kuat sebab free, sebab tu kot orang suka p swasta kan, padahal semua tu tak betol 100% pun.
orang suka p klinik swasta sebab klinik kerajaan waktu operasi terhad, klinik swasta 24 jam buka n setiap hujung minggu pun buka kan.
TIP untuk cepat mendapat giliran awal di klinik kerajaan
- klinik buka pagi korang org pertama yg daftar or
- p time selepas time rehat klinik, jadi orang pertama yg daftar
jgn p hari Isnin n jumaat kalau berhajat kol 9 baru nak daftar ( 2 hari nie memang orang ramai )....selain hari tu orang tak ramai pun
aku buat camtu lah, pastu p keja, sat je pun jumpa doktor.
antibiotik of coz lah kaler dia yg ceria n terang kan, doktor selalu akan pesan makan antibiotik sampai habis, kenapa ek kena habiskan, serius ini sangat penting sebab tak nak sakit tu berulang lagi kot, dan dia berfungsi melindung badan kita dari bakteria ( antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria )
p/s : selamat memperbanyak amal ibadat di 10 malam terakhir,
No comments:
Post a Comment