Friday, September 30, 2011

Tanya Pada Siapa

Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah

Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)
Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..

lirik

Angelika-Tanya Pada Siapa


ucapan yg sesuai buat pengantin baru mengikut sunnah nabi

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

 
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

 
Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

 
Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita".[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, "saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."[4]

 
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

sumber :  
p/s: lepas nie musim orang kawen pulak kan...aku pun sibuk mencari doa-doa buat pengantin untuk dimuatkan di dalam guesbook/ buku tamu. cover depan dah siap, just nak masukan doa-doa lak. harap bakal pengantin suka ngan idea aku yang tak seberapa nie.

Friday, September 23, 2011

Aktiviti yang aku buat bila bosan online

sejak 2, 3 menjak nie bosan sangat...walaupun aku tengah online...nak update blog idea lak hilang, nak fb pun dah tak best...bukan menjadi kegemaran sejak jadi remaja purba nie huhuhhu...so semua benda aku dah bosan...tapi kan aku paling suka buat tengah2 boring camni adalah mencari resepi masakan, cari sebanyak mungkin simpan dulu, kalau rajin baru cuba. pastu tengok makanan cam sedap je...sekali tengok resepi banyak tol bahan tak nak buat lah :p. then berusaha cari resepi paling ringkas dan senang nak buat. dalam kepala otak aku bila tengok makanan yg nampak sedap dalam majalah or blog je terus je nak p cari kan. bila sampai tempat tu otak aku blur tak tau nak makan pe...last2 dalam pingan aku banyak sayur dari lauk...asal aku berkenan  depan mata sayur je.


 p/s : petang nie nak buka puasa ngan apa pun tak taw lagi, nak pergi beli rasa cam malas je....kenapa thah aku memang suka masakan kat umah walaupun ringkas berselera je aku makan, berbanding beli kat luar selera jadi kurang.

pe hal pulak lagu kt blog tak dak????

dah 4 hari buka blog tak dengar lagu....yg fullmusic tu pun dah hilang, kenapa ek jadi camtu...lappy aku yg problem ke apa....orang lain dapat dengar tak bila masuk blog nie???

Thursday, September 22, 2011

sapa nak makan kek coklat yang moist sangat


 Raya lum habis lagi kan...mari kita bercerita tentang cake yg senang giler nak buat..sangat sesuai dengan aku yang pemalas nie. dah le senang bahan dia pun xbanyak leh buat sambil sembang2 lagi taw. masuk nie dah kali 3 aku buat atas permintaan orang. bukan  buat jual makan sendiri je. aku bukan pengemar kek, tapi suka buat cake untuk orang lain je...makan skit pun aku dah mual...

nak buat cake nie xpayah pun kita perlu kukus je...kan senang xpayah risau kalau hangit he3...korang kena cuba taw senang dan sedap. by the way resepi nie aku dapat kat internet tak tau resepi sapa coz aku main redah je masa tu dok kumpul2 resepi..kepada tuan punya resepi nie jangan marah ek kita tak mention nama awak,thank's tulis resepi nie. 




 ini rupa cake pertama kali aku buat, kek nie naik sampai jadi tinggi camni taw...asal loyang aku nipis je sekali kukus jadi tinggi...ok kita suka...kalau korang rajin letak coklat atas cake lagi sedap kan...aku pemalas mmg tak letak pun, nak ngap terus je hahaha....



kek coklat kukus

Bahan2:

2 cawan tepung blue key ( tepung naik sendiri )

1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

dan juga..periuk kukus

Cara2:

Campurkan semua bhn satu persatu. Just pakai wisk , xyah pakai mixer..takut terlalu naik nanti...bancuh rata then kukus dlm masa 40 minit camtu...senang taw! sedap & moist lagi!


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 
whipping cream ( dlm kotak biru cair ) kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.                                                      


p/s : tepung naik sendiri tu satu kotak leh buat berbiji-biji cake lagi...satu kek just guna 2 cawan je...see jimat kan.

kenapa rakyat malaysia gila korea?

Assalammualaikum dan selamat pagi semua...pagi2 nie  buka radio hot f.m ada tajuk nie...so aku pun nak bagi pendapat gak  kat blog je lah he3..bila sebut pasal korea apa yang korea apa yang korang bayangkan ek..bagi aku lak bila sebut korea aku terbayangkan drama dia yang best tu...memang minat giler dengan drama2 korea nie. first drama yang ditayangkan di malaysia masa dulu winter sonata kan, sampai sekarang belambak2 je drama korea yang kita leh layan kan. kalau nak yang latest boleh je dowload  internetkan...

bila layan drama korea nie memang tak boleh behenti tengok, cam dah jadi ketagih lak...dah le banyak episod macam nak habiskan satu hari je...sampai tak nak tido je kan sebab nak habis kan drama tu huhuhu..lagu satu yang best pasal korea nie, pasal lagu-lagu dia, tapi aku layan lagu dari drama je...k-pop tak minat...lagu-lagu drama memang sweet je dengar, walaupun tak faham kan hahahah... tapi leh faham gak sikit2 coz dalam lagu tu akan selitkan sikit bahasa inglish...then bila ada lagu depa akan translit gak...

kalau tengok drama korea...aku suka tengok pelakon laki n girl yang comel...then depa buat apa pun nampak sweet je kan...sengal tol kan aku huhuhu...majaroti drama korea mesti cite cinta...tu yang best hehe. pastu nak berangan2 lak kan huhuhu...daripada permerhatian aku le kan lelaki korea bila bercinta   romantik sangat, nampak sweet sangat walaupun slow kan..sangat suka lor...then berangan nak bf camtu gak...cehh ner ada laki melayu camtu kan...

drama yang aku suka masa sekarang   Heartstrings...memang layan arr...sampai 2, 3 ulang tengok taw..
satu lagi pasal korea yang aku suka ialah baju fesyen korea...cantik arr...see betapa besarnya pengaruh korea kat m'sia nie kan, banyak tol kedai yang jual baju korea kan. korang perasan tak dalam drama korea setiap hari baju, bag, kasut n jam akan tukar, tak dak benda yang diaorang pakai berulang. dengan cara tu lah diaorang mempromosi barang diaorang. korang lak camna ek?

 dari segi lokasi lak, aku rasa korea sangat cantik...so perasaan nak p sana sangat tinggi he3..p
diaorang pandai pilih view yang cantik dan menarik sampai orang yang tengok drama diaorang begitu teruja nak ke sana kan.




                             Heartstrings Promotional Poster.jpg

 Heartstrings drama

Wednesday, September 21, 2011

HARGA PROMOSI DARI SEPTEMBER- DISEMBER 2011- RM 1

TEMPAHAN DOORGIFT ( LULUR ) DENGAN HARGA SERENDAH RM 1 BAGI 50 PC KEATAS..BAGI YANG BERMINAT BOLEH PM  FB IZMA. 
OR 019-4290584

** TAWARAN INI SAH DARI BULAN SEPTEMBER- DISEMBER 2011 SAHAJA.


** TEMPAHAN HENDAHLAH DIBUAT 2 MINGGU LEBIH AWAL DARI MAJLIS PERKAHWENAN KORANG EK.

...

INFO LANJUT DI

http://izyantyshop.blogspot.com/2010/10/izyanty-collection-spa-lulur-badan.html

Tuesday, September 20, 2011

Guestbook Wedding - dalam proses pembikinan


Sepatutnya aku dah patut buat guestbook dari sekarang sebabnya 2 dua majlis dalam bulan 11 & 12...date tu bukan aku nak kawen but sepupu2 aku yang nak kawen huhuhu....see asal orang kawen je aku pun jadi cbuk je kan...konon2 jadi orang penting hehe...dok menyiapkan benda yang berseni. sikit2 boleh..lebih2 tak pandai sangat...maybe kena banyak belajar lagi.

guest book yang aku nak buat kali nie mengunakan teknik quiling....so dari sekarang kena mengulung kertas2 colour supaya jadi cam kat atas tu. bila dah siap Quiling baru kita leh bentuk rupa lain-lain lak macam kat bawah tu ok.


sebenarnya ada alat khas untuk mengulung kertas tu...tapi aku tak jumpa pun benda alah nie kat penang, so aku gulung ngan pin kertas je lah he3...setengah orang guna lidi sate pun boleh...nanti dh siap gues book tu aku publish kat cini ek...

p/s : konon2 tak sabar nak tengok hasil tapi pemalas nak buat lagi huhuhu

Monday, September 12, 2011

Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.


Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).


Doa Solat Istikharah


“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”


sumber : 
 
p/s : harap dipermudahkan Allah...amin...aku dalam dilema

Thursday, September 8, 2011

hatiku milikmu.....\(*_^)/

 Jom layan lagu, napa thah aku suka lagu nie...lum terlambatkan nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kawan2 blogger, harap korang dapat maafkan aku sepanjang menjadi blogger, mungkin penulisan aku ada menguris perasaan sesiapa...
lama sangat tak update blog, rindu korang semua...pas nie insyaallah nak rajin menulis balik.

Hatiku Milikmu - Nera AF9

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini