Pages

Friday, January 23, 2015

makan tomato boleh kurus ?


salam...hai u all
nak kurus..nak kurus...sebab ramai sangat tegur aku dah gemuk
so kita pun nekad nak turunkan berat badan..
buat research gak lah kan nak diet tanpa makan ubat
masuk nie dah 3 minggu konon2 diet....2 minggu pertama menipu sgt diet aku tak ikut menu diet lalala....
 minggu 3 mean minggu nie baru berjaya sikit...makan sayur banyak2 ...aku rasa aku xleh tinggal nasi so aku nk makan gak nasi tapi dlm kuantiti paling sikit 2x suap je hahah...

konon-konon aku nak  

Diet Atkin





Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.




memang susah nk tinggal terus nasi so google lagi ada orang bagi tips makan tomato 1 hari 1 biji..ok fine nie paling senang makan buah tomato je lah kan.

punya lah saiko kemarin petang baru makan tomato ngan bihun sup turun 1 kg...mybe penimbang tu salah kot...ai senaman gak taw pagi n petang dalam umah je bagi kuar peluh....mula-mula ko rasa cam susah lama-lama ok je.

benda paling susah apabila makan beramai-ramai selalu tak leh displin...so kalau nak diet makan sorang2 untuk 2 minggu pertama sebab kena ajar perut makan nasi sikit  tapi sayur n lauk banyak.paling berkesan tak payah makan nasi terus, makan lauk n sayur je.

diet atkin nie sebenarnya senang je jangan makan nasi n makanan berkarbohadrat je...lain2 boleh makan sedap2. masalahnya aku perut orang melayu mesti ada nasi walaupun sikit.

dah berjaya minum air banyak2 sebab nak kurus punya pasal...masa nak kulit cantik aku tak berjaya minum air banyak2 pun....paksa senaman baru dahaga.


 setakat 3 minggu aku turun 2kg tu pun aku rasa penimbang tu salah je....by the way susahnya nak turun berat badan...tapi terpaksa saiko diri sendiri cakap senang hahah...

so korang kena lah saiko diri sendiri cakap semua mudah baru mudah kan.




0 comments:

Newer Post Older Post Home