Friday, January 23, 2015

makan tomato boleh kurus ?


salam...hai u all
nak kurus..nak kurus...sebab ramai sangat tegur aku dah gemuk
so kita pun nekad nak turunkan berat badan..
buat research gak lah kan nak diet tanpa makan ubat
masuk nie dah 3 minggu konon2 diet....2 minggu pertama menipu sgt diet aku tak ikut menu diet lalala....
 minggu 3 mean minggu nie baru berjaya sikit...makan sayur banyak2 ...aku rasa aku xleh tinggal nasi so aku nk makan gak nasi tapi dlm kuantiti paling sikit 2x suap je hahah...

konon-konon aku nak  

Diet Atkin





Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.




memang susah nk tinggal terus nasi so google lagi ada orang bagi tips makan tomato 1 hari 1 biji..ok fine nie paling senang makan buah tomato je lah kan.

punya lah saiko kemarin petang baru makan tomato ngan bihun sup turun 1 kg...mybe penimbang tu salah kot...ai senaman gak taw pagi n petang dalam umah je bagi kuar peluh....mula-mula ko rasa cam susah lama-lama ok je.

benda paling susah apabila makan beramai-ramai selalu tak leh displin...so kalau nak diet makan sorang2 untuk 2 minggu pertama sebab kena ajar perut makan nasi sikit  tapi sayur n lauk banyak.paling berkesan tak payah makan nasi terus, makan lauk n sayur je.

diet atkin nie sebenarnya senang je jangan makan nasi n makanan berkarbohadrat je...lain2 boleh makan sedap2. masalahnya aku perut orang melayu mesti ada nasi walaupun sikit.

dah berjaya minum air banyak2 sebab nak kurus punya pasal...masa nak kulit cantik aku tak berjaya minum air banyak2 pun....paksa senaman baru dahaga.


 setakat 3 minggu aku turun 2kg tu pun aku rasa penimbang tu salah je....by the way susahnya nak turun berat badan...tapi terpaksa saiko diri sendiri cakap senang hahah...

so korang kena lah saiko diri sendiri cakap semua mudah baru mudah kan.




Tuesday, January 20, 2015

shawl & veil diamond crown harga promosi


Salam
Hai u all, setelah sekian lama baru ai dapat jumpa supplier untuk diamond nie, sebelum nie ramai yang request tapi tak dapat cari, sekarang alhamdulilah dah jumpa so korang dah boleh bergaya sakan dengan diamong crown nie taw yang penting harga murah tapi kualiti bagus....nak tak...nak tak?

korang boleh pilih colour shawl or veil mengikut citarasa korang, warna pearl pun boleh pilih taw, pendek kata ai jahit ikut u all punya design n kesukaan :)

kat bawah nie ada beberapa contoh








shawl halfmoon diamond sahaja


shawl halfmoon + pearl



veil

veil


macam mana nak order senang je p PM kat page Izyanty Collection dijamin harga murah dan berkualiti....10 orang pertama akan mendapat harga pormo so ajak kawan-kawan u all sekali taw

Thursday, January 15, 2015

Old school mee segera





Salam u all ;)

haritu aku buang tebiat ke apa tiba-tiba teringin nak makan mee segera versi cili kering tumbuk masa zaman kanak-kanak arwah mak su buat. so aku ngan gigihnya balik keja susah payah tumbuk cili kering nie taw, padahal boleh je belender kan tapi rasa dia tak sama tumbuk n belender. Cili yang ditumbuk tu lebih sedap old school sangat kan hahaha.

Tu dia aku punya cili tumbuk kasar, mohon bakal mak mentua jangan tengok hahah. aku rasa aku memang tak sesuai masak time perut lapar sebab semua tak menjadi huhu. aku dah malas nak tumbuk lama2 so biar arr kasar aku ngan mak aku je nak makan. Sepatutnya aku nak letak kacang kelisa  dalam mee segera goreng macam dulu2...tapi kan time tu pulak pokok kacang nie buah baru nak membesar, hampa tol, so letak sayur kobis n sawi je lah yg jumpa dalam peti ais.

owh orang kampung cam aku memang tak beli kacang-kacang camni tanam sendiri ...very the village people sangat kan. Tapi bukan aku yg tanam pun huhuhu











Taraa dah siap, awat nampak tak sedap + tak merah pun...kecewa hokey tak menjadi hahah...tapi bila rasa not bad sedap sebab cili tumbuk tu, tapi kan  pedas giler kalau orang demam comfim tak jadi demam, mak aku kata huhu..

by the way awal-awal lagi aku dah taw tak menjadi, pertama sebab aku terlebih lama rendam mee segera sampai terlebih kembang, tu la   kalau aku lapar otak aku tak boleh berfikir ngan waras sangat, so jgn cakap or datang lewat kalau ajak date nak p makan, boleh menimbulkan pergaduhan hahhaah...selalu balik keja terus makan xdak makna aku nak masak-masak bagai huhuhu..

kalau nak taw macam mana sedap ke tak sedap cili tumbuk boleh cuba, still masukan perencah mee segera just tambahkan cili tumbuk dan sesedap rasa.


p/s : sila masak dengan kasih sayang dan perut tak lapar baru makanan sedap dan nampak menarik hahaha...pesanan untuk diri sendiri...;p



Tuesday, January 13, 2015

cara mudah dapatkan order jualan

Assalamualaikum...

Hai u all
harini kita nak share sikit tips
macam mana nak dapatkan jualan tanpa perlu upadate produk kat facebook berulang kali
sebenarnya aku spesis malas nak update berulang kali produk yg sama takut orang bosan n rimas kat facebook...lagipun aku bukan ramai kawan kat facebook personal pun.
kalau kita baru nak berjinak-jinak dengan bisnes.

Perkara pertama pertama yang kita kena buat adalah buat page facebook


Berapa banyak like kat page tu tak penting sangat sebenarnya. kena ada page sebab untuk memudahkan bakal pelanggan kita buat rujukan. Dekat page tu kita just  uplod produk kita n keterangan lengkap untuk orang baca n faham.

Kedua

Buat BLOG




Kena ada blog, Tujuan blog nie untuk review kita punya produk ...maksudnya kita tulis sendiri bukan kita copy paste je 100%. customer sekarang suka google...apa yang kita tulis tu lebih memberi kesan kepada pengguna dan bukannya kita mereka cerita or apa. tulis berdasar benda betol dan u punya pengalaman dan pandangan.

kalau tak pandai tulis or buat blog boleh je minta tolong dari blogger yg ramai follower untuk review dan selalunya diorang akan caj bayaran....tak payah risau kalau blog kita tak ramai follower pun, just buat review dari hati inshaallah ada je rezeki masuk tak putus-putus ;)


masa mula-mula tu memang lah lambat sikit sale kan orang tak kenal lagi, tapi inshaallah kalau servise dan produk kita bagus dengan sendirinya orang akan tolong promote produk kita dan sugguest kat kawan-kawan or saudaramara taw.

dulu aku memang tak percaya sangat dengan blog sendiri boleh buat marketing, tapi bila letak tanah lot dalam blog ramai pulak aku dapat customer yang datang beli sebab baca kat blog aku...ya ampun senang sangat dapat customer rupanya he3...so sejak dari itu aku just review apa yg aku jual je tapi order tak putus2 masuk alhamdulilah, senang sangat kan.

tiba-tiba rasa nak buat servise blog review sebagai  sabagai salah satu medium pemasaran,

kalau nak boleh whatsapp kat no nie ek 019-4204295 or email Izyanty10@gmail.com

sebenarnya ramai je yang tanya camna my produk boleh dapat order seluruh malaysia + oversea....jawapanya google je...carian paling atas adalah melalui blog. kalau ai sugguest diorang buat blog pun, bukan semua orang taw buat n ada masa kan....cara paling senang adalah blog review. dulu mula-mula aku pun ada guna khidmat blog review juga he3..

Friday, January 9, 2015

Buku pertama 2015



Assalamualaikum...
firstime dapat buku nie excited nak baca taw, cetakan ke 5 baru dapat beli.2014 buku nie femes arr.
padahal Diagnosis2 dah nak kuar, aku baru sempat baca yang 1 he3

nasib mula-mula baca menarik hokey.lama2 baca tak menarik lak, sebab penulis lain cam tak menarik minat aku nk baca... boleh camtu hahah...

aku suka penulisan DR Anuar Fazal je kot yang best n menarik n penuh motivasi
kalau keluar buku yang kedua korang rasa aku nak beli tak? rasa cam tak mau beli huhu...tapi kan buku ke 2 tu ada penulisan DR Fatin Liyana tu blogger femes + cantik n penulisan best...camna ek dilema-dilema2 hahah.

boleh tak keluarkan buku diorang berdua je.....taraa depa baru bertunang, pasangan yang sesuai sangat kan.Taniah Dr Anuar Fazal n Dr Fatin Liyana



kredit pic to hazanis.blogspot .com