Tuesday, December 18, 2018
Bihun goreng mudah
Assalamualaikum...
Harini sis rajin sikit nak tulis resepi untuk bihun goreng, sis spesis malas sikit, masak guna resepi paling senang je yang penting kena ngan tekak hahaha..
Bahan-bahan
bihun 1 bungkus ( rendam dlm air bagi lembut)
cabai blender + bawang besar ( letak bawang nak kurangkan pedas )
kicap
sos cili
garam
gula ( kalau pedas baru letak gula sikit )
sayur sukahati nak letak apa sis letak toge, sawi, Letak kucai penambah sedap he3..
p/s : nak letak ayam, udang , daging n sotong boleh je, tapi sis tak suka letak, sebab lebih suka letak sayur je baru puas makan bihun hahah...lain orang lain citarasa kan so terpulang jiwa masing-masing :)
agak-agak je letak coz sis tak reti masak guna sukatan, semua main agak-agak then rasa sampai dapat rasa yang hangpa nak.
cara masak
tumis cabai + bawang blend, masak sampai pecah minyak dan hilang bau cabai, lepas tu letak sos, kicap dan sedikit air. Then rasa dulu apa yang kurang baru tambah garam n gula...bila kuah dah mendidih n pekat baru masuk bihun, make sure bihun dah lembut baru masuk sayur last k.
Ok siap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment