Tuesday, October 10, 2017

BERSERONOK DI LEXIS PENANG


Assalamualaikum...
dah lama teringin nak duduk lexis Port dickson, memandangkan jauh + mahal  nasib ada lexis Penang, so dapat merasa juga hahah...
yang penting ada pool dalam bilik

Irfan dah setahun ke atas baru kita jalan jauh sikit ek.



Irfan n Adam excited nampak, masa nie Irfan 8 bulan. Irfan Iskandar tu seronok tido hotel je kot, bukan boleh mandi kolam pun hahah. Sekarang anak ai dah 11 bulan, nampak sangat ibu suka peram en3 hahaha



Bilik Executive Pool Suite nie ada 2 katil king,  


depan katil ada meja n tv. ruang depan katil pun luas, muat kalau nak tido bawah, aku n Irfan je tido bawah sebab anak aku kan buas time tido, memang tak merasa lama dah tido atas katil  sejak anak kecil dah pandai terjun katil hahah..

kitaorang p ramai budak-budak, muat je ramai-ramai yang penting korang kena pilih 
Bilik Executive Pool .

Bilik Premium bahagian tempat tido muat-muat katil je, toilet dengan Pool yang besar.





kitaorang punya pool mengadap bangunan, kalau korang nak yang mengadap laut dia caj  extra 
RM 100.00 masa check in.

bagi aku yang penting pool tu je hahah, lagipun laut area c2 tak cantik air  coz kawasan nelayan kan membazir je bayar extra, walaupun tak mengadap still boleh nampak laut.


 Masa nak check in tu kena bagi deposit RM 200.00 tak termasuk dalam harga bilik. bila nak check out nanti baru dia bagi balik duit RM 200.00 tu.



budak 2 orang nie dah tak sabar nak mandi, tapi acu depa cakap pukol 5 baru boleh mandi, so setiap 5 minit sekali tanya dah kol 5 belum hahah...sabar je lah



yeahhh dah pukol 5, boleh terjun kolam










muka paling bahagia si Lutfi nie, dapat terapung dalam air :)


               Apa ! Irfan boleh mandi bathtub je, muka pasrah he3...












Kat tingkat atas no berapa thah ada gim free, kolam besar dan tempat main kanak-kanak free. kol 7 dah mula buka, maka haruslah kol 7 terpacak kat sana lepas tu boleh sambung mandi pool kat bilik. kol 12 dah kena keluar.



aku paling suka booking dekat laman web AGODA sebab harga dia lebih murah dari web lain  + boleh guna coupun diskaun. setiap kali korang booking hotel akan dapat point diskaun aku dok guna point tulah untuk dapat harga diskaun walaupun tak banyak sangat diskaun.



so total  kena bayar termasuk gst RM 423.00
harga nie tak ada breafast,
rugi masa kalau ambik breakfast nanti tak leh dok dalam pool lama-lama. kol 12 t/hari dah kena keluar.
check in kol 4







macam mana nak booking dengan harga rendah kena selalu tengok promosi kat agoda, setiap hari harga tak sama. bila kena ngan bajet yang aku nak baru book.

yang penting korang kena guna card kredit baru boleh booking  dekat Agoda. kalau tak dak boleh pinjam card adik beradik korang, lepas tu jangan lupa bayar pula hahah...

sauna pun ada dalam bilik nie. aku malas nak karang banyak-banyak cerita, apa-apun aku puas hati duduk sini. 

Thank's reading :)













No comments: