Assalamualaikum....
Dua tiga hari nie kan kepala aku asyik sakit je, sebab terlebih banyak membaca dari biasa...semua orang pun sama kan...ok stop fikir panjang2...just nak share jom sedekah duit ramai-ramai then niatkan masa sedekah tu supaya kapal terbang MH370 ditemui. RM 1 pun boleh just masukan dalam tabung masjid or tabung derma yg korang jumpa or boleh jugak derma online ok.
By the way aku pun tak taw pun sebelum ni bab niat sedekah nie...masa aku p kursus aritu Ustazah cakap kalau kita Nak Allah mudahkan urusan kita, kena banyak sedekah dan niatkan supaya Allah mudahkan segala urusan kita, Insha allah segalanya mungkin dengan pertolongan Allah.
ari2 kita ada update kat status pasal kalau barang hilang sedekah kan dah lama sebelum kes nie, masa aritu satu hari dok cari barang yang hilang tu tak jumpa, last sekali time ptg baru jumpa masa tu ada orang datang ofis minta derma baru barang yang di cari tu jumpa. taw tak padahal banyak kali cari dalam kotak yg sama dan 4 orang tolong cari tak jumpa...ptg tu baru jumpa. aku percaya tiada benda yg terjadi sia-sia...mesti ada sebab n hikmah kan.
Kata Rasulullah SAW, ''Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.'' Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan, ''Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, karuniakanlah?ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya'.''
Sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya. Pertama, mengundang datangnya rezeki. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat Alquran bahwa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba-hamba-Nya dengan 10 kebaikan. Bahkan, di ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan. Khalifah Ali bin Abi Thalib menyatakan, ''Pancinglah rezeki dengan sedekah.'' Kedua, sedekah dapat menolak bala. Rasulullah SAW bersabda, ''Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah bisa mendahului sedekah.''
Ketiga, sedekah dapat menyembuhkan penyakit. Rasulullah SAW menganjurkan, ''Obatilah penyakitmu dengan sedekah.'' Keempat, sedekah dapat menunda kematian dan memperpanjang umur. Kata Rasulullah SAW, ''Perbanyaklah sedekah. Sebab, sedekah bisa memanjangkan umur.''
Mengapa semua itu bisa terjadi? Sebab, Allah SWT mencintai orang-orang yang bersedekah. Kalau Allah SWT sudah mencintai seorang hambanya, maka tidak ada persoalan yang tidak bisa diselesaikan, tidak ada permintaan dan doa yang Allah tidak kabulkan, serta tidak ada dosa yang Allah tidak ampuni, dan hamba tersebut akan meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (baik).
Kekuatan dan kekuasaan Allah jauh lebih besar dari persoalan yang dihadapi manusia. Lalu, kalau manfaat sedekah begitu dahsyatnya, masihkah kita belum juga tergerak untuk mencintai sedekah? Wallahu a'lam bis-shawab.
p/s : Takziah kepada keluarga mangsa MH370 semoga Allah memberi petunjuk dan memudahkan segala usaha mencari. kalau korang prihatin stop sikap salah mengalahkan orang lain.. tolong buat solat Taubat setiap hari...masa makin suntuk selagi ada peluang dan ruang ( pesanan utk diri sendiri). Duit boleh cari, peluang dan ruang tak semua orang dapat, tapi memang wujud ( kita yg kena cari n dapatkan ). Sila berasa bersyukur dengan kesihatan yang baik dan dapat bernafas lagi, jangan sia-siakan sisa2 hidup kita. Jadilah orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
1 comment:
mudah-mudahan. ini antara usaha kita. thanks atas perkongsian bermanfaat ini.
Post a Comment