Friday, July 16, 2010

perlu ke takut ek....???


Kalau takut dilambung ombak, jangan berubah di tepi pantai.

Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat. Itu adalah perangai nafsu yang hina.

Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.

Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup. Apabila telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.

Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya. Dukacita timbul kerana mengenangkan sesuatu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang paling ditakuti ialah maut.

Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya, menyerah sebelum berjuang.

Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.

Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.

Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.

Si penakut akan terbunuh dengan ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.  

Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima.
Pertama, sakit ketika mengembara, miskin ketika tua, maut pada usia muda, buta setelah melihat, dilupakan orang yang disanjungi.
 

1 comment:

Unknown said...

hanya takut pada Allah...:)