Tuesday, July 20, 2010

Betol ke orang berpolitik xbaik????

Hati aku resah gak bila fikir pasal nie, secara peribadinya aku memang xsuka orang yang aktif berpolitik, tapi bila yang kita xsuka,  yang tu la kita akan dapat kan. aku tengah berkawan ngan seseorang nie, dia memang aktif dalam politik,  memang le ada perasaan was2 gak kan, dah le p merata n jumpa orang ramai. tapi aku xnak le fikir negatif je. dari apa yang aku nampak depa yang aktif berpolitik nie terutama parti politik **** lebih berfikiran terbuka dari segi agama, diorang stail xkisah bertepuk tampar laki ngan pempuan xkira anak dara or bini orang. aku memang le xsuka camtu korang suka ke??? kalau p kat stesen bas jeti banyak gak aku dok tengok orang cam2 terutama penjual tiket bas. bukan le nak kata kat diorang, tapi aku rase cam xmanis le kan buat cam2. lagipun dari segi hukum, sah2 haram kan. aku pun bukan le bagus sangat nak tegur orang cam2. tapi just xsuka le tengok cam2 kat tempat awam. aku pun ada gak tanya mamat tu dia stail cam2 gak ke. dia jawap xdak lah sampai cam2, dia ok....tapi kalau dia tipu aku pun, bukan aku tau pun kan. tapi bila ada orang tanya aku nak ke laki yang aktif berpolitik nie, kebanyakan diorang perangai xelok. susah tol le nak jawap bila ati dah sayang. aku bukan memilih rupa tapi ati yang baik. disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga kan. apa2 pun aku tawakal je lah, pasal jodoh nie.


YAALLAH  JADIKANLAH  HAMBA-MU  INI  MENYINTAI  ORANG YANG BERIMAN
DAN  JADIKANLAH  ORANG  YANG  BERIMAN  MANYINTAIKU....AMIN

( Riwayat Muslim )


10 comments:

@taufiqhelios said...

hmmm..tah le..tapi basically kita bole knal dia dgn tgk dgn siapa dia berkawan...nk ckp org berpolitik ni 100% tak baik..xbole gak..sbb ada yang baik...tapi kebanyakan kurang la...tuh my pendapat...

RON said...

Tak boleh kata orang berpolitik tu tak baik, sebab agama pun menganjurkan kita berpolitik..Nabi sendiri pun berpolitik..
Cuma atas diri kita la nak menilai golongan mana yg kita nk ikut..Kalau kita dah tau golongan tu memang tak elok, tapi kita ikut jugak, maka jenuh menjawab la kita bila Allah tanya dalam kubur kelak..

Mohar Yahya said...

Memilih pasangan hidup kerana 4 sebab; kerana rupa kacak/cantik, kerana harta/kaya, kerana keturunan/bangsawan dan kerana agamanya. Maka kalau anda mahu selamat dunia dan akhirat pilihlah kerana agamanya.
Politik? Tidak termasuk dalam senarai...faham2lah yer...tq.

izyantyPersonalTaste said...

thank's untuk komen2 nie semua ye. rase lega sikit dapat luahkan....n ada orang bagi pendapat...

Hariz said...

Amin Ya Allah...

Ummm.. Apa yang sy leh katakan..
politik is janji manis.

hukum allah jgn tinggalkan..
sembang politik ini susah..
apa yang saya nampak..
apa yang ada pun okey dah.

nak cakap bnyk sensetif...

mira_nas said...

well.. actually berpolitik tu sunnah nabi..
nabi merupakan 'perdana menteri' di Madinah ketika berhijrah ke sampai ke sana..

Namun, cara berpolitik sekarang susah nak cerita..
politik tak boleh disalahkan
namun prinsip politik yang dipegang perlu dipersoalkan..

mcm ni lah ringkasnya
kita akan berdiri di belakang ketua kita di akhirat kelak..
contoh la kalau ketua kita tu sekular, hanya mengamalkan islam gitu2 hal je.. rasa selamat ke berhadapan dengan Allah berdiri di belakang dia?

soal jodoh,,insyaAllah,,kita usaha..Allah beri yang terbaik... kena fikir elok2.. sekali kahwin biarlah ke syurga.. jadi cari yang betul2 yang hidup untuk mengharap redhaNya..bukan semberono saje..

Unknown said...

Amin...isu yg sgt menarik utk dikupas bersama.Yang pasti,kita kena lihat apakah perjuangan mereka.Memperjuangkan bangsa utk kepentingan peribadi?atau memperjuangkan agama utk kepentingan awam?

Tapi yg penting kita diberi akal dan mata utk memerhati dan menilai.Moga bertemu jawapan..nice blog here~

nanti free,jemputlah ke Pondok inta.Kita bincang lebih mendalam ya~
Post baru:Ini baru mukaddimah aje

izyantyPersonalTaste said...

terima kasih ye atas komen2 nie.
rase dah dapat sesuatu untuk difikirkan.

amira : penerangan yg bagus n leh buat panduan.

iqbal :sy suka cara awk berfikir.

cikgupj: btol apa yg cikgu ckap tu.

to : taufiq,ron,hariz thank's coz sudi bagi pendapat, sy suka semua pendpat nie.

nazirulhazwan~ said...

topik yang menarik sebenarnya:))
ada dua golongan politik melayu islam di Malaysia:) yang mana yang baik??

jika boleh dipilih untuk menjadi islam tp bukan melayu atau melayu tp bukan islam, yang mana kita nak pilih??:P for sure islam tp bukan melayu, so yan gmemperjuangkan islam lebih baik dari yang memperjuangkan melayu, perjuangan merekan lebih benar:)

TETAPI, betol x cara si pejuang islam berpolitik?? cthnya, mencarut, memaki, mengkafirkan, bergaduh dan sebagainya, n if, NABI Muhammad hidup, adakah nabi akan setuju dgn cara tu?adakah nabi akan cakap itulah cara islam yang dibawa??:)) fikirkan la:DD

saya kita mempertikaikan isalam yang diperjuangkan, perjuangan mereka tepat, kerana islam jauh lebih mulia dari bangsa, tp sy pertikaikan cara meraka:0 MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA:DD

as a conclusion, dari sudut pandangan sy, xda org berpolitik sekarang yang baik, if adapon mungkin 1 dlm sejuta

sekadar pandangan:)

izyantyPersonalTaste said...

thank's dik for pandangan...cara berpolitik yg salah zaman sekarang.