Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
Riwayat al-Hakim
Huraian
1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap
memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada
Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan
tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang
sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang
kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut
kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah
SWT.
4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat
dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi
lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman
dengan maksudnya:”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(al-Insyirah:6)
5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam
menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam
kehidupan.
No comments:
Post a Comment