Tangan Mengelupas Selepas Menggunakan Bahan Pencuci
1. Lumurkan asam jawa pada tapak tangan. Biarkan ia seketika. Kemudian bersihkan dengan air biasa.
2. Hancurkan buah belimbing buluh dan lumurkan pada tangan. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh tangan anda dengan air biasa.
Melembutkan Tapak Tangan
Lumurkan tangan anda dengan hampas kelapa dan minyak kelapa. Biarkan ia seketika sebelum dicuci dengan air.
Tangan Terluka
Lumatkan sebiji bawang kecil bersama-sama dengan gula pasir. Kemudian balutkan bahan itu ke tempat yang terluka. Insya-Allah, darah akan berhenti.
No comments:
Post a Comment