Friday, June 21, 2019

Panduan Membeli Tanah Lot

Assalamualaikum...

Memandangkan sekarang ramai orang lebih berminat untuk membina rumah atas tanah sendiri sis nak share dengan hampa macam mana nak beli tanah lot?

1-
Hangpa kena whatsapp or call sis minta plan dan harga, biasanya sis akan reply kat hangpa 2, 3 tempat yang kosong berserta harga. Paling penting hangpa tengok harga dulu lepas tak bajet....kalau hangpa rasa lepas bajet minta tunjuk lokasi tanah lot tersebut. LEPAS hangpa dah p tengok rasa berkenan sangat dengan lokasi tu, mai jumpa sis, masa tu hangpa boleh tanya sis macam-macam soalan yang berkaitan dengan tanah je no. Sis okey hangpa banyak tanya of coz lah sis faham nak bayar duit puluh ribu, ratus ribu kena taw benda bagi sahih, baru berani beli kan. Berbekal pengalam sis 11 tahun macam-macam orang sis jumpa dan dapat baca setiap kerisauan hangpa pasal tanah, inshaallah dapat settle dengan baik.

2-
Bila hangpa rasa BERKENAN  tanah lot tu, sila bayar RM 1 000.00 DUIT Booking sebagai tanda  JADI hangpa nak tanah nie. Bila hangpa bayar duit booking secara automatik tanah tu sis simpan kat hangpa, kalau orang lain mai kata dia nak tanah tu sangup bayar on the sport pun sis tak bagi, sis simpan kat hangpa jugak. DUIT booking nie bersyarat hangpa kena bayar duit deposit 1/2 dari harga tanah tu dalam masa 1 bulan.  Tetiba nak jadi cerita hangpa tak leh sediakan duit deposit seperti yang dijanji kan maka duit booking 1k tu hanggus. Masa hangpa bayar duit booking tu kami dah buat surat perjanjian dan dah bagitaw awal dan hangpa pun setuju tandatangan.

selalunya bila hangpa mai nak bayar booking terus, sis akan tanya dulu, duit dah ada ka?, boleh bayar ikut perjanjian ka?. Kalau hangpa mai kat sis  tapi hangpa tak dak duit cash lagi baru nak buat loan, or baru nak cari duit, selalunya sis tak ambik duit booking lagi, sis suruh hangpa p bank dulu comfim dulu dengan bank lulus tak pinjaman hangpa dan berapa lama masa duit akan dapat. sis bagi masa 1 minggu simpan tanah tu kat hangpa untuk p tanya bank.  Bila dah comfim dengan bank baru mai bayar.

Maksudnya kalau hangpa nak bayar duit booking tu sila pastikan hangpa dah ada duit cash or dah comfim akan lulus dengan bank na. 1k tu banyak jugak kalau hanggus, boleh buat macam-macam tu...sis dah payung awal-awal nie

3-
Bila hangpa mai bayar duit deposit yang separuh tu kita akan buat surat perjanjian baru. Baki bayaran hangpa kena settle dalam masa 1 tahun. bila hangpa dah bayar baki duit tanah tu baru hangpa boleh buat rumah.

*** Kalau hangpa beli CASH ada diskaun, jangan lupa minta diskaun kat sis, sis kalau hangpa tak minta sis tak bagi pun hahaha

4-
CARA BAYARAN:- TRANSFER ke AKAUN MAYBANK BOS
                                     - BANKER CHEQUE
                                     -PERSONAL CHEQUE

Duit booking boleh bayar cash, jangan bawa cash seketol puluh ribu, ratus ribu bayar jenuh sis nak kira,+ buat sis stress menggira lenguh tangan hahaha

5-
Bila semua orang dah bayar habis kita akan masukan nama dalam geran menggunakan Borang 14A. Lepas tu kena bayar duti setem lhdn dulu, baru nama akan masuk dalam geran.

6- Semua nama dah masuk dalam geran ( geran berangkai ) dari situ baru boleh pecah ke geran individu. Proses untuk dapatkan geran individu lebih kurang 1-2 tahun

7- Bayaran duti setem lhdn lebih kurang RM 1 500.00+/-
   -Bayaran geran individu RM 6 000.00 dua bayaran nie tidak termasuk dalam harga tanah.


8- Sebarang Masalah dan Pertanyaan pasal tanah lot boleh mai jumpa sis kat pejabat...kami kat sini akan cuba selesaikan dengan cara yang terbaik.

nak beli tanah lot boleh whatsapp sis ( yanti ) 019 4290584 area Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kuala Muda Sungai Petani kedah.

boleh page facebook TANAH LOT SEBERANG PERAI

p/s : tak senang pun sebenarnya jual tanah lot dia datang bersama pakej Tanggungjawab sebelum, semasa, selepas. Masalah  ngan jiran pun kami kena settlekan jugak, tu belum part air hujan masuk tanah jiran sebelah lah, macam-macam isu remeh temeh nak kena hadap taw. Sis kalau balik rumah tu memang tak mau fikir pasal keja. So silalah berhubung dengan sis waktu pejabat sahaja 8.30-5.30
isnin-jumaat

share kalau hangpa rasa bermanfaat taw :) tq