Wednesday, December 1, 2010

aku suka pegaga

 macam orang tua2 je kan aku suka benor makan ulam2...antara aku adik beradik, aku ngan abang aku je layan ulam2 nie, akak n adik aku memang tak makan ulam, sayur pun tak makan.  aku kalau tak xdak lauk pun aku xkisah yang penting ada ulam n sambal dah buka selera aku untuk makan. pegaga kat umah aku tu, aku main baling je kat paya, sekalinye penuh satu paya tumbuh, ok gak cantik je jadi cam landscape lak, pokok ulam raja ada  gak, daun selom tu pun naik sendiri gak dalam paya, untungkan dok kampung...leh petik je nak makan pe, kangkung pun naik sendiri gak, kalau  terdesak nak makan sayur, baru aku p petik, masa zaman aku dok umah sewa dulu, ulam2 tu semua kena beli, p borong kat pasar malam, cicah ngan budu, housemate aku ramai budak kelantan, terikut2 lak lagipun sedap bila makan ramai2.. bila makan sorang2, tiba2 je budu tu jadi xsedap hahahah... kesimpulannye kena makan ramai2 huhhu..


pegaga madu sesuai buat jus dan ulam





Khasiat pegaga:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin 

Keterangan


Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.


Kegunaan 

Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. 

Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. 

Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. 

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. 


Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.


segment ini ditaja oleh : IZYANTY COLLECTION SPA @ HOME 

1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION












SYARAT PERYERTAAN :


1. Wajib jadi follower kat blog aku  IZYANTY COLLECTION 
( untuk memudahkan korang mendapat  
     maklumat tergempar, ikut suka aku le kan bila nak umum kan apa2 heheeh )

2. copy BANNER GA yang kat atas tu, dan letak kat sidebar kanan or kiri blog korang sehingga diumumkan  NAMA  pemenang.

3. setiap blog satu peryertaan sahaja, kalau ada banyak blog 1 blog je leh join.

4. mestilah WARGA NEGARA MALAYSIA YANG MENETAP DI MALAYSIA SAHAJA.

5. Buat 1 en3 ringkas pasal  1st give Away izyanty collection dan link ke en3 bawah nie.

6. peryertaan bermula dari 1 DISEMBER 2010 
SEHINGGA  31 DISEMBER 2010 (11.59pm)


PENAJA BERSAMA 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION ADALAH

-  hidup lebih mudah & ceria  \(^_*)/

Untuk lihat contoh Hadiah utama UNTUK PENGOMEN TERBANYAK sila rujuk SINI

hadiah2 lain akan diumum kemudian...pemenang saguhati akan diberikan juga, so jom join ramai2 anda mungkin salah seorang yang tersenarai... \( ^_^ )/

MIMPI RUMAH LAGI...cam best je

selamat pagi semua, korang pernah mimpi yang best2 tak??? aku dah 2x aku mimpi rumah yang tengah dibuat, dah tu umah spesis umah orang kaya lak tu aku asyik mimpi. aku tak dak le plan nak buat umah besar2 n cantik2 camtu pun. mak aku lagi le tak kan, ape kaitan ngan aku thah le, tapi cam best gak lak mimpi umah lawa2 nie huhuhu...hanya boleh bermimpi je kan aku nak dapat umah camtu... 2 rumah yang aku mimpi tu aku suka sangat, yang pertama aritu  awal bulan lepas kot umah ala2 resort  panjang lak tu semua kawasan reakiasi tu umah aku le kan, pastu dok kawasan umah orang kaya , cissss demand tol mimpi sampai camtu. realitiye aku aku tak suka pun dok kawasan umah orang kaya n tak mampu pun hahahahah...2pasal leh dalam mimpi je kan.

pagi tadi punya mimpi umah yang dah separuh siap aku pun masuk tengok, dengan sekelip mata, dia dah pasang syiling yang cantik dan dinding berukir corak cantik sangat...suka le rumah tu dalam dia semua colour putih cam full house. hahhahahaah mimpi je. nie bukan berangan le.. kalau aku beragan nanti jadi tol lak, tapi pelik tol arr kan apasal aku tak berasa nak berangan benda yang best camtu huhuhu...kalau aku berangan n terfikir makanan cepat je aku akan dapat...kedai online aku hasil dari aku suka beragan tau huhuhu...

JOM JOIN 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION JAM 11A.M HARI INI