Salam u all ;)
haritu aku buang tebiat ke apa tiba-tiba teringin nak makan mee segera versi cili kering tumbuk masa zaman kanak-kanak arwah mak su buat. so aku ngan gigihnya balik keja susah payah tumbuk cili kering nie taw, padahal boleh je belender kan tapi rasa dia tak sama tumbuk n belender. Cili yang ditumbuk tu lebih sedap old school sangat kan hahaha.
Tu dia aku punya cili tumbuk kasar, mohon bakal mak mentua jangan tengok hahah. aku rasa aku memang tak sesuai masak time perut lapar sebab semua tak menjadi huhu. aku dah malas nak tumbuk lama2 so biar arr kasar aku ngan mak aku je nak makan. Sepatutnya aku nak letak kacang kelisa dalam mee segera goreng macam dulu2...tapi kan time tu pulak pokok kacang nie buah baru nak membesar, hampa tol, so letak sayur kobis n sawi je lah yg jumpa dalam peti ais.
owh orang kampung cam aku memang tak beli kacang-kacang camni tanam sendiri ...very the village people sangat kan. Tapi bukan aku yg tanam pun huhuhu
Taraa dah siap, awat nampak tak sedap + tak merah pun...kecewa hokey tak menjadi hahah...tapi bila rasa not bad sedap sebab cili tumbuk tu, tapi kan pedas giler kalau orang demam comfim tak jadi demam, mak aku kata huhu..
by the way awal-awal lagi aku dah taw tak menjadi, pertama sebab aku terlebih lama rendam mee segera sampai terlebih kembang, tu la kalau aku lapar otak aku tak boleh berfikir ngan waras sangat, so jgn cakap or datang lewat kalau ajak date nak p makan, boleh menimbulkan pergaduhan hahhaah...selalu balik keja terus makan xdak makna aku nak masak-masak bagai huhuhu..
kalau nak taw macam mana sedap ke tak sedap cili tumbuk boleh cuba, still masukan perencah mee segera just tambahkan cili tumbuk dan sesedap rasa.
p/s : sila masak dengan kasih sayang dan perut tak lapar baru makanan sedap dan nampak menarik hahaha...pesanan untuk diri sendiri...;p
3 comments:
kecik2 dulu suka mkn sambal tumbuk tok buat ..sedap mkn dgn nasi .... peerrghhhh
cabai kering tumbuk ni buat masak apa pon sedapppppp
Tetiba je lapar tgk maggie tu sedangkan baru je lepas mkn nasik..huhu...
Post a Comment