Thursday, August 30, 2012

gelagat anak-anak buah saya raya

adam haris syok main bunga api mlm raya

muka blur pagi raya

adam wafiy paling aktif


raya ke-2 penat p beraya, wafiy ambik kesempatan buli abg dia lak, selalu dia asyik kena buli he3..


raya ke-3 nak p beraya lagi....aku nampak gemuk lak duduk camtu tak suka tol, tudung colurful buat sendiri tapi tak sempat nak jahit manik sebab malas lebih utama. lagipun aku suka yg simple2 je walaupun aku suka jahit cantik2 veil utk orang tudung sendiri still nak yg biasa2 je.

Wednesday, August 29, 2012

kek coklat moist just kukus



Tahun nie aku sangat rajin buat kek masa raya, tahun2 lepas kek coklat beli je, tapi sejak harga kek naik ngan mendadak pastu rasa lak kureng coklat terus tak nak beli dah, nak buat sendiri. nasib baik jumpa resepi paling senang dan mudah.

sapa2 nak buat kek untuk open house or raya haji nanti leh cuba resepi nie ok KLIK SINI

Bunga kertas crepe







Assalammualaikum....still mood raya lagi bila dok umah, dtg keja dah hilang lak he3...masa bulan puasa aritu aku tengah giler dok buat bunga crepe, so dah siap satu pasu hias atas meja masa raya. sangat senang buat bunga nie. Bunga kertas crepe tengah famous sekarang, sampai orang buat bisnes bunga telur dan macam2 lagi. aku baru terokai buat yg simple2 je, lepas nie baru nak try buat bunga telur n bunga dulang hantaran lak.

Mahal gak aku tengok depa jual bunga telur yang dibuat dari kertas crepe nie, ada yang jual harga bermula rm3 sebatang bergantung pada eksesori yang direquest . aku nak jual RM1 pun dah rasa mahal yg simple camni. kalau tambah eksesori reben n net telur pun aku nak jual murah je, tak sampai lah RM 3 kan. tak sampai hati kot nak jual mahal2, patut lah orang lain leh kaya cepat buat bisnes, aku dok jual murah2 semua produk aku sebab kecian kat orang, padahal banyak orang sanggup bayar mahal2 je aku dok perhatikan. Tapi tak pa aku terbuat bisnes kecil2an nie sebab terlampau bosan n banyak masa lapang. cari pasaran dulu bila dah kukuh baru boleh fokus untuk buat bisnes betol2.



Tuesday, August 28, 2012

VEIL NIKAH - PUTIH BUNGA ROSE 3D


SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA SELALU DAN BARAKAH...
- SITI HAIMY AZURA DAN PASANGAN - KELANTAN



THANK'S KERANA MEMILIH  IZYANTY COLLECTION

UNTUK TEMPAHAN VEIL HUBUNGGI 019-4290584 @ PM FACEBOOK




Wednesday, August 15, 2012

Header blog baru untuk izyanty personal taste

IzyantyPersonalTaste

Assalamualaikum....kemarin aku sangat bosan n semagat nak edit gambar ngan efek lampu nion sgt membara hehe, sebab tengok ramai orang dok edit gambar guna software online cantik je, aku pun nak buat gak, tapi bila aku edit tak cantik pun kan, janji ada efek retro lampu bulat2 tu hahah...

sapa nak edit gambar ada efek cantik2 leh KLIK SINI ( PHOTO EDITOR ONLINE )

blog dah bersawang kot, anak dara yang malas menulis cam selalu lah kan, tak taw lah nak jadi apa kan, asyik malas je isk2 :p 

sok aku dah leh cuti taw, tak yah susah2 minta cuti, bos dah bagi cuti 11 hari,lama gak kan, tak taw lah nak buat apa cuti lama2 nie,  hidup solo memang bosan n tak best kan. tak excited pun nak sambut raya. Baju raya pun biasa2 je. persiapan kuih raya pun lum beli lagi, aku just nak buat cake coklat n conflik coklat je, lain2 tu nanti baru nak tunjuk2 kat kedai he3..


Disebabkan sok dah mula cuti of coz lah aku tak online selama 11 hari  bercuti, memang tak minat online bila kat umah pelik kan huhuhuhu.


Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf diatas segala salah dan dosa saya kepada semua kawan2 blogger, saudara mara, dan customer IZYANTY COLLECTION. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN. JOM SAMA2 MENGHAYATI DAN MENGHARGAAI SAAT2 AKHIR RAMADAN.




Friday, August 10, 2012

RM 1 dah boleh dpt semua ubat nie.




Assalammualaikum....
selamat hari jumaat... dalam bulan puasa nie dah 2x aku kena p klinik. kali nie p sebab mata jadi ketumbit lak, dah 2 week sebenarnya just guna ubat sapu yg adik aku punya. mula2 tu cam berkesan utk bahagian bawah, minggu nie aku tengok atas mata lak dok membengkak, serius aku memang malas nak p jumpa doktor, selalu demam sikit2 beli ubat farmasi n panadol je, jaranglah nak sakit yg teruk2 alhamdulilah. Dugaan tol puasa kali nie, haritu sakit gigi kali nie mata lak.

masa terawih semalam adik aku cakap mata dh bengkak teruk tu p lah jumpa doctor ambik antibiotik baru lega, p klinik kerajaan. so hari nie aku pun p lah. dia cakap p klinik kerajaan free, memang tol free just bayar RM 1 untuk pendaftaran. kalau kita p klinik swasta mau kena RM 30++ nie. antibiotik dlm rm 20 gak kalau nak beli kat farmasi. so kita  harus  lah p klinik kerajaan hahah..free ...harus berjimat cermat kan.  Dah macam iklan kerajaan lak kan.


Aku pun tak faham napa aku tak p sangat klinik kerajaan dulu2. mak aku selalu bawa p klinik swasta je masa zaman budak2 dulu. Sekarang baru aku perasan kelebihan klinik kerajaan :p. yelah dulu2 mak aku keja, mana ada masa nak bawa p klinik kerajaan, klinik kerajaan kan sabtu n ahad tak buka, so klinik swasta je lah yang ada. Tau tak sebelum nie aku dok terfikir yg klinik kerajaan tak bagus, ubat tak cukup kuat sebab free, sebab tu kot orang suka p swasta kan, padahal semua tu tak betol 100% pun.

orang suka p klinik swasta sebab klinik kerajaan waktu operasi terhad, klinik swasta 24 jam buka n setiap  hujung minggu pun buka kan.


TIP untuk cepat mendapat giliran awal di klinik kerajaan

- klinik buka pagi korang org pertama yg daftar or
- p time selepas time rehat klinik, jadi orang pertama yg daftar

jgn p hari Isnin n jumaat kalau  berhajat kol 9 baru nak daftar ( 2 hari nie memang orang ramai )....selain hari tu orang tak ramai pun

aku buat camtu lah, pastu p keja, sat je pun jumpa doktor.

antibiotik of coz lah kaler dia yg ceria n terang kan, doktor selalu akan pesan makan antibiotik sampai habis, kenapa ek kena habiskan, serius ini sangat penting sebab tak nak sakit tu berulang lagi kot, dan dia berfungsi melindung badan kita dari bakteria ( antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria )


p/s : selamat memperbanyak amal ibadat di 10 malam terakhir,



Dah berjaya buat puding karemel tapi...


Assalammualaikum....ahad lepas buat puding karemel banyak sangat orang dok post pasal puding nie, tengok cam sedap, aku memang tak pernah makan pun sebelum nie. so carilah resepi paling senang nak buat n then jumpa, aku buat time dekat buka puasa ok,  kelam kabut gak lah sebab petang tu p shopping kain buat veil. balik pun dah 6.30ptg, tapi sempat je masak siap buat mee kari lagi taw, sapa cakap masak tu susah, senang n cepat je taw. so dalam masa yg terhad aku dpt siapkan 2 masakan he3... y semua benda aku yg buat bajet cam orang penting je kan...hahahah...harap2 pas ni akak n adik aku tu leh pandai masak huhuhu...tak suka ok aku sorang dlm adik beradik yg reti buat semua keja perempuan huhuhu ( asyik jadi asst aku je next year tukar ek :p ). by the way aku tak suka buat keja berat hahah...so adik n akak aku akan take over :p...balance kan..

eh sebenarnya nak cite pasal puding karemel tapi ada sesi luahan perasaan lak kan, isk2..dari segi rupa n bentuk semua menjadi ok. Tapi bila aku rasa, tak kena ngan taste aku rupanya....wah puding nie sangat manis rupanya, aku tak suka benda manis so tak memenuhi selera aku pun. maybe kalau nak buat lagi leh kurangkan gula ke pada 1/2 cawan je kan. makan sejuk2 sedap gak sebab dia lembut cam taufu fah, ke letak gula merah lagi sedap kot, leh cuba nanti.


kat bawah nie resepi paling senang n jimat masa aku rasa.




PUDING KAREMEL
bahan2 :

untuk puding

1- telur 3 biji
2- susu cair ( 1/2 tin je sebab nak buat sikit )
3- esen vanila ( 1 sudu kecil )
4- tepung jagung / kastard ( 1 sudu. klu lebih nanti puding keras )

gula hangus

1 cawan gula ( 1/2 cawan pun dah ok, tak terlalu manis sgt )
sedikit air ( lebih kurang secawan )


Cara2 :

1- Bahan2 untuk puding di blender - ketepikan

2- masak gula dengan api perlahan , bila gula mula cair masukkan air sedikit demi sedikit
( perlu kesabaran ye kawan2 sebab awal2 gula akan berketul.. API SLOW ye )

3 - bila gula dah hancur , cair sampai kaler perang ,tutup api 
( jangan lelama sangat sebab nanti rasa gula hangit time makan )
then boleh masukkan gula hangus dalam loyang

4 - masukkan puding yang di blender ke dalam loyang

5- kukus puding dalam 15-20 minit



p/s resepi nie aku ambik kt blog sapa thah, tak sure nak kredit pun sebab aku copy resepi  yg senang2 pastu simpan kat word, bila bulan puasa baru aku buka he3... tuan punya resepi harap jgn marah ek :)...

Thursday, August 2, 2012

Buku resepi dah siap

Assalammualaikum.......bila datang bulan puasa aku pun buat2 sibuk cari resepi nak masak untuk berbuka, masak time cuti je lah, ari biasa my mum yg masak he3.. setiap kali nak masak aku akan print out resepi kt tenet, usung bawa balik umah pastu bila nak masak untuk kali ke 2  lak, kertas tu hilang mana thah, cari kat dapur pun xdak, dlm bilik pun xdak gak, nampak tak susah kan, tanpa resepi aku tak reti masak yg best2 hahhaha.
Lepas tu kelam kabut kabut buka labtop lak, buat spoil mood masak je kan.

setelah kejadian itu berlaku aku pun mula terfikir takan nak print lagi, nanti  mesti aku letak merata gak, so dapat  idea print out semua resepi paling mudah n sedap lekat dalam buku, then bila nak masak leh usung buku tu je, semua dah ada kan hahahah. Tajuk bukan main lagi kan cam aku reka resepi je kan, padahal nak gitaw copy resepi dari blog or web orang lain je lah, pastu leh cuba masak resepi yg best2 he3...kalau aku buat buku resepi comfim tak dak orang nak beli, sebab main suka hati je masak apa yg terlintas huhuhu.



kulit buku siap dibalut plastik, comfim kena air tak basah :p


hasil print n tampal hhahahha....tak rajin nak menulis, pemalas tol kan aku. potong kertas pun senget sib baik buku peribadi kui3...

Rupanya tak best pun solat sorang2 kan.

Assalammualaikum...


Dah nak masuk petengahan ramadan  kan, persiapan korang dah ok ke, aku paling awal bab beli baju raya, sebelum puasa dah beli awal2. malas nak fikir n kelam kabut di bulan puasa. Bila kita dah ready awal2 leh la bagi tumpuan  sepenuhnya dalam bulan ramadan yang setahun hanya sekali je muncul kan.

Aku  nak cakap betapa seronok solat berjemaah di masjid, al-maklumlah p masjid pun time bulan puasa n raya je he3...sangat2 berbeza ok dia punya feeling tu, tahun nie baru aku perasan ke apa, ke sebab suara imam muda tu sedap sangat n bacaan dia berlagu he3 ...Tahun nie ada imam jemputan kat masjid aku dari sekolah pondok, so selalu tukar2 imam. adik aku pun cakap merdu tol suara imam tu, solat pun lebih khusuk je dengar bacaan dia.


p/s : aku pun nak imam sendiri gak lah kat umah, but lum berpeluang lagi nak jadi cam orang lain yang dah ada imam sendiri.