Friday, October 28, 2011

veil nikah dah siap tapi aku lak berdebar2....


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat hari jumaat...alhamdulilah akhirnya veil yang ditempah oleh sepupu aku dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, sebulan tu aku ambik masa nak siapkan, aku bukan menjahit sepenuh masa ok, just jahit time malam je bila free. so haruslah sebulan baru siap huhuhu...veil kedua akan mula jahit bulan depan, skrg tengah cari idea untuk desing dulu.

majlis akad nikah tu esok hari sabtu 29 oktober 2011, aku sangat berdebar2 ok apa reaksi pengantin dengan veil yang aku buat nie, by the way perasaan teruja pun ada coz dapat buat sesuatu untuk hari penting pengantin. Then sangat risau kalau dapat komen yang tak best dari tetamu huhu...so sila cakap jauh2 dari aku :p...(ciss kecil hati tol aku nie kan hahah )


untuk review penuh pasal veil nie kena tunggu majlis tu selesai dulu, baru boleh tengok  rupa sebenar veil tu ok...veil nie panjang dalam 1.5 m..... agak panjang dari kebiasaan yang jual dikedai..


Harap majlis esok berjalan dengan lancar dan dipermudahkan ALLAH...amin.
sepupu aku dah nak jadi wife orang...tumpang happy : )

2 comments:

Myra Jay said...

Wahhh tak sabarnya nak tengok..

Mesti cantik ni :-)

izyantyPersonalTaste said...

myra : minggu depan insyaallah review..harap cantik lah ikut kehendak pengantin..