sekarang nie musim petai xdak isi...kalau nak isi banyak kena tunggu bulan 7 betol ke camtu, aku pun dengar orang cakap he3..tajuk tak boleh blah kan versi aku rajin tu, tengok betol2 aku siap kopek ambik isi sahaja. dalam 6 keping aku kopek dapat dalam segengam pun tak sampai, siap leh bilang lagi. selalunya aku memang malas, xdaknya aku nak kopek2 ambik isi je, selalu dengan kulit sekali masak potong dua sebiji, tang kulit tu la banyak khasiat kan, tapi sedikit pahit. tapi kalau nak makan puas ambik isi je cam kat atas tu. kalau malas nak kopek beli isi yang siap kopek dah pun ada jual.
kali nie aku buat sambal petai nie versi lain, tiru cam kat kedai makan tomyam, jenis kuah pekat lagi sedap, cis perasan sedap lak kan huhuhu. selalu bukan buat camni, stail kuah cair.
meh aku bagi resepi mudah tahap gaban nie
Bahan-bahan
- cabai kering yang siap dibelender
- isi petai
- udang
- kicap
- sos cili
dan bahan perasa garam n gula
cara masak:
-Tumis bawang merah dan putih, masukan cabai yang siap dibelender ( suka ati nak letak banyak mana).
- biar sampai naik minyak, masukan udang, sedikit garam, gula, kicap dan sos cili,masak sehingaa kuah pekat.
bila mendidih masukan isi petai. ok siap...mari makan *^__^*
2 comments:
Hehee, myra suka gak sambal udang petai nie..
Dulu tak mknpetai, bila tau banyak khasiat baru makan :)
myra: makan jgn tak makan, walaupun busuk he3...buat ulam pun sedap..mmg banyak khasiat.
Post a Comment