Gara-gara terpengaruh drama korea yang konanya nampak sedap je bila depa makan kan. so masa akak aku p KL aritu dia beli bahan2 untuk masak tteokbokki nie, kat kl je kot yang ada jual bahan masakan korea halal. kat mana thah aku pun tak tau sebab aku tak p masa tu.
mari kita buat sesi berkenalan dengan bahan dari korea di bawah ini
ini cili korea yang siap diblender, dia tulis pe thah xfaham pun huhu..
ini bukan keropok lekor tau, nie le bahan utama. nak sebut pe thah dalam bahasa melayu jejari beras kot :P
sayur ni dari malaysia le kobis n carrot
senang betol nak masak benda alah nie, jom tengok kitaorang buat camna
panaskan air dalam periuk, masukan kiub ikan bilis kacau sehingga rata
then masukan 2 sudu cili
bila dah sebati cili masukan jejari beras tu, potong 2.
sila rase dahulu ok...kalau tak cukup rasa baru letak garam n gula.
ini disebabkan cili n kiub bilis dah ada perasa.
bila dah mendidih baru masukan sayur kobis n carrot.
jangan masak terlalu lama, kang hancur le jejari beras tu, kuah akan pekat ngan sendiri disebabkan kanji dr beras.
dan hasilnya macam nie. nak tau rase cam pe tak??
rase dia pedas2 manis, jejari beras (ttoekbokki ) tu bila makan kenyal
pada pendapat aku kira sedap jugak lah sebab lebih kurang cam masakan kita gak lak sebab ada rasa pedas hahahah...
cam makan nasi gak lah, boleh kenyang, sebab bahan asas dia beras gak.
p/s : kitaorang tengok kat yutube cara masak sebelum memasak benda alah nie ok :p
next episod kita belajar masak makanan korea yang lain pulak ok. next episod tu tak tau bila, kalau rajin nanti arr he3
yang sebelum nie buat KIMBAP
nak cuba buat leh tengok
SINI