Saturday, January 29, 2011

cara hilangkan senggugut dengan cepat

aku nak bagi petua nie, petua orang tua- tua le tu kan...uikss silap ok petua orang muda-muda tau a.k.a aku le heheeh...u all selalu buat camna untuk hilangkan senggugut ek bila datang bulan...soalan nie untuk girl je lah yang laki tak yah sibok2 nak jawap ek, opppsss lupa ner ada pembaca blog aku lelaki kan,tapi ada le sikit2 kot.

jom tengok petua yang aku nak bagi nie,nak bagi amaran bila senggugut jangan makan ubat colour pink ynag dijual kat kedai tu ek, sangat tidak baik untuk kesihatan wanita. memang le kan makan sekali sekala je pun, ofcoz le sebulan sekali je, memang jangan makan ubat tu walaupun sebulan sekali pun.

 kalau time tu dok umah leh gak baring2 letak losen halia mustajab kat perut kan, untuk hilangkan rasa lenguh2 dan tidak keselesaan dibahagian perut kan. tapi camna kalau kat tempat keja or kelas, macam aku time rehat aku leh balik umah so aku akan minum air halia, kalau minum di punya efek lagi cepat. 

cara cepat,  mudah dan sedap

kalau minum terus air halia tu, rase tak sedap kan, so ape kate u all bancuh air kesukaan korang pastu ketuk halia letak dalam air korang then minum. hasilnye sangat lah bagus.
aku selalu akan bancuh air nescafe susu + halia bila senggugut

leh order gak kat kedai kalau tak leh bancuh sendiri

Friday, January 28, 2011

ESCADA- PACIFIC PARADISE sangat wangi


see botol dia sama tema ngan bilik aku purple lagi, baru dapat free je minyak wangi nie, dapat gedabak botol besar, sangat suka bau dia wangi sangat, aku bukan jenis yang tau sangat pasal minyak wangi antarabangsa nie, almaklum lah duit tak banyak nak beli minyak wangi yang mahal2. setakat pakai yang murah2 je, tapi kan dah rezeki dapat free, alhamdulilah merasa gak kan, kalau aku sendiri nak beli jangan harap aku nak beli tau harga dia RM 300++.
(tau harga dia pun sebab aku surve harga jualan online )
Baik aku simpan duit dalam bank lagi bagus huhuhu..mesti korang rasa aku kedekut kan, ofcoz le buat pe nak membazir beli minyak wangi mahal2 kan. lagipun aku bukan orang kaya, so beli barang yang memerlukan je.

aku dah hilang mood ngan blog

selamat pagi semua.. kenapa thah sekarang nie aku dah malas nak aktif ngan blog, hidup segan mati tak mau, hempeh tol kan, tu yang aku rase sekarang, waaaaaaaa kenape aku camni kan, tak pernah nak sunguh2..bila dah bosan aku akan biarkan camtu je. kenape le aku cepat bosan ngan sesuatu benda yang aku buat,. nak menulis pun dah malas n kering idea. dalam erti kata lain dah bosan arrrr. ok nak stop dulu kot dalam dunia blog nie, buat sementara waktu, nanti dah ada mood berbloging baru aktif balik. tapi aku still akan baca blog orang lain gak, just blog aku je aku dah malas nak peduli sangat, rase tak seronok dah pun ada blog.

Thursday, January 27, 2011

BENCI tol ngan mesin ATM eon Bank

Geram tol aku tadi masa kuarkan duit, tiba2 mesin tu buat hal, aku tulis amount lain, leh lak dia buat spoil kat aku hujan2 nie, duit kuar rm300 je, tu pun tempat buka duit tu buka sikit je aku lak kena tarik duit, dah le bagi duit tak cukup sepatutnye rm1,500.00 panik giler aku, dah le kad bini bos aku, aku tolong p ambik duit je, jadi camtu lak, kena masuk bank buat report le. bos boleh tak lain kali jangan suruh saya jolok duit kat ATM, aku tak mo dah, serik tol,  mesin duit dia dok kat luar takut giler nak bawa kuar duit, muka aku memang stress giler arr kan tadi masa kat bank, isnin  minggu  depan baru depa akan tranfer balik duit yang tak cukup tu, dah tentu nak kena usya cctv dulu kan, tengok betol ke tak, waaaa muka aku akan jd popular kat bank tu hahahha stament sengal tol, aku memang tak suka p bank tu dari dulu lagi, tapi selalu je terpaksa p citu...harap2 masalah tu boleh diselesaikan ek...risau gak takut  tak pasal2 aku lak yang kena ganti..

HEARTBEAT NIE JUAL APE EK...



Cushion, Flower, Teddy Bear & Photo Balloon @ Only RM99

leh tempah sarung bantal muka sediri lagi tu, like pink.. suka-suka
  



Ada jual macam2 kat situ, untuk sape2 yang nak abadikan kenangan bersama pasangan leh leh jenguk kat situ, just klik banner heartbeart yang kat atas tu  je, dan mula shoping, nak harga diskaun jadi le ahli.












sangat seronok rupanye bila ada anak buah sendiri

budak mate besar n bulat, hanya boleh dilihat di dalam fb n ym je...tak sabar nak tunggu adam balik penang..



anak buah yang pertama teruja giler aku jadi mak teh heheh
nape le abang aku asyik tak dapat tukar balik penang, so terpaksa le dok kat johor lagi....kalau dapat tukar penang mesti best kan, dapat main ngan adam selalu.

Wednesday, January 26, 2011

BELIAN SECARA BORONG LEBIH JIMAT...


Berminat untuk berniaga lulur tak atau untuk dibuat doorgift untuk majlis perkawenan korang, so boleh le menempah dari saya.
HARGA BORONG LEBIH MURAH DARI BIASA
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

cari idea untuk dulang hantaran



Gubahan Hantaran Bekas Cincin

Gubahan Hantaran Belt & Wallet

cantik-cantik je kan, aku tengah cari idea untuk majlis nikah sepupu aku, dia minta tolong aku gubahkan, aku tak pandai sangat bab2 nie, kalau tengok contoh boleh le buat. yang kat atas nie dari blog TEPAK SIREH, sape yang nak senang order terus je dari situ, orang johor boleh le tempah situ, gubahan dia memang semua cantik2. Ada banyak lagi yang berkaitan ngan perkahwenan kat situ. so buat bakal2 pengantin boleh le usha2 kat situ.

Tuesday, January 25, 2011

photoshoot gambar kawen kat sini ada sape2 nak tak?

sekarang aku sangat suka ambik gambar pemandangan yang cantik dan sejuk mata memandang, kat tempat aku selalu p je lah, sangat suka  gambar kat bawah nie, kalau ambik gambar kawen mesti cantik kan...tapi ada ke pengantin yang sanggup nak p kat tempat nie ek,
 mau berpeluh n penat baru leh sampai tau tempat nie, dia terletak kat hujung sekali tempat joging. kalau korang tak larat nak joging sampai hujung dah tentu takan jumpa tempat nie tau.
 kawasan nie trek joging je so memang tak leh naik kenderaan untuk sampai cini, tu pasal le tak dak pengantin ambik gambar kat check point last nie














 macamnana nak sampai kat tempat cam kat atas tu ek? meh aku tunjuk camna


mula2 kita kena mula berjalan or joging dari sini, naik bukit cikit, kawasan tu semua pokok getah je tau, suka joging kat trek nie coz tak panas.

see lorong hutan je kan, lepas dah melalui hutan camni baru le leh jumpa kawasan yang cantik tu, jauh gak tau, penat wey...tapi berbaloi gak dihujung dapat tengok kawasan cantik huhuhu



yang kat bawah nie kat kawasan depan sekali, ada trek joging yang macam jabatan, kat situ panas...so tak nak joging citu huhuhu...kalau nak dok rehat2 je leh lepak kat tempat bawah nie, ada banyak kerusi..






nak tengok ikan p kat tasek bawah tu ok, bawa le roti bagi ikan makan, mesti banyak ikan yang datang...


LOKASI ; Mengkuang Damp Seberang Perai

p/s : gambar just guna camera hp c3 nokia je, so kualiti tak best sangat kan...

Monday, January 24, 2011

ingatkan senang je mengecat....

sebelum nie sangat susah nak jumpa cat purle terang yang aku nak kan, so ari sabtu p cari kedai yang jauh sikit dari rumah, then terus jumpa satu kedai yang ada colour tu, aku terus sambar, awat mahal lak harga dia ek, maybe harga dah naik kot, aritu masa beli cat ICI baru RM 50 je kan, takan le cat buatan m"sia pun mahal gak, aku beli brand colourland je pun, tanpa banyak soal terus terus beli, harga dia RM 81= 5 liter..lagipun aku malas nak surve harga kedai lain tu yang terus beli je. sebelum nie colourland kedai lain tak terang pun.


sangat puas hati lah bila dah mengecat kat bilik aku, warna dia cantik je, shiner2 lagi tu pasal le mahal, aku terbeli cat yang kualiti rupanye dah habis cat baru perasan kat cat tu tulis pe, hahahahah tapi xpe janji cantik. cat minyak dah tentu le cantik bila cat dinding, patut arr kan terang dan cantik je dia punya colour, kalau conteng kat dinding pun just lap ngan kain lembab je comfim hilang cam iklan kat tv tu huhuhu... kalau beli cat biasa leh dapat dlm harga rm 30 je bau dia tak best. yang cat aku beli nie bau dia sangat best..

masa mula2 nak buka bekas cat tu, sangat le susah, mau hangin satu badan kak aku, so bila dia dah begang dia blah camtu je, ok pun berusaha membuka ngan simbah air atas tong tu dulu, then terus leh buka. masa mengecat tu ok je, tak lah susah sangat, just lenguh kepala melayut atas je. akhirnye siap gak setelah dibantu oleh akak aku.

korang rase keja mengecat nie orang laki je ek boleh buat, orang pempuan pun leh buat gak tau huhuhu...tapi kan aku tak nak buat dah pas nie, nak tau tak sebab pe, masa buat tu tak rase sakit pe pun, masa tengah tido sedap2 tiba-tiba badan n tangan rase lenguh2 n sakit sangat..... selamat aku ada losen halia mustajab, terus sapu kat badan n tangan. dua tiga kali gak lah aku bangun sapu losen halia nie...waaaaa rase cam tak mau p keja je pagi tadi...still lenguh2 lagi nie, kat tapak tangan memang sakit sangat lah masa tido tu. keja mengecat nie memang sesuai sangat untuk lelaki, umah aku ner ada lelaki so terpaksa le buat semua sendiri, selalunye akak n adik  aku yang mengecat, aku akan dapat port memasak didapur huhuhu....



 tirai pintu benang yang sama colour lagi tau, kualiti gambar hp aku sangat buruk waktu malam...

p/s : tudung tingkap lum siap jahit lagi, tengok le kalau rajin jahit malam nie, aku buat yang simple2 je

Saturday, January 22, 2011

ikan bakar versi cuti thaipusum

hari khamis cuti Thaipusam tiba2 lak aku jadi rajin nak bakar ikan, masa tengah dok sarapan dok sembang2 nak masak pe ngan udang kulit keras nie, udang kulit keras bila buat masak berkuah tak sedap, so aku pun bagi le cadangan kita bakar. aku yang buat sendiri bara  api tu tau, pedih mate aku kena asap...dulu memang fede-up sangat kalau kena buat bara api, lama giler kena tunggu, thah kenape thah pagi tu senang je aku buat bara, maybe sebab aku buat dengan penuh sabar kot heheh..



ikan yang dibungkus daun pisang oleh akak aku, ini bukan pulut udang ok. sangat wangi bila dibalut camni



 udang yang siap dibakar, memang sangat sedap, bila bakar rase udang nie lebih enak dan manis. aku letak garam kunyit baru bakar ok



 hasil ikan yang dibakar, sedikit buruk kan heheh hampir hangit, tp still leh makan tau, kalau tak balut daun pisang ikan nie dah lama hancur masa nak alih huhuhu



cicah ngan air asam express tak cukup bahan, tak dak buah tomato, dan aku tak letak belacan, sangat elegic ngan belacan, tak mo makan belacan dah huhuhu..tapi still sedap makan ngan nasi panas2

Friday, January 21, 2011

best le pulak USTAZ AMIRUL kan

Episod  3 baru mula tengok, mula2 tak tau le pulak jadi pe, pas nie tiap2 hari jumaat malam aku mesti kena layan cite nie kat tv3 kol 9.30p.m. Ashraf Muslim sangat encem sangat sesuai jadi Ustaz arr kan, suka2... perempuan2 dalam nie semua pakai tudung nampak cantik2 dan comel2 je kan.so pakai le tudung baru u all nampak cute he3..by the way nak cakap menutup aurat tu wajib.



sangat susah nak dapat cat colour purle terang

aku dah p cari merata kedai cat nak colour purle yang macam kat bawah nie gak, waaaa apasal tak dak lak, semua colour pudar2 je, sibuk tol nak mengecat bilik time nie gak kan, macam aku lak yang nak raya. kalau nak colour purle terang kena p dekat kilang dia, depa bancuh lain lak, hampeh tol arr kan, dah tergetar2 nak cat hari ahad nie jugak huhuhu...banyak kedai tak jual cat brand I.C.I kat kawasan umah aku, tengok dalam website dia ada je colour purle terang. tapi thah le, thah2 kena tempah gak kot...memang semua cat tak jual terus colour purle terang ek?
ada sape2 cat umah colour purle terang tak kat sini, korang beli cat apa ek?

sepagi di ladang MARDI CH

Cite yang agak basi,tahun lepas punya percutian bulan 11, tak dak benda nak tulis, so korang layan je lah gambar2 dekat ladang MARDI CAMERON..sebelum nie p tak pernah singah ladang nie coz tak tau, kali nie baru singgah. nak masuk dalam ladang nie ke rm3, budak sekolah rm1.50. cuti raya cina nanti mesti ramai yang akan p bercuti kan, so boleh le p cameron. sekarang musim panas. masa kitaorang musim hujan, memang best arr sejuk2 cam berada diluar negara lak huhuhu. aku rindu tea ais cameron kat satu gerai kat sana,memang best. masa tu aku sorang2 je pesan air ais walaupun hujan lebat ditambah sejuk. tak suka air panas, sejuk2 pun aku bantai air ais gak.

 

rumput kat sana siap kuar bunga yang cantik lagi kan, memang subur lah rumput kat sana


suka pokok daisy, sape yang patahkan nie..

pokok krimas, pokok nie memang warna putih camtu, aku ingatkan pokok tipu, rupanye pokok betol


labu air yang besar tergantung atas kepala


ladang epal tinggal sepokok je, yang lain tu dah habis musim kot, tinggal batang je. ladang anggur pun ada gak tapi tinggal ranting pokok gak.
 lepas panjat ladang teh, terjumpa pokok2 nie, saje kasi can akak aku interframe dlm blog aku huhuhu

Thursday, January 20, 2011

teringin nak jahit nie





 cantik kan gambar nie, kalau aku yg jahit crocss stitch nie mau setahun baru siap, nie gambar p.cik google ok. insyaallah one day aku nak buat umah sendiri saiz nie untuk umah aku, bila aku dah kawen le huhuhu...sekarang nak buat saiz kecik2 je.

sejak bila aku belajar crocss stitch nie ek..aku pernah menjahit zaman sekolah menengah lagi, semuanye bermula masa akak sepupu aku dapat banyak tempahan. so dia upah aku untuk jahit, masa dulu aku jahit untuk Tulisan Jawi. gambar pemandangan aku tak pernah jahit lagi, mesti ambik masa yang panjang kan.

 korang rase gambar cam kat atas tu diaorang jual berape ek? mesti mahal kan.

Wednesday, January 19, 2011

aku nak meke-up blog aku lain

mungkin 2, 3 hari nie blog aku akan jadi huru -hara sikit, nak tambah 3 colum...sekarang ada 2 colum je, cam tak best je, semua benda letak belah kanan je, dah tu kena skroll hingga ke bawah...harap2 berjaya le kan, aku tengok toturial camna nak buat. boleh le kan nak pening2 pale dulu sebelum nak jadi tu kan. templet pun cam nak tukar jugak. tapi nak usha2 dulu mana yang sesuai...

macam mana orang cina boleh kumpul duit yang banyak

nak cakap pasal duit, aku dok confuse nie macam mana ek orang cina leh kumpul duit yang banyak dalam tempoh 2 tahun, selepas duit dah cukup dalam tempoh 2 tahun tu diaorang akan p sambung belajar kat luar negara. kalau nak ikut lepas spm kalau keja pun bukan gaji mahal sangat pun kan, tapi diorang leh kumpul duit yang banyak untuk sambung belajar kat luar negara. apa rahsia diaorang ek? family dia tak kaya pun kalau nak diikutkan...ini kisah benar ok...

kenapa air laut biru


korang pernah terfikir tak dulu2...aku dulu2 masa kecik asyik terfikir kenape ek air laut nampak biru, bila sentuh tak pun jernih je..u all tau tak sebab pe, sebabnye  langit biru air laut jadi le biru, langit yang pantulkan biru tu, bila awan tebal colour putih, air laut dah tak jadi colour biru kan.



Gambar Pemandangan Pantai
Pemandangan pantai ini di publikasikan oleh http://wisatara.files.wordpress.com/2008/08/senggigi_beach.jpg




gambar_pantai



 nie gambar tasek buatan, tempat aku riadah
ada setengah tempat nampak air colour hijau lak kan, tu sebabnye kawasan sekelilingnye dipenuhi pokok...tu pasal air tu nampak hijau kan.

Tuesday, January 18, 2011

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN


Tajuk tak boleh blah, sejak bila  aku buat bisnes kraftangan lak kan.Kalau orang tempah aku buat le, kalau saje2 nak buat aku malas tol nak membelek heheh...yang kat atas nie dah siap frame, by the way nak bagi kat seseorang le.



untuk yang berminat cross stitch  macam nie boleh le buat tempahan, ada banyak desing lagi...yang nie saiz 4R.

CARA TEMPAHAN DI PM INBOX facebook AKU OK 

@ 019-4290584

sebarang desing or gambar yang hendak di gunakan, boleh hantar ke e-mail
izyanty10@gmail.com

pasembor makanan orang tua-tua ka

nie pasembor pasar malam ok
jom makan pasembor, kalau orang datang penang mesti singah gurney drive makan pasembor kan, aku dulu2 ner ada p makan kat sana pun, mak aku tak bawa pun, p bekelah batu feringgi ada le kot, tak popular sangat le katakan pesembor dikalangan ahli keluarga aku pun. tiap2 kali pasar malam je, mesti mak saudara aku n jiran aku pesan pasembor, aku tengok pasembor nie dulu tak berapa minat sangat, so aku dok terfikir dia makanan orang tua2, ye la semua yang pesan kat aku semua orang tua2.

tiba2 aku ngidam nak makan, so beli le sebungkus...balik makan sedap gak, sedap sebab kuah di sedap ok.yang kat pasar malam nie murah le sebab dia letak biasa je. tapi kalau korang p makan kat gurney drive harga dia mahal sikit coz leh pilih nak makan pe yg sedap2. tapi pasembor yang sedap terletak pada kuahnye..

kat gurney drive kedai mana yang sedap ek? ada satu kedai yang sedap dia duk satu line ngan kedai makan cina. tapi yang jual tu mamak penang le of coz halal ok..

tak jemu ke


hari2 aku mesti sarapan dua kuih nie, karipap n burger rock...apasal nama dia burger rock ek, aku pun tak tau yang pasti inti dia sambal bilis yang sedap... kuih lain aku memang tak leh layan pagi2. selama keja 4 tahun kat cini aku baru belajar ambik sarapan, selalunye aku tak leh nak makan pagi2, perut aku akan sakit, nie pun 9 keatas baru aku leh makan, time tu perut dah stabil, air kosong je peneman aku huhuhu. tak jemu ke hari2 makan kuih yang sama, jawapan aku tak, aku memang jenis yang suka makan benda yang sama je tanpa rase jemu huhu..

Di Saat Aku Mencintaimu

– Dadali-

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

 
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
 
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


p/s: harap u all enjoy ngan lagu baru kat blog aku :)

Monday, January 17, 2011

aku pun ada heartbeat gak tau..leh buat duit rupanye

mula tengok benda alah nie tak tau pun benda ape, aku tengok pun kat blog kawan aku celoteh M.J... ingatkan iklan nuffnag punya, tapi rupanye bukan ek...kena daftar n letak kat blog kita baru dapat duit, satu klik 4 sen kot, kita leh terus pakai nufnang sekali ngan heatrbeat rupanye, takan ada efek pada nuffnang kita, so y not cuba je kan bukan rugi apa2 pun kan.

1.
MACAM MANA NAK DAFTAR ?

SILA KLIK KAT SI DEBAR AKU BELAH kanan ATAS SEKALI...bila dah klik

akan keluar macam nie


2. 
Nanti klik je kat kotak merah tu untuk mendaftar ye,
KREDIT kepada

coz aku guna picture dia kt atas nie 
 
3.
 
cari perkataan HB affiliate--click, then cari perkataan register
 
SILA ISI FORM BAGI LENGKAP
 
KORANG FAHAM KE CAMNI,aku PUN SUSAH NAK FAHAM KALAU TAK DAK GAMBAR KAN, SO SILA 
 
KLIK BLOG


kat blog dia sangat mudah faham coz ada gambar sekali.


p/s : aku pun baru je daftar hari nie...tak tau sangat

siap jugak akhirnye \(^_^)/

2 minggu jugak lah aku menjahit crostis nie, jahit time malam je, buat sikit2 pastu aku dah ngantuk, tu pasal sampai 2 minggu heheheh..ok nak kena beli frame gambar nie huhuhu...main bedal je jahit, aku dah silap kira kotak masa jahit tu, tapi xpe nasib baik nampak gak rupa dia kan..

Friday, January 14, 2011

RINDU sama Adam

dah 3 bulan adam sekarang, suka buat mata terbeliak camni lak sekarang ek, aku rase sebab masa  mak dia tengah sarat mengandung dulu, kitaorang ada p ambik gambar keluarga kat kedai, adik aku berdiri sebelah akak ipar aku, then adik aku bila bergambar dia suka buat mata terbeliak camni gak, adam tiru mak su dia le nie kan..heheh

Bila thah boleh jumpa adam, kena tunggu ayah n ibu adam bawa balik penang, see dah pandai cakap2 dah sekarang, rindunye nak jumpa n dukung adam. Hari tu masa kami p tengok dia kat johor kecil lagi baru lahir, asyik tido je, nak buka mata pun susah, memang tido tak hengat dunia arr kan, buat macam2 kat dia pun, still tak sedar.

miss u so much MOHAMAD ADAM HARIS BIN MOHD NAZRI
panjang tol kan nama dia...

Thursday, January 13, 2011

pilih sabar atau mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.


sumber :sini

APA perasaan korang bila baca nie

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan


Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". 
 
Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
 
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

SUMBER SINI
 
p/s : aku siap leh nangis lg huhuhhu..:P... aku memang sgat2 sensetif tau, if my mum or bf tinggi kan suara pun aku dh leh nangis...apasal le aku leh jadi terlalu sensetif...tak suka tol

Wednesday, January 12, 2011

En Ben buat suspen je kan...

tengok link kt fb kemarin aku terus klik, 

BEN ASHAARI: Senarai nama peminjam PTPTB yang di'blacklist'kan


buka2 eh siap ada senarai nama lagi tu, terus terjah kat nama2 tu, takut nama aku tersenarai, ok tak dak lega rase, tapi aku pelik gak tak ramai sangat pun kena blacklist PTPTN, sepatutnye ada ramai kan, pas tu aku baru baca pe benda yang dia tulis kat atas tu...cis rupanye bukan le

Berikut adalah senarai nama peminjam  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi BLOGGER yang disenaraihitamkan kerana gagal dalam subjek SENI TRAFIK .. 

hahahah...main terjah je kan, lain kali baca dari ats kan heheh...

ok akan cuba bayar ptptn secara konsisten lepas nie..

kad buat peminat saya !

tajuk tak boleh blah tol kan, bukan untuk peminat aku le, bukan artis pun, saje nak buat drama heheh....salah tajuk kat atas tu ok. nie aku saje gatal2 tangan buat kad untuk pemenang GA aku...nampak tak tu aku dah sain autograf lagi huhuhu...:P

Tuesday, January 11, 2011

dah dapat paling pantas....so awak dapat ok

masalah aku dah setlle sok leh terus pos semua hadiah tu, en3 yang tadi tu aku akan delete ok..siapa yang paling pantas ek tengok kat anak panah tu ok






Cute MuM   no.14 dalam list senarai perserta yang paling pantas bg alamat tadi,taniah,

aku tak nak pakwe encem dan popular ok!

sambungan EN3 kemarin  sila rujuk SINI


Ada sape2 nak pakwe encem lagi popular?  uisk ramai tol nak rebut2 kan hehehe...ok aku tak nak rebut2 so korang leh ambik, by the way yang encem lagi popular bukan bf aku tu pasal aku tak kisah, masa zaman muda2 dulu n belajar boleh leh kan nak pakwe ensem lagi popular, tapi bila umur dah meningkat dan bekerja encem dan popular bukan keutamaan lagi. Baik sakit dimata, jangan sakit dihati heheh...ye le tu kan, orang tua2 selalu pesan camtu, yang penting baik dan sayang kita kan, tapi kan kalau sakit dimata n sakit dihati memang sangat2 tak wajar untuk dipilih, ok sila reject dengan cepat tettttttttttt...



p/s : kalau kita nak lelaki yang baik, kena pun kena baik jugak kan, 
LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK.
LELAKI YANG TAK BAIK UNTUK WANITA YANG TIDAK BAIK.

ALLAH ITU ADIL KAN

nak Tawakal je bab nie.