Penyakit memang bahaya kan. Dulu anak buah aku meninggal disebabkan penyakit nie..beberapa tahun yang lepas le, masa tu doctor xjumpa lagi pasal penyakit nie…macam2 kajian la diorang buat so sekarang baru tau punca sebenar…disebabkan anak buah aku memang ada penyakit lain lagi sejak kecil, antibody dia memang lemah, so bila terkena jangkitan nie..dia demam n terus koma beberapa hari…masa koma tu doctor memang dah tau xdak harapan… adik beradik dia yang lain pun masuk wad gak..selamat datang awal hospital…so selamat…xtau le kena kat mana sebelum tu diorang ada p mandi air terjun gak…kat umah maybe leh terkena gak…sebab ayah diorang bela banyak binatang sangat kat umah…
P/S : dulu doktor xletak nama nie lagi...just cakap jangkitan kuman je....then baru tau dari tikus...
Apa itu Leptospirosi ?
Leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya menjangkiti tikus...
PENYEBAB
Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini. Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti oleh penyakit ini. Leptospirosis juga boleh merebak kepada manusia lain melalui darah yang dijangkiti virus ini dan juga cecair badan.
Bakteria Leptospera
GEJALA
Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya akan mengalami gejala seperti demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan merah mata. Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami gejala yang disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.
Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan kepada kegagalan ginjal, kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit kuning (jaundice), pendarahan kulit serta boleh mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningitis). Pesakit akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh 4-14 hari tempoh matang. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat menerima rawatan.
PENCEGAHAN
Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan :
1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, pelindung mata, jubah steril dan kasut kedap air;
2. Tutup luka pada kulit;
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tanga dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.
Kepada yang lainnya :
1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira;

2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpu
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.
Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di atas.
copy dr prof hariz pasal penyakit ni, yang meninggal tu memang anak buah aku, anak abang sepupu.
No comments:
Post a Comment