Kalau isteri sedap gak le dengar kan…muka depan lak tu….aku rase baru2 aku ada sebut dalam satu en3 aku jangan pergi or berada dalam situasi yang leh mendatangkan fitnah dan syakwasangka kan….tiba2 ada lak kes nie…sungguh kebetulan…
Macam2 tol spekulasi orang dok cite kan…..silap besar le mati dalam keadaan cam2 kan…mengaibkan dan jadi bahan fitnah….sape pun xleh menegakan benang yang basah kan n membela diri….takan jalan terbaik bunuh orang n bunuh diri kan. Apa hukumnye bunuh diri n bunuh orang…
Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.
Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:
أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Hukum membunuh orang.
disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
Hukum membunuh terdiri terdiri daripada berikut:
1. Hukum wajib membunuh iaitu seperti musuh-musuh dalam peperangan dengan menjaga maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Sekiranya terkorban bagi orang yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara adalah dikira mati syahid.
2. Hukum haram = sekiranya membunuh tanpa sebab yang dizinkan syarak seperti membunuh orang yang tidak berdosa.
p/s : apa yang aku nak sampaikan kat sini just untuk ambik iktibar dengan apa yang berlaku, n orang lain xmengulangi perkara tersebut. apa yang penting kita kena fikir pasal agama & keluarga kita dulu sebelum nak ambik sebarang keputusan. dalam kes camni aku tengok keluarga yang kena tanggung n menjawab apa yang berlaku, dan macam2 cerita akan keluar. aman kah kita kat dalam sana tu. kat dunia maybe leh terlepas depan Allah xboleh kan. renung2 kan...
No comments:
Post a Comment