Tuesday, September 28, 2010

sape ek pakar motivasi tu ???

Gadis mangsa pakar motivasi


IMA yang mendakwa dirogol oleh pakar motivasi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.
Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.
Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.

“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.

Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.
Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

KUIH RAYA DARI JOHOR


Korang tau tak nie kuih ape? aku dah lupa nama kuih nie, akak ipar aku bawa balik dari johor, atas tu chiss dalam dia inti jem stroberi n bluebery. kalau xsilap aku tat chiss kot. kat belah penang nie aku xpernah jumpa lagi pun. time raya aku pulun makan kuih dari johor je, semua yang kuih dari johor xjumpa pun belah cini. tahun nie je pun dapat merasa kuih dari sana, next year xbalik raya cini dah, cuti raya pun dah dapat.




nie kuih pe thah, tau makan je heheh...sedap tau..ada lagi sebenarnye xsempat ambik gambar, kuih dah habis huhuhu...

tips : NASI HANGIT


Kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang… membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie…


-Pertama: -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai… jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut… biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tak berbau..
(P/S: Jangan takut… tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak dipotong)

-Kedua: -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu…

-Ketiga: -kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi… biarkan sejenak…. InsyaAllah


sumber : petuamelayu.com