Tuesday, September 28, 2010

Zaquan dan Ayu




Kematangan Zaquan yakinkan Ayu





TARIKH 10 Oktober 2010 sepatutnya menjadi hari bahagia kepada aktres jelita, Ayu Raudhah bersama kekasih hatinya, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak. Dikhabarkan akan bertunang pada hari tersebut, penyebaran berita itu bagaimanapun dinafikan oleh tuan punya badan.
Penafian itu bukan membawa maksud sesuatu buruk telah terjadi pada hubungan mereka. Cuma buat masa ini, pasangan itu terutama Zaquan tidak mempunyai masa secukupnya untuk meneruskan perancangan mereka.
Sungguhpun rancangan pertunangan itu perlu ditunda, Ayu yang ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! tampak gembira. Mengukir senyuman, Ayu mengaku dirinya amat bahagia di samping pemain bola sepak kebangsaan itu.





baca lanjut di kosmo online

sape nak kawen kat Cameron Highlands (Hotel Heritage)

Pakej perkahwinan di tanah tinggi


SHAMSHIDAR (kiri) dan Saye Chin menunjukkan sebahagian daripada peralatan perkahwinan yang akan dipamerkan pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


IPOH - Ingin mencari kelainan dalam melangsungkan majlis perkahwinan anda dengan mengadakannya di kawasan pelancongan tanah tinggi berhawa dingin di Cameron Highlands? Jika ya, sebuah hotel di sana menawarkan pakej perkahwinan yang berpatutan.

Hotel Heritage Cameron Highlands (Hotel Heritage) dekat sini bukan sahaja menawarkan pakej perkahwinan ala Barat tetapi juga akan memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediakan pakej yang sama untuk kaum Melayu, Cina dan India.

Lebih menarik lagi, pakej yang ditawarkan adalah serendah RM500 untuk satu meja yang boleh memuatkan seramai 10 orang.

Semua promosi menarik ini boleh didapati sempena Karnival Perkahwinan 1Malaysia yang dianjurkan hotel berkenaan dengan menampilkan pelbagai pakej perkahwinan pelbagai kaum selama dua hari bermula Jumaat ini.

Eksekutif Perhubungan Awam Hotel Heritage, Shamshidar Mohamad Khirudin berkata, karnival yang akan diadakan di hotel berkenaan bermula dari pukul 11 pagi hingga 9.30 malam itu bakal disertai lebih 20 agensi seluruh negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. sumber kosmo

memang patut Disiasat pun kan?

35 peguam disiasat polis


Noryah pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR - Kes jual beli tanah di Pulau Pinang yang dikendalikan oleh peguam K. Patmanaban merupakan antara 290 kes membabitkan peguam yang disenaraikan dalam siasatan kes-kes jenayah komersial yang sedang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Noryah Md. Anvar berkata, polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesial itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk penipuan penjualan tanah dan rumah.
"Salah satu kes yang sedang disiasat oleh JSJK ialah kes jual beli tanah yang dikendalikan peguam yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya," kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.


Menurut beliau, kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah.
Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang deposit penjualan dua bidang tanah bernilai lebih RM25 juta di Pulau Pinang.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage, dan pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

sumber kosmo online