Friday, July 2, 2010

AIR BERKLORIN - sakit jantung

 
Apa yang korang tau pasal klorin nie ek, kat m'sia nie semua air  paip yang sampai kat umah kita semuanye mengandungi klorin kan. dulu aku xpeduli sangat pasal klorin dalam air( air still nampak jernih n bersih je ), tapi sejak kebelakangan nie kat umah aku air paip yang mengalir xlagi jernih cam  selalu.. rasenye  klorin je kot PBA bagi,  air paip colour putih susu, memang kronik tol camni, ingatkan dua 3 ari je, nie dah berbulan2 air still camni gak, nak cuci muka,mandi, n masak pun terpaksa gak guna gak air cam2. kalau cuci rambut, rambut kasar je sebab kena air terlampau banyak klorin. ke diorang letak klorin je ek xcampur air????....bila la masalah nie nak setle kan...

 
 SO AKU PUN CARI INFO KESAN KLORIN : JOM BACA
 
Menurut satu kajian oleh Joseph M.Price (M.D) di Amerika Syarikat, klorin yang dimasukkan ke dalam air paip adalah satu bahan kimia yang sangat bahaya. Menurut teorinya, klorin sebagai satu bahan yang sangat aktif bertindak balas dengan fat dan cholestrol menyebabkan ‘plak’ berwarna kuning terjadi dan berendap (deposited) di permukaan arteri-arteri. Endapan ini (atherosclerosis) menyebabkan arteri menjadi keras tidak kenyal (elastic). Arteri-arteri tersebut lama kelamaan boleh pecah ataupun lubangnya menjadi sempit. Keadaan demikian boleh menyebabkan penyakit atherosclerotic atau coronary heart disease dan stroke.

lihat eksperimen ini:
ujikaji ini menggunakan 100 ekor ayam jantan berumur 100 hari. Ayam ini dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu kumpulan dibahagikan kepada 50 ekor ayam. Kumpulan satu diberi air yang ada klorin dan kumpulan ke dua diberi air tanpa klorin bersama dengan makanan mereka. Didapati ayam-ayam yang diberikan air klorin mendapat penyakit plak berwarna kuning (atherosclerosis) di dalam saluran darah (arteri) di bahagian abdomen (abdominal corta).


Bagi kumpulan ayam yang tidak diberi klorin dalam airnya, tidak didapati seekor pun yg mengidap penyakit arteri selepas tujuh bulan. Ujikaji itu menunjukkan bahawa klorin boleh menyebabkan penyakit atherosclerosis iaitu saluran darah ‘arteri” tersumbat.


Lihat apa kata Dr. Price dalam teorinya:
Teori kolestrol dan lemak sebagai penyebab utama sakit jantung belum lagi sempurna. Sebagai bukti orang Eskimo di Kutub Utara tidak mengidap sebarang penyakit ‘atherosclerosis’ atau penyakit jantung sungguhpun pemakanan (diet) mereka mengandungi kolestrol yang lebih tinggi daripada yang biasa. Sebab utama mereka tidak mengidap penyakit jantung ialah mereka minum air salji iaitu air suling yang bebas daripada klorin.
Dr. Price menunjukkan juga bahawa 75 tahun dahulu sebelum adanya klorin dimasukkan ke dalam air minum tidak pernah ada rekod penyakit jantung di Canada dan Amerika Syarikat. Ia mungkin kerana klorin mula digunakan (sebagai ujian) untuk membersihkan air pada tahun 1890 an dan hanya pada dekad kedua dan ketiga (1920) ia diterima sebagai satu ‘ubat’ untuk air minum. Tanda-tanda penyakit atherosclerosis mengambil masa 10-20 tahun untuk menjadi.

Di sini, kita dapat korelasi antara timbulnya penyakit atherosclerosis sejak tahun 1930 dengan pengklorinan air. Korelasi ini susah untuk dinafikan atau pinggirkan sahaja.


Menurut Dr Allen Banik dalam bukunya “Your Water and Your Health”:
Klorin dalam bentuk yang dimasukkan ke dalam air adalah satu bahan toksik yang akumulatif (bertumpukkan).
Dr Price mencadangkan:
Supaya air dibersihkan dengan cara lain seperti menggunakan sinar ultra-lembayung sebagai satu cara yang praktikal, mudah dan murah. Alternatif yang lain ialah dengan menggunakan cara ‘ozonation’ atau penyulingan air. Cara sementara waktu ialah mendidihkan air untuk mewapkan (penyejatan) klorin itu sebagai satu cara untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung.
Cara yang paling dramatik dicadangkan oleh Dr Allen Banik ialah air yang paling selamat daripada bahan-bahan kimia yang mudarat adalah dengan menggunakan air suling. Penyulingan air adalah satu cara sahaja yang dipercayai boleh meninggalkan semua bahan kimia inorganik untuk menjadi air yang tulen dan bersih.
Malangnya, kajian Dr Price tidak dihiraukan oleh media massa. Dr Price mengatakan bahawa kajiannya telah disenyapkan (silent Treatment) oleh media massa.

Thursday, July 1, 2010

SIRAP BANDUNG + CINCAU



Nampak sedap kan sirap bandung + cincau. kalau yang kurang susu memang xsedap rasa cam sirap kosong.  petang nie pasar malam bestnye ada 1 kedai nie je yang jual air sedap. dia jual air je, semua nampak sedap n pekat yang penting sekali sedap. kadang2 kita kita nampak je sedap pas minum tawar je.

kalau rajin leh buat sendiri kat umah jom aku ajar cara buat sirap bandung :

Bahan2 yang diperlukan :

air sirap
susu
cincau
ais batu

cara penyediaan :

Bancuh air sirap cam biasa + susu letak lebih baru sedap then masukan cincau n ais batu. ok siap senangkan

sambungan berjalan kaki

Petang kemarin kan aku ada cakap aku kena balik berjalan, hari ini aku nak cite apa yang terjadi kemarin..sape yang xtau apa yang aku gitau kemarin leh tengok en3 aku terpaksa berjalan kaki.jam menunjukan 5.30 so dengan pantasnye menyimpan barang2 aku untuk pulang ke rumah. disebabkan aku kena berjalan aku ikut jalan shortcut, tempat pertama yang aku kena aku lalui of coz lah umah bigboss aku, lalu kawasan taman dia yang baru siap,...oppsss terpijak lak rumput carpet yang baru tumbuh ngan subur heheh.....sebenarnye aku takut nak lalu c2, bukan pe,sayang kat rumput 2 huhuhu...thah ape2 tol aku kan, ye la takut rumput 2 mati lak kalau aku pijak. kan selalu kat luar taman2 kerajaan selalu tulis jalan pijak rumput.

Tempat kedua Masjid, masa lalu c2 dok beragan kot2 leh dapat terjumpa laki muda yang rajin p masjid, angan2ku ghayalan semata2, mana ada pun aku jumpa kat c2. bigboss aku ada la ari2 sampai petang kat masjid dok mengaji.

Tempat ketiga dewan n pustakaan. selalunye c2 petang budak2 laki suka berkumpul main sepak takro. aku memang bernasib baik xdak sape pun kat c2, kalau x memang segan beb lalu c2.

chekpoint terakhir tempat makcik2 berkumpul, aku dengan leganye nampak hanya ada sorang je tuan umah, yang lain2 xsampai lagi, selamat aku, akhirnye aku sampai umah gak.

Balik umah terus cari timbang, kot2 berat turun masa berjalan tadi, hempeh tol xturun pun, dah le aku xberpeluh langsung, sunguh pelik selalunye aku kuat berpeluh bila panas. sungguh merisaukan. sebelum nie kalau akak aku ajak p joging aku xnak sebab nanti aku berpeluh n xsuka panas. berpeluh 2 baik untuk kesihatan kan??.