Thursday, March 27, 2014

#MH370 - Azimat sedekah

Assalamualaikum....

Dua tiga hari nie kan kepala aku asyik sakit je, sebab terlebih banyak membaca dari biasa...semua orang pun sama kan...ok stop fikir panjang2...just nak share jom sedekah duit ramai-ramai then niatkan masa sedekah tu supaya kapal terbang MH370 ditemui. RM 1 pun boleh just masukan dalam tabung masjid or tabung derma yg korang jumpa or boleh jugak derma online ok.

By the way aku pun tak taw pun sebelum ni bab niat sedekah nie...masa aku p kursus aritu Ustazah cakap kalau kita Nak Allah mudahkan urusan kita, kena banyak sedekah dan niatkan supaya Allah mudahkan segala urusan kita, Insha allah segalanya mungkin dengan pertolongan Allah. 

ari2 kita ada update kat status pasal kalau barang hilang sedekah kan dah lama sebelum kes nie, masa aritu satu hari dok cari barang yang hilang tu tak jumpa, last sekali time ptg baru jumpa masa tu ada orang datang ofis minta derma baru barang yang di cari tu jumpa. taw tak padahal banyak kali cari  dalam kotak yg sama dan 4 orang tolong cari tak jumpa...ptg tu baru jumpa. aku percaya tiada benda yg terjadi sia-sia...mesti ada sebab n hikmah kan.


Kata Rasulullah SAW, ''Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.'' Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan, ''Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, karuniakanlah?ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya'.''



Sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya. Pertama, mengundang datangnya rezeki. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat Alquran bahwa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba-hamba-Nya dengan 10 kebaikan. Bahkan, di ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan. Khalifah Ali bin Abi Thalib menyatakan, ''Pancinglah rezeki dengan sedekah.'' Kedua, sedekah dapat menolak bala. Rasulullah SAW bersabda, ''Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah bisa mendahului sedekah.'' 


Ketiga, sedekah dapat menyembuhkan penyakit. Rasulullah SAW menganjurkan, ''Obatilah penyakitmu dengan sedekah.'' Keempat, sedekah dapat menunda kematian dan memperpanjang umur. Kata Rasulullah SAW, ''Perbanyaklah sedekah. Sebab, sedekah bisa memanjangkan umur.'' 



Mengapa semua itu bisa terjadi? Sebab, Allah SWT mencintai orang-orang yang bersedekah. Kalau Allah SWT sudah mencintai seorang hambanya, maka tidak ada persoalan yang tidak bisa diselesaikan, tidak ada permintaan dan doa yang Allah tidak kabulkan, serta tidak ada dosa yang Allah tidak ampuni, dan hamba tersebut akan meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (baik).



Kekuatan dan kekuasaan Allah jauh lebih besar dari persoalan yang dihadapi manusia. Lalu, kalau manfaat sedekah begitu dahsyatnya, masihkah kita belum juga tergerak untuk mencintai sedekah? Wallahu a'lam bis-shawab.



p/s : Takziah kepada keluarga mangsa MH370 semoga Allah memberi petunjuk dan memudahkan segala usaha mencari. kalau korang prihatin stop sikap salah mengalahkan orang lain.. tolong buat solat Taubat setiap hari...masa makin suntuk selagi ada peluang dan ruang ( pesanan utk diri sendiri). Duit boleh cari, peluang dan ruang tak semua orang dapat, tapi memang wujud ( kita yg kena cari n dapatkan ). Sila berasa bersyukur dengan kesihatan yang baik dan dapat bernafas lagi, jangan sia-siakan sisa2 hidup kita. Jadilah orang yang boleh memberi  manfaat kepada orang lain.

Tuesday, March 11, 2014

Peluang dan Ruang







sharing is caring

Assalammualaikum....

SOLAT TAUBAT pernah dengar kan of coz semua orang pernah kan, kalau sebelum nie aku ingat solat taubat nie untuk orang yang buat dosa besar, padahal salah sama sekali, rupakan penting kita join majlis2 ilmu untuk dapat pengetahuan yang lebih luas. majlis-majlis ilmu tu macam umpama taman-taman syurga. Disaat kita ada niat untuk memperbaiki diri dan berada di landasan yang betol Allah akan hantar orang-orang yang sepatutnya supaya berada dekat dengan kita untuk membantu dan menarik kita kearah itu. So jangan risau Allah selalu ada bersama...jangan malu untuk minta dari Allah, dia nak kita dekat dan bergantung padanya.

Berbalik pada solat taubat, sebenarnya kita kena buat setiap hari  paling kurang 2 rakaat =1 solat taubat kalau rajin lagi boleh buat byk2 dalam 1 hari or satu masa berturut, boleh dilakukan bila-bila masa siang or malam. firstime nak buat serius rasa susah kemain, padahal 2 rakaat je pun kan tu pun rasa berat sebab tak biasa n tak amal. tapi bila dah mula untuk istiqamah inshaallah akan rasa pelik kalau tertinggal...lepas isyak selalunya atau sebelum tido...dalam sehari tu of coz kita ada buat dosa gak kan, benda yang paling susah nak jaga adalah hati, belajar untuk istifar bila hati nak marah or nak kata2 kat orang ek :)...kita tak layak untuk menghukum sesiapa take note untuk diri sendiri.



kredit cara solat taubat dari blog : http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah,

Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.