Tuesday, January 22, 2013

Ready stock: shawl halfmoon lace

Assalamualaikum.....mai pilih  ada 8 COLOUR  menarik untuk anda pilih, kalau nak colour lain selain dalam gambar boleh tempah taw. untuk belian KLIK SINI ok. just RM 49 ada harga diskaun untuk peserta contest, boleh tengok dekat fb saya ek.









 purple nie bila tangkap gambar jadi colour lain lak, colour yg betol ikut dlm kotak colour ok















Thursday, January 17, 2013

Fellina inchloss apa yg hebat sangat?







Assalamualaikum....sekarang  fenomena Fellina gitu kan...ramai yang nak kurus tanpa makan ubat dan diet..ye lah takan beli ubat mahal2 kena diet lak mana best, By the way aku memang rekemen u all beli lotion nie sebab aku dah cuba n hasil yg memuaskan. kalau sebelum nie pakai baju jadi ketat, sekarang tak dah tapi kena rajin sikit sapu selalu. muka je lum jadi tirus hahahh...sebab aku  pakai bawah daku berlapis je, so dah kurang berlapis sikit  sekarang. sepupu aku cakap tak yah kuruskan muka, muka ang memang sesuai tembam huhuhu....nanti dah tak comel...sendiri tambah hahah...xlah :p



aku nak jual harga murah tapi kan nanti takut kena warning lak ngan owner fellina kan so jual camni lah RM 69 + POSTAGE RM 6 TOTAL = RM 75 FREE tali tap utk senang nak ukur ( bergantung pada stok ) 

aku akan bagi diskaun hanya untuk PESERTA CONTEST KAT PAGES IZYANTY COLLECTION yang belum join boleh join lagi sebab due date lambat lagi sampai 31/12/2013 


kalau nak beli boleh PM kat personal FB ( izma yanti ) atau e-mail izyanty10@gmail.com / 019-4290584

p/s : aku dropship je taw, so korang jgn pelik lak bukan nama aku yg hantar. sebab aku tak cukup masa nak lari sana sini he3...apa2 masalah boleh refer aku balik ok in case lah ek.








APA YANG ANDA PERLU TAHU?
Dengan inch loss anda tidak perlu berlapar & diet untuk kelihatan langsing..
HANYA 3 HARI PENGGUNAAN ANDA PASTI AKAN NAMPAK KESANNYA!!


RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!:)
- Lotion ni sangat wangi dan xterlalu p
anas,dia dingin dan mesra pengguna.
- Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda(pastikan ukur sebelum guna ya)
- Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik.
- Kita bole mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus
- Yang pasti dengan inchloss pengeluar dah hantar utk dibacakan 30juzuk alquran di mahad tahfiz bukit mertajam penang


LAGI INFO TENTANG FELINNA INCH LOSS
- Kesan yg lebih cepat menghilangkan lebihan lemak di badan anda.
- 100% Bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Sesuai juga untuk wanita hamil dan ibu menyusu.
- Tidak menyebabkan kepanasan dan berbau harum.
- Mendapat kelulusan KKM. No. KKM : NOT120101613K
- BOLEH DIGUNAKAN OLEH LELAKI DAN WANITA

CARA PENGGUNAAN
- Sapu bahagian lemak2 yg hendak dikurangkan 2 kali sehari(pagi/malam).
- Jalani kehidupan anda seperti biasa. Jgn risau,produk ini berbau harum.
- Sebagai bukti,ukur dahulu bahagian yg hendak dikecilkan sebelum sapu Inchloss. Kemudian selepas 3 4 hari, ukur lagi bahagian tersebut. Anda dijamin terkejut besar terkejut dengan hasilnya.

Wednesday, January 16, 2013

Tips pemakain shawl halfmoon lace by Izyanty collection








Assalamualaikum....kat sini aku nak kongsi sikit cara nak pakai shawl halfmoon lace, shawl nie menggunakan kain chiffon lembut dan anda semua sedia maklum kain chiffon sedikit jarang kan. so kebanyakan  pemakai shawl chiffon perlu pakai dengan menggunakan inner neck yang menutup bahagian tengkok kan.

Kalau aku memang tak selesa sangat nak pakai inner neck sebab melekat terus kat muka, aku lebih suka pakai dengan anak tudung awaning. tapi itu shawl biasa sebab boleh lilit banyak kali. Tapai halfmoon tak perlu lilit banyak kali.

So kat sini aku nak kongsi sedikit apa yang korang perlu pakai supaya lebih selesa dan tak payah risau bila ditiup angin tak kan nampak apa2 yang tak sepatutnya...  

STEP 1



Pakai tudung expres warna kesukaan korang saiz  S/M. yang aku pakai nie saiz M comfim2 akan menutup bahagian depan dengan selamat so tak payah risau dah bila angin tiup or kecemasan kan.


STEP  KE-2



Just letak shawl halfmoon cam gambar diatas dan pinkan bahagian bawah, selepas itu pin kan kiri dan kanan ok siap....kalau korang kreatif lg boleh pakai dengan pelbagai cara, boleh tengok toturial dekat youtube ok yang penting selesa dan menutup aurat ek.

 Model utk shawl aku kali nie adalah adik aku...kena paksa hahah...p shoot gambar kat padang golf  Dublin...Lepas balik dari kenduri umah mak mentua sepupu aku. of coz owner kena pakai dulu p majlis2 untuk marketing he3....dan hasilnya ramai yg dah book  shawl nie. alhamdulilah.... By the ada 3 design. so aku akan keluarkan secara berperingkat...lambat nak jahit lace nie, dan aku tak dak asst yg mahir. kena train orang untuk bantu aku. sebab aku nak jahit veil lagi. tak cukup masa. 



sekarang trend baju peplum kan, aku pun nak jugak huhuhu...tapi tak suka jenis kain nie kain lycra kan jenis  getah sikit, (firtime beli )  so kena pakai inner or siglet kat dalam supaya dia tidak melekat terus ke badan. lepas nie kena beli peplum chiffon or satin, baru tak melekat kat badan kan.

kalau pakai skirt, dress, jubah n  baju kurung pun aku akan pakai leging kat dlm. tujuan keselamatan dan keselesaan... stoking tak nak pulak pakai aku nie, aku akan cuba in syaallah.
leging pakai kat dalam je ek bukan kat luar..ooopp... peace.....he3...aku pun tak sempurna...sedang belajar ke arah yg lebih baik.



p/s: jangan lupa join contest kat pages izyanty collection  SINI....Mungkin anda salah seorang yang bertuah akan memenangi shawl macam kat atas nie... :)

CONTEST 2013 BY Izyanty collection



Assalamualaikum.......my contest dah bermula taw so u all semua boleh join kat SINI
Syarat mudah je 

SYARAT PERYERTAAN CONTEST



2) SHARE gambar contest,

 3 ) BAHAGIAN COMMENT tinggal alamat email fb anda sebagai bukti peryertaan.


PEMENANG AKAN DIPILIH SECARA RANDOM, dan seorang pemenang yang bertuah akan mendapat sehelai shawl halfmoon lace Exclusive by Izyanty Collection

Contest berlangsung dari 15/1/2013 sehingga 31/1/2013.  Terima Kasih kerana sudi memeriah kan contest. 
***SETIAP PESERTA YANG MENYERTAI CONTEST INI SECARA AUTOMATIK AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN UNTUK PEMBELIAN SHML YANG AKAN DIPASARKAN TIDAK LAMA LAGI. :)******

Tuesday, January 15, 2013

kenapa saya tak suka guna pos laju

Assalamualaikum....petang yang kelam kabut harini....tengahari tadi aku dpt msg dari customer, barang dia order dah sampai tapi dalam sampul tu bukan vitamin c, tapi benda lain. ampa nak taw tak  benda apa....ubat kurus....jeng2 kerani pejabat pos tertukar sampul. Memang kemarin aku p pos dua barang, satu barang lagi akak kedai  suh tolong pos barang dia sekali. aku memang dah letak asing2 dan tulis nama untuk setiap sampul berasingan. so bukan salah aku lah kan, dia yang tak baca betol2 atas sampul tu sebelum lekat dan cara terima barang pun salah sepatutnya kena lekat borang terus bila dpt satu barang, then baru ambik barang kedua dan tampal. dalam hati ati kemarin cam nak cakap kt dia tengok betol2 dan asingkan, tapi tu lah tak terluah lak nak cakap.

By the way aku tak lah nak marah sangat sebab budak kaunter tu budak baru, mesti akan buat silap mula2 keja kan. Tapi yg tak bestnya time buat keja leh pulak dia dok ramah tamah tegur orang merata maksud aku tak fokus, sebab aku tengok pekerja2 lama kt situ buat keja fokus n serius. bila keja yang melibatkan orang ramai on the spot kena siap, memang kena fokus lah kan...huhuhu...semua orang pernah buat silap kan,kalau aku tak komplain masalah nie n buat tak taw je tak produktif lak kan pekerja kan. so harap lepas nie pekerja baru tu belajar dari kesilapan.sangat menyusahkan ok terpaksa melibatkan ramai orang.


sebelum aku p  pejabat pos, aku dah call dulu tanya camna...so dia cakap dtg pejabat pos tengok sapa yg salah, of coz aku yang betol, pjbt pos suh  penerima return balik barang kat penghantar melalu pejabat pos diorang tak caj bayaran. so aku lak cakap nanti bila saya dah dpt barang balik saya nak kena pos balik barang kat customer yg betol so nak kena bayar lagi ke? maksudnya 2x saya kena bayar RM 24 camtu?supervisor tu cakap tak payah bayar nanti dia akan bayar sebab diaorang salah. Bukan lah nak berkira sangat kan walaupun jumlah tu sikit je kan. Tapi kalau aku tak ckp camtu, diaorang buat tak kisah lak kan. 


setelah difikir dan berbincang dengan akak kedai yg minta tlong aku tu, kitaorang dicide suh customer kitaorang tolong pos balik kat penerima yg betol dan caj pos laju aku lah yg kena bayar balik. takan nak tunggu penerima return balik baru pos jadi lambat kan. kalau ada rezeki aku nak tukar balik bila aku nak pos laju yg baru hahahha....diorang kan dh janji hahahah...pos free 2 brg...thah due date sampai bila.

to my customer saya, minta maaf banyak ek, sebab tak dapat dielak. sebab tu aku lebih suka guna pos expres sebab boleh tulis dekat sampul terus. Tapi tu lah masalahnya pos expres hanya untuk dokument dan tak dak kotak besar. veil memang aku guna pos expres curi2 guna gak hahah...kalau nampak mencurigai kena return balik tak pasal2 kena guna pos laju gak huhuhu...pernah kena taw.dah kena p ambik jauh n selamat majlis customer  aku lambat lg. kalau tak mmg kelam kabut aku.


Dengan ini aku berharap pos malaysia dapat mengupgrade pos expres....supaya lebih fleksibal guna sampul pos expres barang pun tak remuk dan kusut he3...

Monday, January 14, 2013

nak shawl free tak?




Assalamualaikum....anda semua dijemput join contest di pages izyanty collection. contest bermula dari 15/1/2013 sehingga 31/1/2013. salah sesorang perserta akan dipilih secara random, pemenang akan menerima sehelai shawl halfmoon lace ( handmade ) dari izyanty collection. so mari lah join ramai2 mana taw anda yang bertuah. STEP PERTAMA of coz kena LIKE pages Izyanty collection dulu...lalala :)......semua orang dijemput untuk join taw untuk memeriahkan lagi acara he3...ok sayang korang. Terima Kasih atas sokongan semua.



Thursday, January 10, 2013

REBAT RM 200 untuk telefon pintar

SKMM permohonan rebat telefon pintar rm200


KLIK SINI untuk mendaftar, aku dah daftar online tadi dan diluluskan, so boleh lah beli telefon pintar pasni he3...nak beli yg murah2 je guna rebat rm 200 nie. sebenarnya aku tak minat sangat ngan telefon pintar sebab aku bukan kaki online sangat dan tak suka belek2 gajet pun. Tapi bila kerajaan dah bagi rebet of coz ambik peluang nie kan tujuan utama  nk camera hp yg cantik je senang nak snap gambar cantik2 n edit untuk bisnes he3...tu motif utama hahha. Guna hp senang nak bluetooth kat labtop. aku memang selesa untuk labtop bila online. serius tak suka online guna hp. yang kaki gajet tu apa lagi cepat2 lah isi, bila u all dah isi n dah approve dlm tempoh sebulan je rebet tu leh guna. kalau dah terlepas tempoh boleh isi baru selepas 2bulan lak. 



Wednesday, January 9, 2013

cheque pertama dari nuffnang


Alhamdulilah...akhirnya aku berjaya cashout gak duit nie,Thank's nuffnang suka sangat dapat duit free....kalau geng2 blogger of coz dah biasa cashout selalu kan, aku baru firstime cashout setelah 2 tahun buat blog dan aku bukan lah blogger aktif pun. Aku memang jarang update blog pun sepanjang 2 tahun lepas he3...so hasilnya tak banyak lah, lagipun saja suka2 membebel dlm blog pastu dpt duit sapa tak seronok kan he3...azam tahun baru kononya nak aktif berblog, tapi kan hangat2 taik ayam je huhuhu...selalu tak dak idea nak tulis. walaupun dapat sikit tak pe rezeki gak kan sapa nak bagi kan. Apa aku nak buat ngan duit nie ek...nak upgrade pintu bilik baru, supaya nampak gak lah hasil duit berblog kan.kalau nak upgrade satu bilik kena rajin sikit menulis lah kan. sebab duit gaji n bisnes aku memang tak dak spend untuk upgrade bilik pun huhu...

p/s : tak lama aku nak buat contest kat pages izyanty collection....kawan2 blogger dijemput join taw....hadiahnya adalah sehelai shawl halfmoon lace produk baru dari izyanty collection. nanti aku update kat pages so jom like my pages sekali. Terima Kasih..

Friday, January 4, 2013

TEMPAHAN VEIL BERTUNANG, NIKAH DAN SANDING DARI RM 50 DAN keatas


HARGA TEMPAHAN VEIL 2013 BERMULA DARI RM 50 DAN KEATAS

- RM 50 BAHAGIAN KEPALA SAHAJA ( N0 2 )

- RM 100 BAHAGIA  KEPALA + KANAN + KIRI
                            ( 1 +2 + 3 ) + SEDIKIT LACE BAHAGIAN 4,5,6.

- RM 130 SEMUA BAHAGIAN ( 1+ 2 + 3 + 4 + 5 + 6 )



HARGA DIATAS TERMASUK MANIK DAN PEARL
 ( TIADA CAJ TAMBAHAN DIKENAKAN KECUALI UNTUK EXTRA PEARL DAN MANIK )

*WARNA NET, LACE, MANIK, PEARL DAN DESIGN AKAN
DIBUAT MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN.



BERMINAT UNTUK TEMPAHAN VEIL PM DI FB OR 019-4290584 / e-mail : izyanty10@gmail.com
tolong like page izyanty collection sekali ek. Terima Kasih

Tempahan hendaklah dibuat 1 bulan awal ATAU lebih dari majlis anda untuk  menjaga kualiti jahitan, setiap tempahan veil perlulah membuat bayaran DEPOSIT terlebih dahulu, baki bayaran hendaklah dijelaskan apabila veil siap dijahit dan sebelum veil dipos. setelah mendapat baki bayaran baru veil akan dipos.