Thursday, May 31, 2012

Bisnes card saya dah siap



p/s : lama giler kot tak update blog, serius sibuk ngan keja2 ofis. Alhamdulilah veil2 tempahan dah siap sangat lega malam nie last nak touch-up. so Tempahan selepas raya still dibuka, anyway thank's kepada pelanggan IZYANTY COLLECTION kerana sudi berurusan jual beli.

Monday, May 21, 2012

MEREBUT PELUANG DI BULAN REJAB

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

SUMBER SINI

blur nak gubah hantaran

Assalammualaikum...selamat hari isnin...aku tengah blur nak hiasan hantaran, sepupu aku minta tolong aku gubah, tiba2 aku jadi blur, eh bungan tu nak letak camna ek, cucuk atas span ke apa, or ikat je pastu gam kan, kemarin baru p beli bunga plastik n reben,  tapi tak mula buat lagi sebabnya bulan depan. tapi kan  bulan depan tu dah tak lama kan. aku memang tak leh nak sentuh barang2 hantaran tu lagi , selagi 2 helai veil tak siap. 2 veil tu untuk sepupu aku yang sorang lagi majis dia 3/6.
yang hantaran seminggu selepas tu nak guna untuk sepupu yg sorang lagi.  Tahun nie ramai tol sepupu2 aku pakat kawin. 

jom usha-usha sambil cari ilham tengok hasil tangan gubahan orang lain.

nak hantaran camni gak lah bila aku kawin nanti, cisss berangan lebih kan  hahah..
i like purle :)








serius cantik kan gubahan hantaran dari  ZUE's COLLECTIONS kan, so sapa2 yg nak tempah gubahan hantaran cantik2 p lah jenguk blog dia ok.

Thursday, May 17, 2012

kacang panjang

pokok kacang panjang nie, sedang rancak berbuah, setiap minggu aku kena kutip kalau tak nanti tua xleh makan dah sebab dah liat . yg belah depan sana xleh nak kutip pun sebab xdak laluan pokok nie dah tutup jalan. so aku biar je lah jadi tua. org malas memang lah xnak usaha ambik cara lain kan, aku le tu hahaha.


nampak tak sebelah tu yg anak pokok bendi, kecik lagi...so bila pokok kacang panjang nie dah tua  pokok bendi pun dah besar so leh makan kacang bendi lak. pokok kacang buncis pun ada gak sebelah sana kecik lagi.

CHEESE TART- DIBUKA UNTUK TEMPAHAN





Kepada yang berada di Area seberang Perai, Pulau Pinang ampa leh buat tempahan cheese tart nie.  Memang sedap rugi tak beli, memang piaw cheese, tak campur bahan lain taw. aku tak lah rajin nak buat kuih yg remeh temeh nie, akak ipar aku yang buat, serius sangat leceh buat cheese tart nie rupanya. aku rela beli dari buat sendiri hahahah.


sapa cakap time raya je leh tempah, kat tempat keja abg aku, ramai tol depa tempah xdan nak raya lagi taw. so sapa nak tempah untuk event ke, saja nak makan2 ke or buat hantaran ke apa2 lagi. SILA BUAT TEMPAHAN DARI saya ok.

019-4290584- izma


kalau nak tempah untuk buat HANTARAN pun boleh, just gitaw nak hias tema colour apa, insyaallah akan ditunaikan.

manakala untuk buat DOORGIFT pun boleh...nanti aku update gambar.



HARGA :

50 BIJI = RM 35
100 BIJI = RM 68

boleh pilih samada
-BLUEBERY
- STRAWBERRY
- KIWI
-COKLAT

untuk maklumat lanjut dan TEMPAHAN SILA HUBUNGGI DI NO 019-4290584 or FB

- TERIMA KASIH -

Friday, May 11, 2012

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL-medical card

MEDICAL CARD


aku nak syorkan kepada yg belum ada insurance buat lah cepat2 semasa umur masih muda ok, apa kelebihan prudential Bsn Takaful ek, sebab kita akan dapat Medical card, kalau apa2 terjadi kat kita,just tunjuk kat medical nie kat hospital sebab leh daftar bayar murah,  kalau masuk hospital swasta daftar masuk je dah 4k kan.tu baru daftar lain-lain wad lagi. so dengan adanya medical card nie segala perbelanjaan masuk wad akan ditanggung insurance.


satu lagi kalau kita didapati mendapat penyakit kronik segala kos akan ditanggung insurance, setahun boleh claim sampai RM 50 000.00. manakala dalam setahun kita tak claim apa2 kita akan dibayar bonus,dapat cek kot. ,.sebenarnya ada banyak lagi kelebihan kad nie, dah tak ingat huhuhu


aku masuk lambat dah umur 28 baru nak masuk kena bayar rm 120 setiap bulan. kalau umur bawah 28 leh bayar rendah dalam RM 100 je. sebab tu kalau nak masuk insurance ambik masa umur muda ok, seumur hidup akan bayar rm 100 je setiap bulan. lagi meningkat umur kita lagi tinggi kena bayar.

nak taw lebih lanjut leh rujuk egen PRUDENTIAL BSN TAKAFUL berdekatan anda ok.


dalam aku bayar insurance rm120 tu termasuk sekali ngan saving. so insurance nie 2 dalam 1 ok. dan aku ada buat saving asing rm 30 dalam prudential Bsn Takaful. Maksudnya setiap bulan aku akan buat bayaran 
RM 150. 

                                                      BUKU  POLISI  INSURANCE

Thursday, May 10, 2012

lebih rela kena marah daripada tak diperdulikan

kadang-kadang hidup nie macam2 dugaan akan datang kan, makin kita sayang seseorang makin banyak cabaran dan dugaan. sama ada kita nak lepaskan atau menghadapi dugaan tu dengan tenang dan sabar, dua2 benda nie amat susah untuk dipilih, efek dia sama jugak. apa yang boleh buat adalah mengharap takdir akan berubah dan keajaibpan akan berlaku.

harap semuanya akan dipermudahkan Allah dan mendapat jalan keluar yang terbaik.


p/s : kalau sorang je berusaha berubah, dan sorang lagi tak nak sama-sama berusaha memperbaiki cam tak guna jugak kan.

hasil tanaman belakang rumah







Dah lama berbuah, pokok pun dah xdak lagi,baru sekarang nak post huhuhu...sekarang pokok jagung dah diganti dengan pokok kacang panjang, dan sedang rancak mengeluarkan hasil, kutip bagi jiran je lah tak termakan pun. eh bukan aku yg rajin menanam ok...ayah tiri aku yg tanam :p

Tuesday, May 8, 2012

NAK SAHAM AKHIRAT TAK ?

Assalammualaikum...
kepada sapa2 yang nak buat sumbangan ke MA'HAD ADDA'WAH AL-ISLAMIYYAH boleh tranfer duit ke akaun Bank Islam sekolah tersebut.



Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah merupakan sebuah institusi pendidikan yang didirikan secara persendirian yg kini telah beroperasi selama hampir 12 tahun. Selama hampir 12 tahun ini, segala kos operasi Ma'had adalah hasil dari sumbangan orang ramai dan yuran pelajar semata-mata.

Dengan Ramadhan yang akan menjelang ini, pihak Ma'had telah melancarkan Program Membaca Al-Quran, Tahlil & Zikir yang dibuat khas sebagai sumbangan khas kepada yang tersayang yang telah meninggal dunia. Di samping itu juga, pihak Ma'had juga mengharapkan sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk melancarkan program ini serta untuk membekalkan juga duit raya kepada para penuntut Ma'had yang terilibat dan juga untuk guru-guru yang terlibat.

Duit raya ini adalah salah satu insentif untuk para guru yg bertungkus-lumus utk mengatur perjalanan Ma'had tanpa mengharapkan gaji yang tinggi. Maka, setahun sekali, pihak pengurusan Ma'had cuba sedaya-upaya untuk memberikan saguhati sebagai hadiah untuk pengorbanan mereka.

Untuk penyertaan dan makluman lanjut bolehlah merujuk kepada pamplate yg telah disertakan. Muslimin dan Muslimat juga boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Yang benar,

(Ust Haji Subri Bin Hj Md Arshad)
Syeikhul Ma'had,
Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah,
441, PADANG MENORA, 
13310 TASEK GELUGOR,
SEBERANG PERAI UTARA(SPU),
PULAU PINANG. 

Tel: 019-4296690
www.ustazsubri.blogspot.com
facebook : Ustaz Subri Hj Md Arshad


ini adalah amanah untuk aku menyebarkan template kepada orang ramai, ustaz subri nie kawan baik bos aku, lagipun nak edarkan mudah je setiap kali ada customer datang tengok tanah lot aku bagi je lah, tak susah pun kan.







SALURKAN SUMBANGAN  FISABILILLAH ANDA
 KE AKAUN BANK ISLAM
MA'HAD ADDA' WAH AL-ISLAMIYYAH

07-016-02-034277-3

WALAUPUN SEDIKIT SUMBANGAN kita amatlah bermakna.
walaupun kita tak banyak duit  bagi Sorang RM 10 pun dah ok, kalau ada lebih boleh bagi lebih, dengan memberi sedekah ke jalan Allah rezeki kita tak akan luak pun, tapi makin bertambah Insyaallah. 

PELABURAN PALING MENGUNTUNGKAN ADALAH SEDEKAH.

Monday, May 7, 2012

mari test watermark izyanty collection




Assalammualaikum....akhirnya dapat jugak watermark idaman, nak buat sendiri tak pandai, so kita kena lah menggunakan perkhidmatan orang lain yg kreatif  untuk buat kat kita kan he3...nie adalah desing dari

kepada yang berminat nak buat watermark cantik lg kreatif boleh roger Zie ok
2 watermark nie just RM 5 je murahkan.

KLIK SINI UNTUK MENEMPAH











P/S : yeahhh suka sangat ngan watermark nie, sebab memang minat ngan kerawang, untuk buat cover bisnes card izyanty collection nanti nak guna desing yg pertama tu.

Friday, May 4, 2012

Terharu & Bersyukur


Assalammualaikum....semalam aku dapat SMS dari my customer dari sabah

[ salam..dah amik pos arini. Thanks a lot..suka sgt2 handmade izyanty collection..thank's ya =) ]


hati aku pun berbunga gak lah sebab customer puas hati kan :)...nanti nak kawin sila lah tempah lagi ek hik2..
Tima kasih banyak kerana sudi buat tempahan veil dari izyanty collection.

kalau nak tengok veil tunang my customer dari sabah leh Klik SINI





niat asal nak ikat reben cantik2..tapi disebabkan kotak pos expres ngam2 je ngan kotak nie, reben tak leh nak masuk skali. ok pas nie kalau kena pos lagi, mesti guna pos laju je lah, leh hias cantik2 :p


my customer wajib dapat freegift dari izyanty collection ( bodyscrub ) 



tudung bawal bercorak tengah hot sekarang?

me with wafiy....wafiy panas sampai buang baju, nie ikut rombongan pengantin ke kelantan minggu lepas.


sangat suka tudung bawal bercorak dah lah harga murah, rm 10 je boleh dapat macam2 corak yg cantik-cantik. tengah dok kumpul koleksi tudung bawal bercorak, setakat nie baru beli 6 helai je lah, masa p kelantan minggu lepas banyak tol pilihan tudung bawal bercorak nie giler rambang mata, dekat pasar malam umah aku ada sikit je tak banyak pilihan sangat, kemarin aku p pasar malam, tengok banyak pula corak n desing cantik2...so pas nie senang nak pilih kan.kalau beli setengah tempat beli 2 helai dapat harga rm 15 je.