Friday, February 25, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..


Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?


                
SUMBER :       www.iluvislam.com   

KERABU ikan sardin


Buat peminat ulam-ulaman jom cuba buat, kerabu nie aku masukan 3 jenis ulam yang dikutip belakang umah, kalau korang nak buat satu jenis pun boleh, kerabu taugeh pun boleh ok. apa yang lainye kerabu nie ini adalah sebabnye kita masuk ikan sardin, sedap tau, oppps kat atas tu terlebih ulam, nak lagi sedap banyakan ikan dari ulam.

BAHAN-BAHAN

pucuk kaduk
daun pegaga
daun selom 
1 tin ikan sardin ( kecil ) hancurkan isi ikan, kuah sardin dibuang.
cili padi 5 biji ( ditumbuk )
bawang besar ( dipotong )
1 biji limau kasturi.nipis ( untuk hilangkan bau ikan sardin )

CARA MEMBUAT


potong 3 jenis ulam diatas, gaul ngan cili padi yang ditumbuk, bawang, ikan sardin yang dihancurkan, letak gula sedikit dan air perahan limau, kalau kurang masin tambah garam ok, ikan sardin dah masin sebenarnye. Gaul semua bahan sehinga sebati, then leh la dihidangkan. selamat mencuba.

Thursday, February 24, 2011

khasiat daun serai wangi




aritu mak aku dok merebus daun serai wangi n daun pandan untuk  mandi. kalau korang p mandi wap diorang akan rebus benda yang sama cam kat atas nie, bezanye mandi wap je kan, banyak khasiat daun serai wangi nie tau. sama le fungsinye cam kita mandi wap.

masak ringkas tapi sedap..jom cuba


nie aku masak minggu lepas, selepas di request oleh akak aku setelah di rase ayam yg kat bawah tu 2 minggu sebelum tu.






ada sape2 terliur nak makan tak, almaklum le tengahari cam nie kan, perut dok lapar dah ek. jap lagi time lunch p makan kenyang2 tau.
kat atas nie ada 2 hidangan yang sama tapi yang lainye yang atas tu daging n yang bawah tu ayam. tapi masak cara yg sama je.

setiap kali cuti aku dah mula pening nak masak pe tengahari, ayam nie sampai dah tak tau nak buat masak pe dah. tambah2 lak bila datang mood malas. sambil2 aku fikir nak masak pe, ayam tu wajib goreng dulu, pastu baru cari idea nak masak pe.

so aku teringat le pernah makan kat satu kedai makan daging masak kicap pekat2, sangat menyelerakan. tapi tak tau le pulak resepi dia camna kan. so aku bantai sesuka hati aku buat sampai nampak rupa camtu gak.

korang nak tak resepi mudah aku nie? senang sesangat ok, guna bahan yg ada kat dapur je.aku bagi nama resepi nie

ayam/daging kicap madu



ayam dah siap goreng kan, 

mula2 panaskan minyak, letak je kicap dan sedikit madu, then masukan ayam, bawang besar yg dipotong n buah tomato biar dia bersalut ngan kicap semua bahan. pas tu dah boleh makan.

ha kan senang je. selamat mencuba :) 

Wednesday, February 23, 2011

Platinum Precious - rekaan dia cantik-cantik














 nak tau harga dia le masuk blogonline dia kat SINI
aku dapat tau kewujudan benda yang kat atas nie  dari bisnes kad  yg diaorang letak bag yang aku dapat hadiah tu. nak banyak pilihan leh p kedai dia sendiri k.


boleh jugak masuk website depa banyak pilihan gak, tapi tak dak pulak  harga lak


p/s : cantik2 kan, kalau cam kat atas tu tak leh pakai hari2, kang rosak nangis ko.
nasib baik dia bagi yg simple2 je so leh la aku pakai hari2 kan.

bayar saman online kan senang

aku begang tol arr, akak aku minta tolong aku p bayar saman, sampai2 balai polis no habis lak, cis buat penat aku p je, apasal le depa nie nak limitkan no thah, then polis tu cakap leh bayar kat pejabat pos, aku ngan bendolnye p pulak pejabat pos yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik, ok cam biasa ambik no, selamat tak dak orang, sampai gilirin aku p kaunter, tanya kat kerani tu leh bayar saman tak, korang tau tak dia cakap pe, pejabat pos cini tak boleh hanya IBU PEJABAT POS BM & BUTTERWORTH JE BOLEH. Hampeh tol arr kan, tengah panas terik nie aku nak p sana lak, mau sat lagi aku sakit pale lagi cam semalam, aku dah le tak boleh berjemur tengah panas, mesti sakit pale. tak tau le nak bagi hilang penyakit pening nie camna, bila dah pening nie mula le aku rase nak muntah2 lak, sayes tol hidup aku camni. 


 aku kuar tadi ada 2 tempat aku nak p, kawasan yang sama, nak singah pejabat lawyer jap. pejabat lawyer lak tak buka hari nie, waaaaaaaaa sia2 tol, satu apa pun keja aku tak jadi. tak dak maknanye sok aku nak p lagi balai polis tu, kena p awal, aku tak leh kuar awal. nak p  2 pejabat Pos tu pun jauh gak, paling aku nyampah p kalau depa kata tak leh bayar, apasal le polis tu tak gitau awal2 leh bayar kat pejabat pos je, buang masa tol arr, aritu pun dah pernah p balai polis kat butterworth nak bayar  dia cakap kena p B.P.PERDA. maksudnye dah 3x aku p nak bayar still tak leh bayar2 gak.

nak suh akak aku bayar sendiri saman tu ada kat aku, dia bukan dok sekali ngan aku pun, jumpa hujung minggu je pun. dah nak due date dah nie, BUAT BAYARAN SAMAN ONLINE KAN SENANG.

aku dah mula ketagih baca novel


Dah lama tak baca novel, sejak ada blog  nie. Bila aku dah bosan ngan blog aku cari novel balik hehehe. aku baru habis baca novel yang kat atas nie, dah lama aku cari novel nie, orang cakap best, cari punya cari habis dah  dijual, my bf cari kat tempat dia pun habis gak, so dia belikan aku novel lain. bulan 12 aritu aku p umah tok aku, kebetulan sepupu aku ada novel nie, so aku pinjam le. tapi bukan aku terus baca pun, baru malam sabtu lepas aku baca ngan sungguh2 sampai kol 3 pagi, ciss buat ketagih tol arr novel nie, baca tak leh behenti lak sebab nak tau kesudahan dia camna, aku biasa kol 10.30 dah tido sebab novel nie sampai kol 3 pagi baru tido, tu pun kalau boleh nak baca lagi, sampai kol 3 aku baca baru sampai setengah, lambat lagi nak habis so aku pun tido dulu, malamahad baru sambung n pagi isnin kat tempat keja baru habis baca. yang kelakarnye aku leh nangis2 sambil baca novel nie, sedih tau dah le hati aku hati tisu bertambah2 sedih baca hehehe. 

Kepada peminat2 novel, leh tak gitau aku novel baru mana yang tengah hot sekarang nie, aku nak baca novel yang best2 je. bila masuk kedai buku aku jadi rambang mata tengok novel banyak2, pastu tak tau yang mana best, takut terbeli novel yang tak best je, buat  hilang mood nak baca je kan.


p/s: novel yang aku suka ulang2 baca masa zaman pelajar sekolah menengah tajuk dia NABILA 1 & NABILA 2. semua orang pakat rebut2 nak baca pinjam kat libry sekolah huhuhu..masa Nabila 2 kuar time tunggu spm kot, masa tu dah ada duit beli sendiri. paling suka nabila 1.

Tuesday, February 22, 2011

RANTAI PLATINUM tahan lasak tak?

minggu lepas rantai silve aku putus, nak kata aku kasar ner ada pun, baru pegang sikit je terus putus, tapi lama dah pakai hampir setahun gak kot. aku pun dah bosan gak sebenarnye ngan rantai tu dok terfikir2 nak tukar baru, kebetulan tol putus time tu gak kan, so aku pun cakap le kat  seseorang yang rantai yg dia bagi tu dah putus, mula2 tu rase bersalah pun ada gak, mesti dia nak cakap aku  kasar sampai putus kan,

si dia : nape  putus ?

aku : masa tarik loket nak betolkan terus putus.

si dia : yg p tarik buat pe?

aku : ner ada tarik kuat pun, pegang je.

si dia : biar ar. nanti beli lain..

aku : ok :)

then aku pun dapat le gantian yang baru dari sidia, suka arr kan tambah2 lak tengok dok dalam bag comel nie


dalam bag nie ada kotak kecik nie





ok nie la bentuk rantai yang baru aku platinum, aku pun tak tau berapa harga, bila tanya dia cakap murah je, so aku pun cakap le kalau putus lagi leh beli lagi kan sebab murah je kan, dia balas ok sambil gelak je.


thank's awak hadiahkan yang baru. :)


JOM MAKAN UDANG GALAH

untuk pengetahuan semua, sekarang nie kan musim udang galah, so buat kaki2 pancing sangat sesuai turun sungai time nie, untung2 dapat udang galah, kalau jual kat luar untung banyak tau, sekilo berapa thah ehh...tak silap rm60= 1kg..masyuk arr kan heheh..jual lak time raya cina memang banyak arr kan dapat.

 kat sini memang famous arr kan ngan mee udang, kalau turun hightway sungai dua tu berderet kedai mee udang, kalau yang jual mee udang galah nie yang dekat ofis aku, selepas jabatan sungai,yang ada lambang tv3, aku selalu tengok ramai je orang situ.

mak aku  beli udang galah yang murah terus dari penangkap udang, so dapat le harga murah, sebab diaorang tu hobi je tangkap udang galah, lepas tengok wayang malam ahad tu, aku sempat lagi balik masak udang galah nie tau, 




Monday, February 21, 2011

bos aku cuti kawen tak abih lagi ke..

minggu nie dah masuk minggu ke-3..aku tak nampak dia mai ofis lagi pun, maybe sambung cuti lagi kot bagi cukup 3 minggu kot ek. bos aku kawen 2 minggu lepas masa 6 haribulan aritu, hoorey bos tak dak leh bermaharajalela, heheh...bos ada ke tak dak sama je aku, relax gak, yang best tak dak lah dia dok calling2 aku suh buat keja kan, coz cbuk p honeymoon. wife bos aku sangat manis n cun tau, selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga keakhir hayat..amin


sebenarnye tak lah relax sangat coz aku keja dua companay, satu lagi ngan pak menakan bos punya, so ada je keja nak kena buat, tambah2 lak tanah lot baru nak buka ngan kemasukan lembu dari thailand, kadang2 terpaksa gak p kandang lembu semata-mata nak dapat tandatangan bos, sebab bos aku a.k.a hj selalu dok citu siap buat pondok untuk dia solat n ngaji kat citu.

p/s: aku sangat respek kat hj dalam bab bisnes + bab agama, sangat cekap buat duit, harap2 aku dapat le  tempias cikit2  kan.:)

Friday, February 18, 2011

TEMPAHAN DIBUKA UNTUK 2011-GIFTDOOR


MASIH TERCARI-CARI SESUATU UNTUK GIFTDOOR PERKAWENAN ANDA, KAT SINI AKU NAK MENCADANGKAN SESUATU YANG LAIN DAN BERGUNA BUAT TETAMU YANG HADIR KE MAJLIS KORANG. 

BODY SCRUB/ LULUR SANGAT SESUAI DIJADIKAN BUAH TANGAN BUAT TETAMU YANG HADIR.

TEMPAHAN 50 KEATAS RM2
TEMPAHAN 100 KEATAS RM 1.80
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA
BAGI YANG INGIN MENJADI AGEN JUALAN IZYANTYSHOP

BOLEH MENGHUBUNGGI SAYA

DI PM

INBOX FB @ 019-429 0584

PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN MAYBANK


INFO LANJUT MENGENAI BARANG DIATAS BOLEH KLIK DISINI

maksud disebalik kalimah ALLAH..

i - Subhanallah (سبحان الله)

Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:

"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu," (al-Mu'minuun: 91)


" Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha
Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (al-Qasas: 68)


Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci
dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha
Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang
hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula
langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.


ii- Alhamdulillah (الحمد لله)



Maksudnya jelas lagi tegas, iaitu: segala pujian itu adalah bagi Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini dialah yang mengaturnya. Maka jika ada sesuatu yang menggembirakan, sememangnya yang paling layak untuk menerima pujian dan penghargaan adalah Allah,kerana dialah yang telah menetapkan
segala-galanya.

Seharusnya apabila kita dipuji,sebaik-baiknya kita panjangkan terus pujian itu pada Allah dengan ucapan Alhamdulillah, kerana Dialah yang sebenarnya layak untuk pujian itu, dan dengan berbuat demikian boleh mengelakkan kita daripada takabbur dan bangga diri.

Dan tidak salah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sesama manusia, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

Ù„َا ÙŠَØ´ْÙƒُرُ اللَّÙ‡َ Ù…َÙ†ْ Ù„َا ÙŠَØ´ْÙƒُرُ النَّاسَ
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah"
(Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan Turmuzhi)


Namun, harus diingat, bahawa ucapan syukur dan pujian sesama manusia adalah bersifat majaz (kiasan) semata-mata, kerana hakikatnya, Allah lah yang menjadikan segala-galanya. Justeru setiap kali kita memuji atau dipuji, haruslah kita ingat bahawasanya yang sebenar-benar layak bagi segala pujian adalah Allah, supaya kita tidak terjerumus dalam lembah kesyirikan dan takabbur.


iii- Allahuakbar (الله أكبر)


Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan tafdheel, justeru akbar bermaksud yang maha besar, yakni yang paling besar. Justeru kalimah Allahuakbar
bermaksud, bahawasanya Allah lah yang  paling besar, yang paling penting, dan paling mustahak. Tiada perkara lain yang lebih utama berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah Allah mesti didahulukan dari segala urusan yang lain. Larangan Allah mestilah dijunjung dan diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu hawa nafsu. Justeru, Allah lah yang paling utama dan paling besar dalam alam ini, dan paling besar dalam kehidupan setiap hamba.

Berapa kali sudah kita menyebutnya, terutamanya dalam sembahyang. Siang dan malam. Bayangkanlah jika kalimah ini dihayati, sudah tentu di luar
sembahyang pun, Allah jualah yang menjadi matlamat hidup dan prioriti utama dalam segala hal.

Mudah-mudahan selepas kita memahami dan memikirkan maksud kalimah-kalimah zikir ini, dapatlah kita menghayati zikrullah dan seterusnya memberi kesan kepada hati dan menambahkan keimanan. Wallahu 'Alam


sumber : DISINI

Thursday, February 17, 2011

rambutan muncul tiba-tiba




ada sape2 yang teringin nak makan buah rambutan tak? sekarang bukan musim rambutan lagi kalau tak silap aku le kan, sebabnye aku dok tengok semua pokok tepi jalan umah orang tak dak tanda2 nak berbunga apatah lagi berbuah. Sebenarnye aku memang teringin nak makan buah nie, dok terfikir dalam otak bila le nak musim buah rambutan nie, balik umah tok aku pun tengok pokok tak dak tanda nak berbuah pun...tak pe sabar je lah menanti musim akan datang.

Masa tengahari tadi cam biasa, balik umah makan, then aku ternampak satu plastik buah rambutan, waaaaa hajat aku termakbul buah rambutan ada musim arr sekarang, area mana tak tau le pulak, dengan muka tersengih2 happy tanya mak aku beli mana, rupanye ada orang jual kat pasar, yeahhh suka sangat dapat makan buah rambutan harinie.

ok tamat sudah cite buah rambutan, aku memang hantu rambutan tau hehe...tapi kat umah aku takdak le pulak pokok,. umah tok aku pokok tinggi amat, sangat susah nak ambik baik beli je lah lagi puas hati kan.

Di Atas Satu Cinta


Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi


jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

* subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku

repeat *

selalu di hatiku

repeat * [4x]

selalu di hatiku

Wednesday, February 16, 2011

kotak untuk gift door

 

aku suka le kotak nie, cantik n lain dari yg lain leh letak cup cake, mesti lepas nie ramai yang nak melangsungkan perkahwenan kan, so saje nak cari sesuatu yang lain untuk bakal2 pengantin. tiada kaitan ngan aku pun ek..harga dia RM1++,  untuk yang berminat leh le jenguk kat SINI untuk info lanjut


 
 
 








 
 








Monday, February 14, 2011

disebalik Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


sumber : disini

Saturday, February 12, 2011

nape ngan FB nie ek?

satu hari aku tak leh loading fb pun, kosong je semua, orang lain hadapi masalah yang sama tak, ke aku sorang2 je ek....tiba2 je arini ada mood nak online kat umah, selalunye aku tak online pun bila dok umah. ari nak hujan cepat angkat kain huhuhu...lama tak hujan cini, musim kemarau, 2,3 arinie je baru mula hujan, hp aku pun sibok nak buat hal gak.

Friday, February 11, 2011

Header baru my blog

cepat mai tengok header baru blog aku hehe..tak dak keja nak buat, so saje2 edit gambar untuk header blog. tapi kan cam tak best lak ada bolder colour pink tu, kalau tukar bolder jadi hitam, nanti kat si debar pun ikut sama, lagi serabut blog aku. camna nak buang frame kat header tu je ek? sape tau tak ek. aku nak letak gambar yang besar tu je, tak nak besar frame tu, nanti lg berat nak loading kalau gambar besar sangat.


korang dengar tak lagu kat blog aku?

Assalamualaikum..dan selamat pagi Jumaat...saje nak tanya soalan kat korang yang masuk blog aku, dengar tak lagu dalam blog aku, dah seminggu aku tak dengar pun tiap2 kali aku buka blog, ke aku sorang je yang tak leh dengar, bukan ape berukband aku kan lembab maybe tupasal aku tak leh dengar kot. tapi bila aku buka blog orang lain boleh je. blog aku je tak dapat dengar. masalah dari mana lak? just nak kepastian je..leh dgar ke tak sebenarnye..

Wednesday, February 9, 2011

cinta umpama hantu..?

CINTA UMPAMA HANTU
BANYAK ORANG BERCERITA
TETAPI TAK RAMAI YANG JUMPA

dialog dalam TiraMisu - kaki drama tol kan aku he3

so maksudnye sape yang jumpa tu bertuah le kan, kalau jumpa antu tak bertuah arr..takut giler,  bila bercinta perasaan takut tu still ada gak kan, memang umpama hantu arr kan. aku pun tak faham sambung tengok petang nie lak, minggu last TIRAMISU...tiba2 rase nak makan cake secret recepi lak.

Wednesday, February 2, 2011

The Green Hornet -3D

 ahad lepas aku p melayan cite nie, aku bukan peminat jay chou pun, tapi kan akak n adik aku minat giler kat mamat jay tu, so melayan le jugak, apa yang best bila tengok 3D ek..bila tengok api or kaca pecah ar kan, cam real lak kena kita, tu le kelebihan 3D, semua benda cam jatuh kat kita lak, untuk tengok filem yang ada 3D nie kena bayar lebih sikit, rm 16 so kena tengok pakai spack yang ada 3D tu, dah le aku rabun pakai kena pakai double le kan, mesti kelakar giler muka aku, firstime tengok filem guna 3D so jakun le sikit hehehe...kalau tengok Harry Poter mesti best kan, last episod baru nak buat  3D...bila ek nak kuar filem tu ?



Following the death of his father, Britt Reid, heir to his father's large company, teams up with his late dad's assistant Kato to become a masked crime fighting team.

Director:

Michel Gondry

Writers:

Seth Rogen, Evan Goldberg, and 1 more credit »

Stars:

Seth Rogen, Jay Chou and Christoph Waltz
 
 



Still of Seth Rogen and Jay Chou in The Green Hornet Still of Jay Chou in The Green Hornet Cameron Diaz at event of The Green Hornet Still of Seth Rogen in The Green Hornet Still of Seth Rogen and Jay Chou in The Green Hornet

Storyline
 
Playboy Britt Reid (Seth Rogen) becomes the new publisher of Los Angeles' "The Daily Sentinel" after the sudden death of his father. Britt's party life is about to change when he and his driver and kung fu expert, Kato (Jay Chou), stop a robbery. With the help of Kato, Britt starts a new career of fighting crime as the masked superhero "The Green Hornet". Written by Douglas Young (the-movie-guy)  

p/s : jay chou cam nak tunjuk hebat je dalam filem nie kan....heheh...tang action je best kot..banyak syok sendiri je filem nie kuang2....by the way peminat jay chou jgn marah aku lak ek..

asal raya cina je kan mesti...

selamat pagi semua, semua orang dah mula cuti ka? aku lum lagi sok baru cuti, kat fb aku tengok ramai orang tak online dah, mesti depa dah mula cuti kan...korang plan p mana cuti raya cina, aku nak p ladang anggur tp tak tau le pulak buka ke tak time raya cina nie kan, yang pasti semua supermarket mesti tutup bila raya cina, so tak maknanye nak p jalan2 citu, nak shoping pun tak leh hehe...

 Asal raya cina je mesti orang melayu susah kan, yela semua kedai tutup, majoriti yang niaga orang cina...tapi xpe kat umah aku tu satu minimarket tu akan buka coz dia cina kristian, so dia takan tutup kedai, terdesak cari barang leh beli situ huhuhu...

selamat makan limau free, kat ofis aku pun ada lagi nie,

Tuesday, February 1, 2011

aku nak laju tapi murah ada ke?

assalammualaikum,  ada tak sape2 jual benda alah nie, laju tapi murah, cepat ngaku, aku nak...benda alah pe lak nie ek...aku nak anak beruk arr a.k.a berukben hehehe... sangat nyampah arr kan pakai tenet nie heheh...bayar murah nak laju lak kan,...nak murah n laju leh pakai stremix je kan, yang terbaru unifi, aku yang kena guna talian talipon nie arr aku tak gemar pun, walaupun laju, sebabnye bila kat umah aku tak dak masa nak online. so cam rugi je kan, dulu pernah pakai stremix bayar buta2 je tak guna pun. lagipun aku cepat jemu arr  kalau online selalu, aku yang spesis minat datang semusim je, pas tu tukar musim lain, aku nak buat benda lain lak, 

 p1 n YES pun murah gak kan, tapi hampeh tol kan tak dak coverage lagipun kat kawasan aku, nie pun kira untung ada 3G leh gak guna beruband maxis....tapi kan dah aku guna yang murah cepat tol ko nak limit kan, bosan tol arr kan, tu pasal aku malas dah ngan blog sekarang, loading lembab giler...kalau orang lain seronok2 je ada fb kan, aku sekadar on je fb, sangat bosan dah ngan fb...so aku dok senyap2 je...malas nak chat or komen. mybe sebab dah berusia kan jadi camtu, hahahah....ok sedar diri tua huhuhu...

en3 ini lebih kepada membebel...waaa aku dah jadi mak nenek lak,..keja pun banyak hujung2 bulan...cuti raya cina korang buat pe ek...jom p haiking...semangat tol akak aku dok plan masa first raya cina, kasut sukan aku tak dak lagi nie,