Thursday, January 15, 2015

Old school mee segera





Salam u all ;)

haritu aku buang tebiat ke apa tiba-tiba teringin nak makan mee segera versi cili kering tumbuk masa zaman kanak-kanak arwah mak su buat. so aku ngan gigihnya balik keja susah payah tumbuk cili kering nie taw, padahal boleh je belender kan tapi rasa dia tak sama tumbuk n belender. Cili yang ditumbuk tu lebih sedap old school sangat kan hahaha.

Tu dia aku punya cili tumbuk kasar, mohon bakal mak mentua jangan tengok hahah. aku rasa aku memang tak sesuai masak time perut lapar sebab semua tak menjadi huhu. aku dah malas nak tumbuk lama2 so biar arr kasar aku ngan mak aku je nak makan. Sepatutnya aku nak letak kacang kelisa  dalam mee segera goreng macam dulu2...tapi kan time tu pulak pokok kacang nie buah baru nak membesar, hampa tol, so letak sayur kobis n sawi je lah yg jumpa dalam peti ais.

owh orang kampung cam aku memang tak beli kacang-kacang camni tanam sendiri ...very the village people sangat kan. Tapi bukan aku yg tanam pun huhuhu











Taraa dah siap, awat nampak tak sedap + tak merah pun...kecewa hokey tak menjadi hahah...tapi bila rasa not bad sedap sebab cili tumbuk tu, tapi kan  pedas giler kalau orang demam comfim tak jadi demam, mak aku kata huhu..

by the way awal-awal lagi aku dah taw tak menjadi, pertama sebab aku terlebih lama rendam mee segera sampai terlebih kembang, tu la   kalau aku lapar otak aku tak boleh berfikir ngan waras sangat, so jgn cakap or datang lewat kalau ajak date nak p makan, boleh menimbulkan pergaduhan hahhaah...selalu balik keja terus makan xdak makna aku nak masak-masak bagai huhuhu..

kalau nak taw macam mana sedap ke tak sedap cili tumbuk boleh cuba, still masukan perencah mee segera just tambahkan cili tumbuk dan sesedap rasa.


p/s : sila masak dengan kasih sayang dan perut tak lapar baru makanan sedap dan nampak menarik hahaha...pesanan untuk diri sendiri...;p



Tuesday, January 13, 2015

cara mudah dapatkan order jualan

Assalamualaikum...

Hai u all
harini kita nak share sikit tips
macam mana nak dapatkan jualan tanpa perlu upadate produk kat facebook berulang kali
sebenarnya aku spesis malas nak update berulang kali produk yg sama takut orang bosan n rimas kat facebook...lagipun aku bukan ramai kawan kat facebook personal pun.
kalau kita baru nak berjinak-jinak dengan bisnes.

Perkara pertama pertama yang kita kena buat adalah buat page facebook


Berapa banyak like kat page tu tak penting sangat sebenarnya. kena ada page sebab untuk memudahkan bakal pelanggan kita buat rujukan. Dekat page tu kita just  uplod produk kita n keterangan lengkap untuk orang baca n faham.

Kedua

Buat BLOG




Kena ada blog, Tujuan blog nie untuk review kita punya produk ...maksudnya kita tulis sendiri bukan kita copy paste je 100%. customer sekarang suka google...apa yang kita tulis tu lebih memberi kesan kepada pengguna dan bukannya kita mereka cerita or apa. tulis berdasar benda betol dan u punya pengalaman dan pandangan.

kalau tak pandai tulis or buat blog boleh je minta tolong dari blogger yg ramai follower untuk review dan selalunya diorang akan caj bayaran....tak payah risau kalau blog kita tak ramai follower pun, just buat review dari hati inshaallah ada je rezeki masuk tak putus-putus ;)


masa mula-mula tu memang lah lambat sikit sale kan orang tak kenal lagi, tapi inshaallah kalau servise dan produk kita bagus dengan sendirinya orang akan tolong promote produk kita dan sugguest kat kawan-kawan or saudaramara taw.

dulu aku memang tak percaya sangat dengan blog sendiri boleh buat marketing, tapi bila letak tanah lot dalam blog ramai pulak aku dapat customer yang datang beli sebab baca kat blog aku...ya ampun senang sangat dapat customer rupanya he3...so sejak dari itu aku just review apa yg aku jual je tapi order tak putus2 masuk alhamdulilah, senang sangat kan.

tiba-tiba rasa nak buat servise blog review sebagai  sabagai salah satu medium pemasaran,

kalau nak boleh whatsapp kat no nie ek 019-4204295 or email Izyanty10@gmail.com

sebenarnya ramai je yang tanya camna my produk boleh dapat order seluruh malaysia + oversea....jawapanya google je...carian paling atas adalah melalui blog. kalau ai sugguest diorang buat blog pun, bukan semua orang taw buat n ada masa kan....cara paling senang adalah blog review. dulu mula-mula aku pun ada guna khidmat blog review juga he3..