Friday, June 28, 2013

Bagus sangat ke MAIXARA C- SENTIAL?









Assalammualaikum

Maixara c -sential rasanya ramai yang dah pasal vitamin ni kot, aku perasan jugak tapi tak ambik port sangat, tunggu tengok testimoni orang dan review blogger baru aku nak makan hahah. Rasanya dah lama kuar produk nie n dah ramai yang makan dan berjaya pun kan. yang menarik tentang pasal produk nie of coz sebab boleh buat kulit cantik dari dalam kan. ok malas nak cite panjang korang baca sendiri ek n aku dengan gigihnya cari review dari blogger yang dah cuba produk nie. ini adalah produk Bumiputra haruslah support kan.

ai nak jual murah-murah je sempena nak menyambut ramadan yang bakal tiba, sangat baik untuk ubati keletihan, so bulan puasa tak dak lah letih sangat bila makan vitamin nie ok

HARGA RM 89
POSTAGE RM 6
TOTAL RM  95
Berminat boleh contat saya 019-4290584 / izyanty10@gmail.com



HARGA ASAL RM 99.90


REVIEW DARI BLOGGER








Apa yang membezakan Maixara C-Sential dengan yang lain?


1. Sudah tentu kerana sumber kolagen nya yang HALAL dan bersih, diekstrak dari kulit ikan TALAPIA merah! Sumber akuatik yang murah namun dengan kecanggihan teknologi yang dibangunkan industri tempatan, ekstrak kolagen yang terhasil berkualiti premium dan mudah diserap tubuh (molekul kecil). Harga produk juga tentunya buat anda tidak berkira untuk membeli (berbaloi2).

Kolagen inilah yang memberi nutrisi pada kulit, mengekalkan kelembapan semulajadi, menganjal dan membina sel2 baru dengan lebih sihat dan sempurna, merawat luka dan parut, mengenyalkan otot/sendi selain membuatkan kulit halus dan licin. Pengambilan konsisten mengurangkan risiko osteoathritis, osteoporosis dan arteriosclerosis. Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%! wow..

2. Ekstrak strawberi berikan warna dan perasa sebenar kepada tablet Maixara C-Sential, bukan perisa tambahan semata2. Yang bagusnya tablet ini boleh diKUNYAH! Berbanding produk lain yang hanya ditelan saja, tentu nya ia akan merangsang deria rasa anda pada sesuatu yang lebih istimewa. Buah ini juga kaya dengan nutrisi dan vitamin serta tinggi antioksidan yang berperanan menjauhi radikal bebas, melambatkan penuaan pramatang, mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser dan mengimbangi paras gula dalam darah.

3. Vitamin C 1000mg dan glutathione, dos yang menepati piawaian dan sesuai untuk semua golongan lelaki dan wanita. 




Fungsi utama Maixara C-Sential:



1) Mencerahkan dan mengebukan seluruh badan dgn sekata
2) Melembabkan kulit dan menghaluskan kulit dan seluruh badan
3) Menganjalkan kulit (agen anti oksida dan anti penuaan)
4) Merawat jerawat, mengurangkan jeragat.




Kesan dpt dilihat seawal 7 hari. Kerap Minum air dengan banya sekurangnya 2 ke 3 liter sehari. Kesan ketara yang bakal dapat dilihat dalam 7 hari ke 10 har ialah Kulit semakin cerah dan berseri serta menjadi lembut dan halus. Kesan Parut jerawat dan jeragat akan semakin pudar dan wajah tidak menjadi kusam lagi.

Produk ini bukan sahaja boleh di ambil oleh wanita malah lelaki juga yang berumur 13 tahun ke atas. Ia juga sesuai untuk ibu menyusu dan ibu mengandung sebaiknya selepas 5 bulan dan keatas.Usah ragu dengan status halal dan selamat kerana produk ini dijamin 100% Halal dan Selamat, Tiada gelatin,dan merupakan Produk Bumiputera dari kilang bertaraf GMP Muslim.

Cara penggunaan:
1 kotak mengandungi 60 biji tablet ( untuk 2 bulan )
Ambil  1 biji slps mkn mlm
Tablet boleh ditelan atau dihisap atau dikunyah seperti gula gula.



















TESTIMONI










Thursday, June 27, 2013

Tanah lot untuk dijual- Seberang Perai, P.Pinang



klik gambar untuk pembesaran.


Assalammualaikum

Kepada sesiapa yang berminat nak beli tanah lot sekitar area Seberang Perai, lokasi SUNGAI SINTOK, Jalan Tanjung putus, Permatang Pasir. Tanah sawah yang siap ditambun view mengadap sawah padi. Kawasan yang strategik berhampiran Seberang Jaya, Permatang Pauh, Butterworth.

untuk maklumat lanjut hubunggi saya 019-4290584 ( yanti )
serius buyer only
tanah lot ini hanya dijual untuk orang melayu sahaja :)

LATEST UPDATE  lot yang kosong

Lot 82

- lot  2

Lot 83
- lot 3
-lot10
-lot 8
-lot 12
-lot 13
-lot 14
- lot 15
-lot16
- lot 17
- lot 22
-lot 23


BOOKING RM 1000.00
DEPOSIT 1/2 DARI HARGA
BAKI BAYARAN DALAM TEMPOH 1 TAHUN
Terima Kasih

Wednesday, June 26, 2013

Bunga-bunga cinta




 Assalammualaikum

hari nie cuaca cam mendung + jerebu...beragin je aku tengok kat luar pokok dok bergoyang. sejuk kemain harinie padahal aku slow air-cond sampai tinggal 30"c sepatutnya jadi panas le kan, tapi pe hal aku mengigil kesejukan tak faham tol, ke aku yg tak sihat sampai nak selsema dok dalam ofis, over tol kan. nak keluar pun malas tapi aku kena buat-buat rajin p bank sebab nampak cam nak hujan, tapi  bila sampai kat bank cuaca bertukar jadi panas terik. Awan gelap telah dibawa lari ke tempat lain lak he3..Rasa cam nak ambik cuti je arinie sakit perut, tapi dah buat janji ngan customer petang nie lak" nampaknya tak leh cuti. Eh dah panjang lak membebel, cam biasa suka membebel panjang2 dlm blog bila bosan hahah...




Sapa kenai bunga nie? aku kenai rupa je nama aku tak taw pun nama pe sebelum nie, bunga cempaka nie sangat wangi. tak taw sejak bila aku obses ngan bunga nie, padahal dah lama aku keja cini. baru sekarang aku perasan tentang kewujudan bunga nie. aku rasa tahun nie baru dia mula berbunga kot.
 pokok bunga cempaka nie ada je kat umah bos aku, bila pagi-pagi aku p umah bos aku, kemain wangi semerbak lagi. kalau p malam-malam comfim takutkan bau wangi camni....mitos-mitos yang aku dengar le kan, depa kata pokok kesukaan pontianak, sampai aku nak tanam kat umah pun mak aku tak bagi, pearhhh pengaruh drama seram di TV 3 banyak sangat huhu..ok aku bukan nak buat cite seram pasal bunga cempaka taw.

 

kalau korang ada pokok bunga cempaka nie, boleh buat duit gak taw...jual kat orang india depa buat sembahyang, ada orang kampung aku jual 1 kumtum 20sen....mestilah dapat berkuntum2 kan daripda biar layu camtu je, jual dapat gak duit kan hahah.

kredit picture to LI NA HERBS

Tuesday, June 25, 2013

Review : Bedak sejuk Tanaka vs bedak sejuk biasa.



Assalammualaikum...

Hari nie aku rajin sikit nak buat review pasal bedak tanaka yang tengah hot dipasaran fb kan. nie pun setelah bermain ngan hati nak review ke tak, berbelah bagi hokey, over kan aku hahahha.Kalau nak ikut kan setakat nie tak dak pun blogger buat review pasal bedak nie, kalau ada pun yang jual copy paste je kan tentang fungsi dia kan.


eh sat napa aku sibuk nak review lak ek, sebabnya aku dah pakai bedak nie, tergetar-getar sangat beli tanpa fikir panjang, dah tu harga lak murah semua orang dok jual tapi yang peliknya tak dak sangat pun testimoni yg berjaya pun, semata-mata hanya nora Danish yang comfim-comfim kulit dah cantik kan, kalau kulit dah cantik  pakai apa pun ok je.

serius nak cakap kulit aku tak sesuai dengan bedak tanaka nie, yang buat aku excited nak beli sangat sebab dia kata leh buat foundaction sekali, masker n scrub giler teruja nak beli sebab foundaction aku dah nak habis. 






aku beli yang colour putih tu ori dr mymar perasa bunga melur...tengok cam kecil je botol dia kan, bila dapat ambik ko besar gedabak gak bedak nie pastu wangi sangat. so malam tu semangat lah pakai kan buat masker le katakan, memang feeling leh buat kulit lembut, tapi kalau kulit sensetif cam aku sila lupa angan-angan untuk cantik hahah....pakai 2,3 malam jugak lah...diorang cakap leh kecutkan jerawat gak kan, aku tak pun...jerawat dari 1 bertukar jadi berderet 3....stress ok jadi camtu...terus stop...pakai bedak sejuk biasa yang putih, lagi hebat rupanya harga pun murah dari RM 1-RM 5 je. 




kalau packet kecik-kecik camni rm 1 je kat kedai runcit pun banyak, aku tak salahkan mana-mana penjual hokey, tak semua produk sesuai ngan kulit kita kan. sendiri pakai sendiri tanggung hokey. 

Apa nak buat ngan bedak tanaka yang banyak lagi tu ek.Nampaknya tersadai camtu je lah he3...aku memang cepat terpengaruh dengan iklan2 di fb nie hahah. Rasanya kebanyakan barang aku beli online,sebab senang dan mudah n tak payah buang masa. 

p/s : sumber gambar ihsan dari pak cik Google.