Friday, August 10, 2012

RM 1 dah boleh dpt semua ubat nie.




Assalammualaikum....
selamat hari jumaat... dalam bulan puasa nie dah 2x aku kena p klinik. kali nie p sebab mata jadi ketumbit lak, dah 2 week sebenarnya just guna ubat sapu yg adik aku punya. mula2 tu cam berkesan utk bahagian bawah, minggu nie aku tengok atas mata lak dok membengkak, serius aku memang malas nak p jumpa doktor, selalu demam sikit2 beli ubat farmasi n panadol je, jaranglah nak sakit yg teruk2 alhamdulilah. Dugaan tol puasa kali nie, haritu sakit gigi kali nie mata lak.

masa terawih semalam adik aku cakap mata dh bengkak teruk tu p lah jumpa doctor ambik antibiotik baru lega, p klinik kerajaan. so hari nie aku pun p lah. dia cakap p klinik kerajaan free, memang tol free just bayar RM 1 untuk pendaftaran. kalau kita p klinik swasta mau kena RM 30++ nie. antibiotik dlm rm 20 gak kalau nak beli kat farmasi. so kita  harus  lah p klinik kerajaan hahah..free ...harus berjimat cermat kan.  Dah macam iklan kerajaan lak kan.


Aku pun tak faham napa aku tak p sangat klinik kerajaan dulu2. mak aku selalu bawa p klinik swasta je masa zaman budak2 dulu. Sekarang baru aku perasan kelebihan klinik kerajaan :p. yelah dulu2 mak aku keja, mana ada masa nak bawa p klinik kerajaan, klinik kerajaan kan sabtu n ahad tak buka, so klinik swasta je lah yang ada. Tau tak sebelum nie aku dok terfikir yg klinik kerajaan tak bagus, ubat tak cukup kuat sebab free, sebab tu kot orang suka p swasta kan, padahal semua tu tak betol 100% pun.

orang suka p klinik swasta sebab klinik kerajaan waktu operasi terhad, klinik swasta 24 jam buka n setiap  hujung minggu pun buka kan.


TIP untuk cepat mendapat giliran awal di klinik kerajaan

- klinik buka pagi korang org pertama yg daftar or
- p time selepas time rehat klinik, jadi orang pertama yg daftar

jgn p hari Isnin n jumaat kalau  berhajat kol 9 baru nak daftar ( 2 hari nie memang orang ramai )....selain hari tu orang tak ramai pun

aku buat camtu lah, pastu p keja, sat je pun jumpa doktor.

antibiotik of coz lah kaler dia yg ceria n terang kan, doktor selalu akan pesan makan antibiotik sampai habis, kenapa ek kena habiskan, serius ini sangat penting sebab tak nak sakit tu berulang lagi kot, dan dia berfungsi melindung badan kita dari bakteria ( antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria )


p/s : selamat memperbanyak amal ibadat di 10 malam terakhir,



Dah berjaya buat puding karemel tapi...


Assalammualaikum....ahad lepas buat puding karemel banyak sangat orang dok post pasal puding nie, tengok cam sedap, aku memang tak pernah makan pun sebelum nie. so carilah resepi paling senang nak buat n then jumpa, aku buat time dekat buka puasa ok,  kelam kabut gak lah sebab petang tu p shopping kain buat veil. balik pun dah 6.30ptg, tapi sempat je masak siap buat mee kari lagi taw, sapa cakap masak tu susah, senang n cepat je taw. so dalam masa yg terhad aku dpt siapkan 2 masakan he3... y semua benda aku yg buat bajet cam orang penting je kan...hahahah...harap2 pas ni akak n adik aku tu leh pandai masak huhuhu...tak suka ok aku sorang dlm adik beradik yg reti buat semua keja perempuan huhuhu ( asyik jadi asst aku je next year tukar ek :p ). by the way aku tak suka buat keja berat hahah...so adik n akak aku akan take over :p...balance kan..

eh sebenarnya nak cite pasal puding karemel tapi ada sesi luahan perasaan lak kan, isk2..dari segi rupa n bentuk semua menjadi ok. Tapi bila aku rasa, tak kena ngan taste aku rupanya....wah puding nie sangat manis rupanya, aku tak suka benda manis so tak memenuhi selera aku pun. maybe kalau nak buat lagi leh kurangkan gula ke pada 1/2 cawan je kan. makan sejuk2 sedap gak sebab dia lembut cam taufu fah, ke letak gula merah lagi sedap kot, leh cuba nanti.


kat bawah nie resepi paling senang n jimat masa aku rasa.




PUDING KAREMEL
bahan2 :

untuk puding

1- telur 3 biji
2- susu cair ( 1/2 tin je sebab nak buat sikit )
3- esen vanila ( 1 sudu kecil )
4- tepung jagung / kastard ( 1 sudu. klu lebih nanti puding keras )

gula hangus

1 cawan gula ( 1/2 cawan pun dah ok, tak terlalu manis sgt )
sedikit air ( lebih kurang secawan )


Cara2 :

1- Bahan2 untuk puding di blender - ketepikan

2- masak gula dengan api perlahan , bila gula mula cair masukkan air sedikit demi sedikit
( perlu kesabaran ye kawan2 sebab awal2 gula akan berketul.. API SLOW ye )

3 - bila gula dah hancur , cair sampai kaler perang ,tutup api 
( jangan lelama sangat sebab nanti rasa gula hangit time makan )
then boleh masukkan gula hangus dalam loyang

4 - masukkan puding yang di blender ke dalam loyang

5- kukus puding dalam 15-20 minit



p/s resepi nie aku ambik kt blog sapa thah, tak sure nak kredit pun sebab aku copy resepi  yg senang2 pastu simpan kat word, bila bulan puasa baru aku buka he3... tuan punya resepi harap jgn marah ek :)...