Thursday, August 2, 2012

Buku resepi dah siap

Assalammualaikum.......bila datang bulan puasa aku pun buat2 sibuk cari resepi nak masak untuk berbuka, masak time cuti je lah, ari biasa my mum yg masak he3.. setiap kali nak masak aku akan print out resepi kt tenet, usung bawa balik umah pastu bila nak masak untuk kali ke 2  lak, kertas tu hilang mana thah, cari kat dapur pun xdak, dlm bilik pun xdak gak, nampak tak susah kan, tanpa resepi aku tak reti masak yg best2 hahhaha.
Lepas tu kelam kabut kabut buka labtop lak, buat spoil mood masak je kan.

setelah kejadian itu berlaku aku pun mula terfikir takan nak print lagi, nanti  mesti aku letak merata gak, so dapat  idea print out semua resepi paling mudah n sedap lekat dalam buku, then bila nak masak leh usung buku tu je, semua dah ada kan hahahah. Tajuk bukan main lagi kan cam aku reka resepi je kan, padahal nak gitaw copy resepi dari blog or web orang lain je lah, pastu leh cuba masak resepi yg best2 he3...kalau aku buat buku resepi comfim tak dak orang nak beli, sebab main suka hati je masak apa yg terlintas huhuhu.



kulit buku siap dibalut plastik, comfim kena air tak basah :p


hasil print n tampal hhahahha....tak rajin nak menulis, pemalas tol kan aku. potong kertas pun senget sib baik buku peribadi kui3...

Rupanya tak best pun solat sorang2 kan.

Assalammualaikum...


Dah nak masuk petengahan ramadan  kan, persiapan korang dah ok ke, aku paling awal bab beli baju raya, sebelum puasa dah beli awal2. malas nak fikir n kelam kabut di bulan puasa. Bila kita dah ready awal2 leh la bagi tumpuan  sepenuhnya dalam bulan ramadan yang setahun hanya sekali je muncul kan.

Aku  nak cakap betapa seronok solat berjemaah di masjid, al-maklumlah p masjid pun time bulan puasa n raya je he3...sangat2 berbeza ok dia punya feeling tu, tahun nie baru aku perasan ke apa, ke sebab suara imam muda tu sedap sangat n bacaan dia berlagu he3 ...Tahun nie ada imam jemputan kat masjid aku dari sekolah pondok, so selalu tukar2 imam. adik aku pun cakap merdu tol suara imam tu, solat pun lebih khusuk je dengar bacaan dia.


p/s : aku pun nak imam sendiri gak lah kat umah, but lum berpeluang lagi nak jadi cam orang lain yang dah ada imam sendiri. 

Tuesday, July 31, 2012

CHEESE POWDER - SESEDAP CHEESE WEDGES

kepada peminat-peminat cheese wedges, sekarang dah boleh buat sendiri pastu makan banyak-banyak baru puas hati kan he3...k.ipar aku tengah buat bisnes jual cheese powder sekarang so sapa2 yang berminat nak beli boleh msg dia ok


Hubungi untuk tempahan 0127479055 (emy) or leh terjah FB beliau. tq

sangat sedap dan mudah disediakan, selamat mencuba :)









Hubungi untuk tempahan 0127479055

Monday, July 30, 2012

akhirnya setelah bertahun2 aku p jumpa Doctor gak

Assalammualaikum....taw tak aku sangat takut nak jumpa doktor gigi, walaupun sakit gigi berkali-kali n baik aku tak dak inisetif nak p cabut or palam gigi tu he3... sakit gigi paling seksa aku rasa nak tido tak leh nak makan pun tak leh, semua benda akan tergangu lah nak buat keja pun tak leh gak. Dalam puasa nie tiba-tiba gigi aku sakit lagi, kali nie lagi teruk rasanya berdesing sakit sampai ke telingga bila malam, makan ubat 2, 3 biji pun tak jalan. pastu rasa nak reyau sorang2 hahahahha. Tahun nie paling mencabar sebab sakit dalam bulan puasa, dah banyak makanan yang best2 xleh nak makan sebab sakit gigi, just makan bubur nasi je untuk sahur n berbuka. Last aku jumpa doktor gigi zaman sekolah menengah he3.

Hari nie setelah kena bising oleh akak aku, aku pun dengan berani nak p buat opyment cabut gigi n palam kat klinik kerajaan. Kol 2 dua aku dah terpacak kat situ, orang first sampai, ingat check dulu nanti datang hari lain, rupanya leh buat terus,sebab xdak orang. so aku pun buat terus je lah, sebab palam gigi tu sikit je pun. pastu terus cabut gigi geraham yang selalu buat aku sakit sampai bengkak. gigi geraham tu tak sakit pun sebab tu leh cabut terus, kalau gigi tengah sakit tak boleh cabut pun. gigi yang aku nak palam satu lagi yg sakit tu tak boleh palam,  sebab gigi geraham bongsu, dia tumbuh menyerong so xleh buat apa2. kalau nak buat gak kena oprate ok lagi aku tak mau, gila sakit nak operate gigi yg tumbuh tak betol kan hahhah....


cabut gigi bulan puasa tak batal puasa pun kecuali  kalau kita tertelan ubat bius n darah of coz batal puasa ok.

p/s : ubat bius lum habis rasa tak sakit, bila dah habis comfim sakit sebab gigi geraham, nak spare ubat tahan sakit untuk telan malam nanti, kena cari kat farmasi. kat Klinik tadi dia bagi ubat KK je. cabut gigi n palam kena bayar RM 4 je. cuba p cabut  kat klinik swasta mau sebatang rm 50 kan. Rugi ok p klinik swasta nak buang gigi pun kena bayar mahal2 kan. lepas dah cabut sakit sama gak 2, 3 hari.

camna melayu nak maju kalau buat bisnes camni kan..

mood begang tol dah kol 11 lebih kedai moto still tak buka lagi, aku dah lah nak p klinik awal buat opyment. tayar pancit kedai dua2 budak melayu tak buka lagi, tu paling dekat ngan ofis aku. bagun tido pun lum masa aku  cari kt umah,  dah ada anak bini  pun boleh malas gi, pelik tol.aku taw napa jadi camtu, sebab dok ngan family so tangungjawab tu rasa lagi, tak payah bayar duit sewa umah, api air dan lain2 kan then bini lak keja so leh goyang kaki kat umah. Serius banyak giler laki camtu zaman sekarang.
selalu lak tu buka lambat n kadang-kadang tak buka langsung. 


aku disebabkan tayar pancit n terdesak sangat tak leh bergerak je kena cari kedai diaorang, kalau buat benda lain aku tak mau p kedai melayu, asyik kena tipu je tayar nie pun dah berapa kali asyik pancit je, caj tayar baru pe sal asyik pancit je. setiap bulan n kadang2 tak sampai sebulan.