Friday, May 11, 2012

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL-medical card

MEDICAL CARD


aku nak syorkan kepada yg belum ada insurance buat lah cepat2 semasa umur masih muda ok, apa kelebihan prudential Bsn Takaful ek, sebab kita akan dapat Medical card, kalau apa2 terjadi kat kita,just tunjuk kat medical nie kat hospital sebab leh daftar bayar murah,  kalau masuk hospital swasta daftar masuk je dah 4k kan.tu baru daftar lain-lain wad lagi. so dengan adanya medical card nie segala perbelanjaan masuk wad akan ditanggung insurance.


satu lagi kalau kita didapati mendapat penyakit kronik segala kos akan ditanggung insurance, setahun boleh claim sampai RM 50 000.00. manakala dalam setahun kita tak claim apa2 kita akan dibayar bonus,dapat cek kot. ,.sebenarnya ada banyak lagi kelebihan kad nie, dah tak ingat huhuhu


aku masuk lambat dah umur 28 baru nak masuk kena bayar rm 120 setiap bulan. kalau umur bawah 28 leh bayar rendah dalam RM 100 je. sebab tu kalau nak masuk insurance ambik masa umur muda ok, seumur hidup akan bayar rm 100 je setiap bulan. lagi meningkat umur kita lagi tinggi kena bayar.

nak taw lebih lanjut leh rujuk egen PRUDENTIAL BSN TAKAFUL berdekatan anda ok.


dalam aku bayar insurance rm120 tu termasuk sekali ngan saving. so insurance nie 2 dalam 1 ok. dan aku ada buat saving asing rm 30 dalam prudential Bsn Takaful. Maksudnya setiap bulan aku akan buat bayaran 
RM 150. 

                                                      BUKU  POLISI  INSURANCE

Thursday, May 10, 2012

lebih rela kena marah daripada tak diperdulikan

kadang-kadang hidup nie macam2 dugaan akan datang kan, makin kita sayang seseorang makin banyak cabaran dan dugaan. sama ada kita nak lepaskan atau menghadapi dugaan tu dengan tenang dan sabar, dua2 benda nie amat susah untuk dipilih, efek dia sama jugak. apa yang boleh buat adalah mengharap takdir akan berubah dan keajaibpan akan berlaku.

harap semuanya akan dipermudahkan Allah dan mendapat jalan keluar yang terbaik.


p/s : kalau sorang je berusaha berubah, dan sorang lagi tak nak sama-sama berusaha memperbaiki cam tak guna jugak kan.

hasil tanaman belakang rumah







Dah lama berbuah, pokok pun dah xdak lagi,baru sekarang nak post huhuhu...sekarang pokok jagung dah diganti dengan pokok kacang panjang, dan sedang rancak mengeluarkan hasil, kutip bagi jiran je lah tak termakan pun. eh bukan aku yg rajin menanam ok...ayah tiri aku yg tanam :p

Tuesday, May 8, 2012

NAK SAHAM AKHIRAT TAK ?

Assalammualaikum...
kepada sapa2 yang nak buat sumbangan ke MA'HAD ADDA'WAH AL-ISLAMIYYAH boleh tranfer duit ke akaun Bank Islam sekolah tersebut.



Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah merupakan sebuah institusi pendidikan yang didirikan secara persendirian yg kini telah beroperasi selama hampir 12 tahun. Selama hampir 12 tahun ini, segala kos operasi Ma'had adalah hasil dari sumbangan orang ramai dan yuran pelajar semata-mata.

Dengan Ramadhan yang akan menjelang ini, pihak Ma'had telah melancarkan Program Membaca Al-Quran, Tahlil & Zikir yang dibuat khas sebagai sumbangan khas kepada yang tersayang yang telah meninggal dunia. Di samping itu juga, pihak Ma'had juga mengharapkan sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk melancarkan program ini serta untuk membekalkan juga duit raya kepada para penuntut Ma'had yang terilibat dan juga untuk guru-guru yang terlibat.

Duit raya ini adalah salah satu insentif untuk para guru yg bertungkus-lumus utk mengatur perjalanan Ma'had tanpa mengharapkan gaji yang tinggi. Maka, setahun sekali, pihak pengurusan Ma'had cuba sedaya-upaya untuk memberikan saguhati sebagai hadiah untuk pengorbanan mereka.

Untuk penyertaan dan makluman lanjut bolehlah merujuk kepada pamplate yg telah disertakan. Muslimin dan Muslimat juga boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Yang benar,

(Ust Haji Subri Bin Hj Md Arshad)
Syeikhul Ma'had,
Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah,
441, PADANG MENORA, 
13310 TASEK GELUGOR,
SEBERANG PERAI UTARA(SPU),
PULAU PINANG. 

Tel: 019-4296690
www.ustazsubri.blogspot.com
facebook : Ustaz Subri Hj Md Arshad


ini adalah amanah untuk aku menyebarkan template kepada orang ramai, ustaz subri nie kawan baik bos aku, lagipun nak edarkan mudah je setiap kali ada customer datang tengok tanah lot aku bagi je lah, tak susah pun kan.







SALURKAN SUMBANGAN  FISABILILLAH ANDA
 KE AKAUN BANK ISLAM
MA'HAD ADDA' WAH AL-ISLAMIYYAH

07-016-02-034277-3

WALAUPUN SEDIKIT SUMBANGAN kita amatlah bermakna.
walaupun kita tak banyak duit  bagi Sorang RM 10 pun dah ok, kalau ada lebih boleh bagi lebih, dengan memberi sedekah ke jalan Allah rezeki kita tak akan luak pun, tapi makin bertambah Insyaallah. 

PELABURAN PALING MENGUNTUNGKAN ADALAH SEDEKAH.

Monday, May 7, 2012

mari test watermark izyanty collection




Assalammualaikum....akhirnya dapat jugak watermark idaman, nak buat sendiri tak pandai, so kita kena lah menggunakan perkhidmatan orang lain yg kreatif  untuk buat kat kita kan he3...nie adalah desing dari

kepada yang berminat nak buat watermark cantik lg kreatif boleh roger Zie ok
2 watermark nie just RM 5 je murahkan.

KLIK SINI UNTUK MENEMPAH











P/S : yeahhh suka sangat ngan watermark nie, sebab memang minat ngan kerawang, untuk buat cover bisnes card izyanty collection nanti nak guna desing yg pertama tu.