Pages

Friday, March 9, 2012

lelaki tak akan korbankan cita-cita demi seorang perempuan

Tiba-tiba nak tulis pasal nie, nie gara-gara tengok drama cina semalam. betol tak kaum lelaki?u all takan korbankan cita-cita korang untuk perempuan yang korang cintai. eh jap blog aku ner ada orang laki baca pun :p.

Bagi lelaki kerjaya adalah segala-galanya, selagi matlamat mereka tak tercapai selagi tu lah dia takan mengalah. then kalau perempuan harap untuk kawen cepat, tapi lelaki tak nak pun kawen cepat selagai matlamat tak tercapai. so perempuan lah yang terpaksa berkorban masa tunggu kan, pastu tu korang terfikir tak, lama mana nak kena tunggu sampai matlamat n cita-cita dia tercapai dan semuanya stabil. then bila kita tanya dia berapa lama kena tunggu dia tak boleh nak bagi jawapan.so girls kalau u all tak boleh nak buang masa tunggu lama-lama, y not bila ada peluang lebih bagus berjumpa ngan lelaki yang satu matlamat ngan korang kawen je ngan laki tu kan. pandai-pandai je aku nak tukar skrip tu, drama tu bersambung so aku lum taw apa akan jadi hahahah..

Tapi kan kalau leh tunggu pun, kalau si lelaki buat kita cam tunggul kayu je...cam sia-sia je le pulak kan. dalam cite tu girl tu tinggalkan  laki tu buat sementara waktu, sebab dia taw laki tu tak leh nak komitment dalam hubungan sekarang, then bila laki tu berjaya kejar cita-cita dia girl tu akan muncul semula.

girls boleh je tunggu aku rasa, tapi kalau laki tak bagi perhatian sgat n sibuk dengan kerja, sangat membosankan nak tunggu kan.
girls boleh faham lelaki, tapi lelaki tak pernah nak faham girls.

lagi satu aku ada terbaca kt satu blog yang bloger lelaki tulis lebih kurang camni arr. kenapa girls yang ada bf tak nak kawan ngan lelaki lain, kononya cam setia arr kan, padahal baru bf je pun, lum tentu laki tu nak kawen ngan dia kan. so mamat tu nak menyeru kat girls camni kot berkawan je lah ngan semua lelaki, sebab kita tak taw pun sapa jodoh kita hahahah.(.aku tolong sambung sendiri he3 )

minum kopi leh jd kulit hitam..




sapa suka minum kopi ek, jangan terkejut lak tgok tajuk tu ok, tak leh jadi hitam pun kan. by the way bila dah mula minum kopi dah jadi ketagih kan. masa dulu-dulu aku tak suka minum kopi pun. teringat lak kisah dulu-dulu bila p umah tok aku, time petang tok aku bancuh kopi, tapi aku tak minum sebabnya tadi dah minum air ais yang tok aku jamu. so aku tak nak le minum lagi sebab aku spesis tak suka minum air banyak-banyak.taw tak tok aku ingat apa, tok aku ingat aku takut nak minum kopi sebab nanti kulit jadi hitam, hahahah kelakar tol kan. padahal aku tak suka minum air manis n panas tu je. air apa-apa pun sama gak, asyik minum tak habis. kalau terlampau dahaga je kot aku minum habis. sekarang nie 1 kali sehari je minum air manis. tekak aku susah tol nak telan. bila dah biasa ok je leh minum sekali sehari he3...air kosong je selalu aku minum, sebab senang tak yah bancuh, terserlah kemalasan disitu he3..





kopi yang aku suka indocafe tapi kena letak susu + ais baru leh minum :p. 

Drama : Bunga-bunga syurga








malam nie episod pertama, nak kena tengok nie he3..kol 9.00 malam kat Tv3


 Menyusuli drama bersiri “Dingin Lavenda” di slot Zehra, sebuah drama siri bertajuk “Bunga-Bunga Syurga” menampilkan Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi bakal menemui penonton bermula 9 Mac ini. Bunga-Bunga Syurga terbitan Suhan Movies merupakan hasil karya pengarah, Jet Lee atau nama sebenar M. Nazir Juhan dan penulis skrip, Sharifah Abu Salem.



Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu. 

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh. 

Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.

Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.  

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka? Saksikan barisan pelakon, Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi dalam Bunga-Bunga Syurga di slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam bermula 9 Mac ini. Penonton yang terlepas menyaksikan Bunga-Bunga Syurga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.





Thursday, March 8, 2012

menulis adalah dari hati kita?

allahheartmd887qmf Gambar Animasi Bergerak : Love + Heart + Cinta : Animated







Assalammualaikum
kalau nak kenal orang tu lebih dekat kita kena baca apa yang dia tulis dan dari c2 kita dapat kenal peribadi dia secara tak langsung betol tak.? bagi aku lah dengan menulis apa yang kita rasa n fikir akan dapat diluahkan. sangat berbeza bila kita bercakap, bila kita bercakap benda yang kita cakap tu adalah spontan dan terlalu mengikut emosi. bila kita menulis kita sempat lagi nak berfikir kan. setiap orang ada 2 watak yang berbeza.luaran lain dalaman lain.

macam aku sendiri kat luar susah tol orang nak dengar aku bercakap, ko tanya 10 patah, maybe aku jawap sepatah je. kat bog je kot aku banyak membebel. kalau cakap telefon pun aku tak reti nak sembang.kalau msg banyak lak aku nak cakap.

pastu kalau orang marah2 aku, malas aku nak balas balik sebab nanti aku marah balik ikut emosi pastu aku gak yg nagis hahahah...rasa cam nak lempang diri sendiri sebab sensetif sangat. tapi sekarang bila ada masalah dah kurang nagis sebab cepat2 ingat Allah, kalau dah tak kuat sangat baru nagis pastu rasa lega sangat.

kat blog aku guna perkataan 'aku' sebab cam cakap dengan diri sendiri. cuba kat luar aku guna perkataan aku bila cakap ngan kawan-kawan or saudara mara mesti orang cakap aku nie kasar giler cakap camtu kan. kat luar aku tak guna perkataan aku..just ngan adik aku je pastu kawan girl 1 negeri utara je leh guna "aku" untuk org yg betul2 rapat je. 

p/s: cuba tengok kat fb ramai yg tulis status yg emosi  bermacam2 kan, semua tu dari hati. so sebab tu aku tak suka tulis apa yg aku rasa kt wall fb, nanti semua orang akan dapat taw apa yang ada dalam hati aku hahah.ada yang boleh dikongsi, dan ada yang tak boleh dikongsi kan. sama lah cam blog jugak.



pencinta terbaik






nie lagu soundtrack cinta kura-kura oleh sofaz, best gak lagu nie. filem nie aku tak tengok pun. tunggu ada kat youtube nanti baru tengok he3...

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi

Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luahkan diri ini lebih masa

Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin

Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih amatur cinta

Luahkan diri ini lebih masa

Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa

Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta oo pencinta terbaik

jakun tol pakai benda alah nie...

firstime pakai masker cam nie, teruja sangat bila barang dah sampai, apa yang menarik sangat pasal masker nie sebab bila dah kering leh tarik masker nie cam topeng dan blackheads & whiteheads pun akan melekat kat topeng tu. Tapi kan masa nak tarik masker nie air mata dah mula mengalir lak hahah...by the way best kot pakai benda alah nie, pas buang masker muka jadi bersih je, sebab semua kotoran ditarik keluar. 














Masker yang membersih secara mendalam unutk kulit yang bersih tanpa cela.

Masker kupas berevolussinari membersih secara mendalam yang memberi kesan serta 
merta untuk menanggalkan bintik-bintik putih serta sel-sel mati yang terkumpul. 
Clear Pore Deep Cleansing Mask bertindak tidak seperti yang lain untuk mengambalikan
kecerahan,seri dan kegebuan kulit.


Clear Pore Deep Cleansing Mask :

-Berkesan untuk menanggalkan bintik-bintik hitam & putih dengan serta merta.
-Berkesan untuk rawatan pembersihan mendalam setiap minggu.
-Berkesan untuk kulit yang cenderung bermasalah di bahagian belakang badan.
-Berkesan untuk kulit yang berminayk dan berjerawat.
-Berkesan unutk lelaki dan wanita.

Clear Pore Deep Cleansing Mask di formulasi dengan : 

- Arang :
Menyerap minyak berlebihan dan kotoran kulit wajah yang lebih bersih, tidak berminyak.


- Aloe, Chamomile, ekstra Mentimun dan Asid Hyaluronik : 
Melega dan dan melembap agar kulit kekal lembut dan terhidirat semasa rawatan pembersihan mendalam.


- Ekstra Whitch Hazel :
Mengetatkan pori-pori yang telah dibersihkan untuk tekstur yang lebih halus dan untuk mencegah pembetukan bintik-bintik hitam dan putih. 



aku copy paste dari shida shinee shop beli time promosi aritu  rm 22


p/s :dah dpat barang baru perasan nie produk cosway, padahal cosway dekat je ngan umah aku hari2 lalu c2, rugi caj pos hahahah...




Wednesday, March 7, 2012

mari bayar cukai tanah online

cukai tanah kena bayar setahun sekali je, tak mahal mana pun. cam aku lak ada tanah kena bayar kan. padahal nak cite kemalasan aku nak p bayar cukai tanah bos aku punya. cukai tanah nie sangat leceh taw  boleh bayar dekat pejabat tanah daerah masing-masing je. leceh tol tak leh bayar kat pejabat pos cam bil-bil yang lain. aku dah le malas nak p pejabat tanah tu, jauh ok pastu  bayaran dia sikit je pun. ada dalam 6 keping bil tak sampai seratus pun.

so aku pun cuba lah google cara nak bayar online, alhamdulilah mudah sangat dan menjimatkan masa.bayaran secara online kena ikut negeri masing-masing jugak. apa yang korang perlu ada adalah  akaun bank yang didaftar secara online. aku guna Maybank2u.

so kalau nak bayar cukai tanah secara online bagi negeri Pulau Pinang boleh rujuk SINI

RESIT RASMI akan diproses dalam 1 hari bekerja, so kalau korang buat pagi nie, sok pagi baru korang dapat print Resit Rasmi tu ok. setiap bil bayaran secara online akan dicaj RM 0.50 je.

bila hati tak bahagia

Assalammualaikum.... kenapa lah aku tak boleh menulis sekarang idea langsung tak dak, nak sambung ayat pun tak boleh, serius ini sangat teruk aku rasa. tido malam pun tak lelap sangat asyik terjaga 2, 3 kali setiap pagi...macam mana nak bagi tido normal balik nie. dah sebulan aku asyik terjaga tengah2 malam then nak lelap balik susah. selalunya kalau tukar tempat baru je akan jadi camni, tapi aku still dok umah tak pindah mana pun.

p/s: sekarang dah tak bebas nak menulis di blog or fb, banyak hati yg nak kena jaga, n xnak semua org tahu. Just boleh mengadu dan bercerita ngan Allah.

Monday, March 5, 2012

tempat chat dulu-dulu

mIRC Logo




Selamat petang....ampa ingat tak zaman dulu2 tempat chatting paling popular adalah MIRC. pada zaman tu facebook tak wujud lagi. ngan mirc nie kita leh chat ngan ramai orang tapi tak nampak muka n tak kenal cam fb kan. dalam tahun 2002 cam2 le zaman aku study...balik cuti ujung minggu giler nak chatting he3...itu dulu zaman remaja, sekarang tak minat dah huhuhu. rupanya dia dulu cam lain, sekarang dah lain lambang dia. thah ada orang guna lagi ke mirc nie ek? aku google tadi jumpa le lambang kt atas tu, kalau nak guna mirc kena download dulu. 

Newer Posts Older Posts Home