Friday, March 2, 2012

masjid pas vs masjid umno?

Aku bukan nak cakap pasal politik, just nak cite apa yang aku nampak....dekat satu kawasan nie ada 2 buah masjid yang berdekatan...lebih kurang bertentang lah, satu orang pangil masjid papan dan satu lagi masjid batu. tak pasti napa ada dua masjid berdekatan sangat. antara dua masjid nie masjid yang fames dan selalu buat majlis agama dan selalu mendapat sambutan ramai adalah masjid batu, sekarang masjid batu nie sangat cantik taw, walaupun dulu biasa sangat tapi penuh je orang sampai kat luar.

so korang dah dapat tangkap lum, masjid batu n masjid papan dimonopoli oleh parti mana?...by the way kalau nak ikut kita saudara sesama islam gunalah masjid sama- sama kan.walaupun berbeza fahaman politik bab agama sama je kan.

p/s: tanda pilihanraya makin dekat dapat paper berita harian percuma kat masjid tadi, (kalau dapat berita harian tu mesti umno yg bagi. mguan depan kalau dapat harakah lak, mesti pas lak yang bagi kan.

aku parti apa ek? tak sokong mana-mana pun. tak suka politik.

Thursday, March 1, 2012

sunny Girl (Sunshine Angel )

                           Sunshine Angel

Drama nie tengah ditayang dekat 8tv setiap hari sabtu jam 6.30ptg. seminggu sekali je lambat tol nak kena tunggu bagi habis kan. so aku download lagi senang, leh tengok cepat he3...

Wednesday, February 29, 2012

cengkerek pun kena beli


pernah tengok cengkerek tak? aku sebelum nie tak pernah tengok pun, tapi yg selalu bising2 kat hutan tu benda alah ni le kot kan. aku beli cengkerek nie RM 2 untuk mengail ikan. bukan aku yang nak mengail pun mak n ayah aku suka p mengail petang2 kat bendang, hobi masa lapang le katakan, banyak gak lah dapat ikan puyu tapi kecik2 je pun. Kalau bertuah dapat le ikan keli dan ikan haruan besar. banyak ekor gak lah pernah dapat ikan haruan.  

selalu dapat ikan puyu banyak bila bawa balik umah kitaorang tak makan sangat ikan tu, so buat lah pekasam. buat pekasam pun tak makan gak so bagi lah kat jiran2. Bila dah bagi depa rasa ada pulak yang nak beli, then sekarang dah jual pekasam le pulak he3... mak aku le yang jual. see dari hobi leh dapat duit gak kan. dapat ikan free jual. boleh le buat bacup belanja harian. walaupun tak banyak kan. Rezeki Allah tu luas.Alhamdulilah.

Tuesday, February 28, 2012

udang masak sos


menu yang masak last minute, paling senang buat masak sos le kan...


Bahan-bahan

udang
bawang besar
sos cili
air asam
bahan perasa
buah tomato

cara masak

tumis bawang putih, masukan udang, air asam jawa, sos cili bahan perasa. pastu udang dah masak baru masuk buah tomato dan bawang besar. ok siap. tak sampai 10 minit kan.biar sampai mendidih le kan he3..

BENGKEL SOLEKAN PENGANTIN



kredit to ROTIKAYA untuk gambar kat atas nie. 
aku suka gambar nie cantik, selamat pengantin baru buat ana rafali dan pasangan.


Sepupu aku ada buat bengkel solekan pengantin. kepada sapa2 yang nak join dan nak taw info lanjut boleh PM FB DIA OK  NURUL AIN
ORANG SEKITAR SEBERANG PERAI DAN KULIM KEDAH LEH LE JOIN


Bengkel solekan pengantin oleh makeup artist akan diadakan di KULIM kedah.

AnTara teknik solekan:

Pengenalan & cara penggunaan foundation Teknik membentuk kening
Teknik solekan mata Teknik shading hidung & countouring wajah
Demo solekan pengantin Praktikal
peserta Tempat terhad!!!
Berminat pm sy utk info lbih lanjut. Tq :-)




Monday, February 27, 2012

masak lemak pucuk ubi kayu



dari minggu lepas lagi teringin nak makan masak lemak nie, disebabkan pucuk ubi kat pokok dah habis...kena tunggu naik pucuk baru, so minggu nie dapat le makan, pucuk ubi kutip belakang umah je, tu le untungnye dok umah kampung kan, leh petik dan cari sekeliling umah je.

aku nak bagi resepi paling senang nak buat masak lemak pucuk ubi


bahan-bahan

pucuk ubi - direbus dulu then potong kasar
1 biji bawang besar dan 8 biji cabai melaka - dibelender 
2 cawan santan pekat
udang besar / ikan bilis
serbuk kunyit
1 batang serai

cara masak
tumis minyak dengan bahan yang dibelender tadi, masukan santan, serbuk kunyit, udang/ikan bilis then masukan pucuk ubi yang direbus tadi dan serai.last sekali letak perasa garam n gula.