Friday, February 24, 2012

nampak berseri dengan foundation cosmoderm?

ramai yang bagi feedback yang positif pasal foundation cosmoderm, aku pun dah cuba gak...sangat penyibuk pantang orang buat review barang best mesti nak gak he3...by the way sepupu aku dah 2x  tegur napa aku nampak berseri lain, dia kata eh napa nampak berseri cam nak kawen, nak kawen ke?...erk mana ada aku nak kawen pun, plan pun lum ada lagi, hopely masin le mulut dia kan supaya aku leh cepat2 kawin amin.

aku pun cakap kat dia muka aku nampak berseri sebab aku pakai foundation baru kot, bila pakai foundation nie muka nampak shining semacam je tu pasal bersinar kot, aku lak jenis kulit berminyak lagi lah nampak berkilat but nampak cam kulit lembab je.


waktu awal pagi


time kol 12, 




nie gambar foundation yang aku pakai COD 03, tapi aku tak suka sangat colour nie, kalau boleh nak yg lebih gelap dari kulit aku,  by the way sangat best pakai foundation nie dia dapat melindung kulit dan merepair masalah kulit jugak.

kalau nak info lebih lanjut baca kat Bloger cantik NURUL AIN

p/s: firstime p keja pakai shawl tu pun kena siap lebih awl dr selalu, nak kena belit2 lg. 

Thursday, February 23, 2012

bedak PIXY pesaing bedak MIyAMI


BEDAK PIXY-RM 12.90) – REFILL/RM 21.90) – PACK BESAR
kredit gambar dari SINI






bedak miyami-cosway


Assalamualaikum....hari nie nak review sikit pasal bedak compact yang tengah hot sekarang, ramai dah kot yang bertukar kepada bedak pixy nie kan. aku je lum tukar lagi sebab bedak miyami aku lum habis lg. sebenarnya tak sabar gak nak cuba bedak pixy nie, but jangan membazir guna miyami bagi habis baru beli  baru he3....tapi kan dah nak habis boleh le tukar kepada pixy lak, lagipun bedak pixy lagi murah dari miyami fungsi dia sama cam miami gak, y not kita bertukar kepada lebih murah kan.

kakak aku n sepupu2 aku dah tukar kepada pixy, aku je ketinggalan sikit. nak beli kat mana bedak pixy nie ek, semua supurmarket ada jual,watson,gurdian.kalau nak lebih murah beli je kat mini market dpt harga RM 15.90 @ 13.90 kat kawasan umah aku le, tu masa lama dulu aku tengok, sekarang thah dah tukar ke tak tak taw le pulak. harga standart dia rm 18.90 kot ek.


kalau bedak miyami aku selalu beli kat pasar malam je leh dapat harga murah rm19.90 akak tu jual sama je time xdak promosi. kalau beli kat cosway time xdak promosi rm28. 

Tuesday, February 21, 2012

PELABURAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN ADALAH SEDEKAH

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. 

Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya“. ( Al-Baqarah : 261 )

AJAIBNYA SEDEKAH
Ali Bin Abi Talib berkata, “Pancinglah rezeki dengan bersedekah.”
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah,” “Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah”, dan “Banyakkan sedekah kerana ia dapat memanjangkan umur.”

Monday, February 20, 2012

Tips untuk mengurus kewangan dengan betol

Assalamu’alaikum
setiap kali dapat gaji perkara pertama yang korang selalu buat apa ek...p shoping ek.. kan kan he3...dulu2 aku pun camtu gak, sekarang tak lagi..bila selalu buat camtu hujung bulan mesti sesak kan, terpaksa lah ikat perut lak kan. tapi tak dak sampai camtu...just rasa terseksa je xleh beli barang baru kan sebab kn tunggu gaji masuk dulu hahaha...korang perasan tak duit asyik berulang camtu je kan, sampai bila2 pun tak pernah cukup, then saving lak thah kemana.

Perkara wajib yang perlu kita buat setiap kali dapat gaji adalah seperti berikut :

1 - BAGI MAK/ AYAH
2 - SIMPAN DALAM BANK
3- BAYAR HUTANG  / INSURANCE / BIL2/ TABUNG HAJI/

BAKI DUIT TU BARU KITA GUNA UNTUK DIRI SENDIRI


P/S : PELABURAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN ADALAH SEDEKAH ( NEXT EN3)