Pages

Friday, February 3, 2012

kisah kelahiran RASULULLAH - mari berselawat






Rasulullah SAW namanya Muhammad bin Abdulah bin Abd Muthalib bin Hasyim bin Manaf. Abdul Muthalib ini sebelum ada anak-anak, dia pernah bernazar kepada Tuhan kalau dia dapat 10 anak lelaki dia akan sembelih seorang. Setelah berbelas belas tahun berkahwin dapat 10 anak lelaki diantaranya Abu Lahab, Saidina Hamzah, Abu Thalib dan lain-lain. Tetapi yang bungsunya Abdullah.

Jadi bila dapat 10 anak lelaki dia pun teringat nazarnya, dia hendak tunaikan nazarnya, hendak sembelih seorang. Bila hendak sembelih, yang mana satu, semuanya anak-anak dia. Dia mengadukan hal ini kepada seorang ahli nujum di zaman itu, macam mana nak buat? Ahli nujum bagi tahu dia, buat undi. Siapa yang kena, itulah yang disembelih. Cara orang Arab ini, walau hidup di zaman jahiliah, janji dipatuhi. Janji itu Abdul Muthalib terpaksa patuhi.


Setelah menerima nasihat dari ahli nujum, dia buat undian di kalangan anak-anaknya. Bila diundi kena pada Abdullah, sedangkan ia anak yang paling disayangi, anak bongsu. Kemudian dia pergi tanya lagi pada ahli nujum. Ahli nujum suruh undi lagi. Maka Abdul Muthalib buat undian kedua, tapi kena pada Abdullah juga. Mengadu lagi, diundi lagi kena Abdullah lagi. Dia buat undian kali ke 9, kali ke 10 masih kena Abdullah. Mengadu lagi dia kepada ahli nujum, undian saya mengena pada anak yang paling saya sayang, yang paling cantik. Ahli nujum jawab, kalau begitu engkau sembelih saja 100 unta untuk mengganti Abdullah. Akhirnya Abdullah selamat.

Demi mengingati peristiwa ini, sebab tu bila Rasulullah SAW menjadi Rasul, salah satu syariat Rasulullah SAW iaitu siapa membunuh orang, tebusannya sembelih 100 unta. Jadi ada syariat dalam jahiliah yang dikekalkan oleh Tuhan, diantaranya siapa yang buat dosa bunuh orang, dia kena tebus dengan menyembelih 100 unta. Kekal sampai hari ini.
Selamatlah Abdullah daripada disembelih. Diantara 10 anak lelaki ni Abdullahlah yang paling disayangi bapanya Abdul muthalib. Tapi oleh kerana Abdullah ini hendak melahirkan zuriat iaitu Nabi akhir zaman, Tuhan bagi tanda di dahinya ada cahaya, dari pada budak lagi. Terutama waktu malam, bila dia pergi mana-mana orang nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Tapi tidak ada yang tahu cahaya itu cahaya apa.

Rupanya di kalangan ramai ini ada seorang yang tahu. Yang tahu seorang perempuan namanya Fatimah Syam. Dia tahu bahwa orang yang bercahaya di dahi tu akan melahirkan Nabi akhir zaman. Maka dia jatuh hati kepada Abdullah. Dia cuba pikat Abdullah. Kalau dalam bahasa sekarang dia mengorat Abdullah sebab dia tahu dari Abdulah ini akan lahir seorang Nabi. Dia pujuk, dia rayu dia ajak kawin, tapi Abdullah tidak mahu. Akhirnya Abdullah dipinang oleh Siti Aminah. Abdullah mahu. Maka lahirlah daripada Abdullah, Muhammad, ibunya Aminah. Tapi Nabi Muhammad SAW tidak sempat melihat ayahnya. Waktu baru 2 bulan dalam kandungan, Abdullah pergi ziarah keluarganya, dia meninggal di tengah jalan.


Emaknya tidak perasan lagi hingga ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau kesan, cuma setiap malam mimpi jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitoh dan lain lain yang memberitahu dia,”Hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.”

“Iya ke, aku tidak mengandung” kata Aminah. Hampir setiap malam, dia mimpi. Kata-kata itu diulang, hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan Nabi akhir zaman. Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama sebab dia fikir dia tidak mengandung. Rupanya bila 9 bulan lahir anak, pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.

Waktu lahir, dia tidak macam anak-anak lain lahir, kalau anak-anak lain emaknya rasa sakit, keluar darah. Ini bersih elok bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis.

Mari kita sama2 berselawat kepada nabi Muhammad, banyak pahala akan kita dapat, senang je kan.

Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.



kredit to 
http://kisahteladan.info/rasulullah/kelahiran

dalam proses siap- veil untuk disewa


ini adalah veil putih + pink dah hampir siap sikit lg nak jahit diamond je....tengok camni tak nampak sangat kan...aku perlukan model untuk pakai veil nie....coming soon ok aku nak sewa rm 30 je nie.

Thursday, February 2, 2012

percaya padaku



aku tak tahu apa yang ku rasakan..
..dalam hatiku saat pertama kali..
..lihat dirimu, melihatmu..
..seluruh tubuhku terpaku dan membisu..
..detak jantungku berdebar tak menentu..
..sepertinya aku tak ingin berlalu..

reff:

..berikan cintamu juga sayangmu..
..percaya padaku ku kan menjagamu..
..hingga waktu menjemputku..

..ku berikan cintaku juga sayangku..

..percaya padaku ku kan menjagamu..
..hingga waktu menjemputku..

..saat ku tahu kau akan pergi jauh..

..izinkan aku tuk selalu menantimu..
..untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)..

..agar kau tahu betapa ku terlalu..

..mencintaimu aku akan menunggu..
..hingga dirimu kembali untukku..

repeat reff


..tolonglah aku bagaimana diriku..

..ungkapkan itu rasa yang membelenggu..
..dalam hatiku ku cinta padamu..

repeat reff


..berikan cintamu juga sayangmu..

..percaya padaku ku kan menjagamu..
..hingga waktu menjemputku..

by :ungu

p/s : firstime dengar rasa touching tau kena ngan my situasi skrg......yg sama sbab kn p jauh..

Wednesday, February 1, 2012

sangat teruja nak dapatkan produk COSMODERM



korang pernah dengar produk cosmoderm, aku firstime kot tak taw dan tak perasan kewujudan dia, teruk tol kan. baru2 nie baru dapat taw, sebab ada bloger fames dan comel buat en3 kat blog depa, setelah membaca post depa aku pun teruja nak cari produk nie he3...BB cream nie cam best je...nak cuba gak lah.harga pun berpatutan, mampu milik untuk semua...yeahhh mari serbu...nak info lanjut p web COSMODERM


ADA PROMOSI SEKARANG.

  



         



Edit

Monday, January 30, 2012

aku nak sangat buku nie..

Oh Mudahnya Buat Baju Kurung
kemarin petang aku ada tengok rancangan Safiyya kat tv9 kol 6 ptg...ada satu part yang aku suka, belajar cara buat baju kurung ngan mudah, tak payah ukur bagai. menarik tak sebab tak yah ukur guna pembaris main agak2 je. tiba-tiba je terus jadi minat nak belajar guna buku nie. mula-mula dalam buku nie dia akan ajar kita buat baju anak patung dulu, pastu baru baju orang dewasa.

 Dalam buku tu gambar berwarna so menarik sikit nak belajar kan, semua step a-z ada dalam buku tu.
Aku ingat buku tu mahal, rupanya murah je RM 17....semua orang leh beli kan. so sapa2 yang dapat baucer buku percuma tu leh lah beli.aku nak guna baucer buku adik aku huhuhu.....selalunya buku menjahit mahal, tapi yang nie murah je.

kalau tak jumpa kat kedai buku boleh beli online kat Alaf21
 



Harga: RM 17.00
ISBN: 978-983-124-735-8
Halaman: ~116
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 25 Okt 2011
Kategori: Umum

Newer Posts Older Posts Home