Monday, June 18, 2012

Kenapa harga veil saya murah ek?

Assalammualaikum.....hobi aku sekarang adalah jahit veil, semuanya bermula bila sepupu aku minta aku desing n jahit veil untuk majlis perkawinan beliau tahun lepas. masa dia request cam tu, aku pun cakap ok, padahal rupa kain net kosong tu pun aku samar2 camna. so aku suh dia pilih n cari sendiri kain net n lace yang dia suka, aku akan jahit je. Kami p cari sama2 kat kedai, erkkk kain net jual dalam meter, aku bajet dia dh potong siap2 untuk buat veil, rupanya kita yg kena cakap nak berapa meter. masa tu pun blur lagi sebenarnya, sepupu aku nak labuh, so kita pun tanya pendapat akak kedai kain tu, so dia cakap dalam 1 1/2 m. ok selesai just aku mix n match untuk cari lace lak yg sesuai. taw kan kain lace camna?...masa tu aku lum dapat ilham nak desing camna lagi. 

so p ikut sepupu aku serve baju pengantin, kat butik pengantin. masa dok pilih2 tu aku tengok veil kat kedai pengantin, tp biasa lah kedai2 pengantin lum up to date dia punya veil lagi, still pakai yg biasa2 je. so aku belek camna nak potong bagi jadi bulat belah bawah, siap tanya akak kedai tu lagi, dia gitaw tips kat aku. so aku pun dapatlah belajar sesuatu gak kan. akak tu cakap susah nak jahit kain veil yg lembut sebab tu veil semua guna kain yg keras. tapi bila aku mula jahit rasa mudah je sebab minat kot, so semua benda jadi mudah kan, Alhamdulilah.


Disebabkan mejahit veil adalah hobi masa lapang aku, so aku jual ngan harga murah je lah. cuba serve tempat lain comfim tak dapat harga cam aku jual. maybe one day bila aku tak bekerja lagi, insyaallah nak menjahit veil secara komersial lak, so harga pun terpaksa ikut pasaran le kan. tapi tak yah risau still leh runding harga.

Terima Kasih kepada Allah atas rezeki dan bakat terpendam yg dianugerah ini. kepada pelanggan2 Izyanty collection Terima Kasih Banyak2 atas sokongan n kepercayaan yang diberikan terhadap hasil tangan saya yang tak seberapa nie.


Perancangan masa depan untuk supply ke butik-butik pengantin dan ready stok to sale insyaallah. sekarang aku tak dak masa nak buat camtu, sebab terikat ngan keja. hanya mampu siapkan tempahan tu pun terhad. sebulan dapat jahit 4 helai veil je.

UNTUK TEMPAHAN VEIL SILA LAYARI MY FACEBOOK  OR 019-4290584


PANDUAN BUAT BAKAL-BAKAL PENGANTIN YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN VEIL DARI  Izyanty Collection :

- pilih colour veil dan  mention colour tudung akan dipakai oleh Anda 
   pihak Izyanty collection akan Mix n Match lace mengikut persetujuan pelanggan

- Boleh REQUEST Colour manik

veil akan dijahit mengikut kehendak pelanggan.


TEMPAHAN HENDAKLAH DIBUAT 1 BULAN AWAL DARI MAJLIS ANDA.
LAGI awal lagi baik :)

- Terima Kasih -
  

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik2 tu..

Myra Jay said...

InsyaAllah Iz, mudah-mudahan bisnes Iz makin maju ye :)

Anonymous said...

salam..
nk tanye bape ringgit eh???
kalau nk veil putih manik/lace dia wane royal green (hijau nk ke biru) senang dpt x????

izyantyPersonalTaste said...

anonymous : harga bermula dari rm 50 dan keatas...lace tu cam susah nak dpt, pearl tu rasanya ada...tapi apa2 pun sy akan cari dulu kalau tak dpt kita guna erternetif lain supaya jadi seakan2 macam yg nak insyaallah...boleh cek harga detail kat fb ek

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2665869381693&set=a.1599797090552.46622.1704808226&type=3&theater


yui & myra : Terima Kasih :)

irsha said...

TERINGIN NAK TEMPAH..CANTIK LA..TAPI WEDDING LMBT LG NIE