Pages

Friday, December 23, 2011

kad kredit untuk orang yang tak dak duit je?



Sapa setuju ngan pendapat aku? cepat angkat tangan heheheh....uiks mesti ramai yang marah ngan kenyataan aku kan. betol pe kan dengan mengunakan kad kredit menggalakan kita berhutang, padahal berhutang tu tak baik ok. orang yang ada duit guna kat debit je :p. 

walaupun korang cakap korang mampu bayar hujung bulan, setelah tolak hutang..tengok2 duit gaji tak cukup lagi, hutang lagi sebab tu ramai yang muflis pada usia muda, sebab belanja melebihi kemampuan, kadang2 benda tu semua bukan keperluan pun kan just kehendak.

kalau nak guna kad kredit jugak, just guna 1 je, tu pun guna waktu terdesak sangat dan untuk perkara yg betol2 penting. paling bagus jangan ada kat kredit lansung, so senang nak manage kewangan sendiri dan berbelanja ikut kemampuan.

p/s : zaman dah berubah orang tak pakai kad kredit lagi, orang pakai kat debit je he3...setiap masalah pasti ada jalan keluar yang terbaik, sila jauhi kad hutang ini he3...katakan TIDAK...dah cam kempen tak nak merokok lak kan.

kadang-kadang menangis itu lebih baik

Assalamualaikum...dan selamat hari Jumaat, semoga kita semua berada dalam redha Allah s.w.t
korang pernah alami tak situasi yang macam nie, tiba-tiba kepala jadi berat, sampai nak berfikir pun rasa jem hati berdegup tak senang hati. sebab apa jadi camni, mungkin sebab banyak berfikir atau tekanan dalam diri atau tekanan dari orang lain.

cara penyelesaian paling baik adalah dengan mendekatkan diri pada Allah dengan mengaji dan berzikir dan lepas buat semua tu korang rasa nak menangis ok tak pa teruskan menangis ini kerana korang akan rasa lega bila menangis. pastu comfim tak nak kuar bilik kan hehe...tido terus je then bila bangun pagi sok korang akan rasa segar dan lega sangat. dan perlu banyak berfikiran positif  :)

nie anak buah aku yang kedua baru lahir je 30/11/2011 mohamad adam wafiy
adik kepada mohamad adam haris.

nie le abg long ( muhamad adam haris) beza setahun ngan adik dia
by the way thank's to Allah atas kurniaan dua cahaya mata nie, pas nie aku tak bosan lagi dok umah sebab ada adam n wafiy diorang akan pindah balik penang ujg minggu nie. akhir abg aku dapat tukar jugak alhamdulilah.

Thursday, December 22, 2011

tak cuba rugi - murah je

kemarin aku p kedai sorang akak nie, dia bagi aku cuba produk baru, keluaran muslim dijamin halal lagi ok. aku dapat le 1 peket untuk cuba. dah free ambik je lah kan he3...produk baru nie nama dia Bio Prune. sama le fungsi dia macam InnerShine- bery & prune tu.

yang best pasal BioPrune natural mengandungi khasiat vitamin A,C dan E,potassium, kalsium dan serat fiber yang tinggi. Manfaat ini juga disokong oleh khasiat buah manggis, Ekstrak Aprikot dan cuka Epal dengan kombinasi sunnah iaitu madu dan dan habbastussauda.


 jus pelengkap istimewa untuk semua

 




Bioprune Natural : 

Membantu Melawaskan Pembuangan Air Besar , Mencantikkan Kulit / Wajah Berseri-seri , Membantu Mencegah Sel Kanser (B17) , Membantu Melawan Penyakit , Kaya dengan Antioksidan , Membantu Masalah Hyportension (Tekanan Darah Rendah) , Baik Untuk Kandungan Bagi Ibu Yang Mengandung Kerana Kaya Dengan Vitamin , Baik Untuk Mata / Silau

1 pc = 10ml

aku dah minum 1 paket nie, buka dan terus minum je. cara minum nie masa perut kosong, sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam. By the way aku pun cam tak caya baru minum 1 peket je, cepat tol efek dia...masa tengah hari tadi nak siap p keja nak pakai bedak, pesal muka aku nampak lembab then masa nak pakai bedak  just sapu sekali dah ok. ..ok pas nie nak beli sekotak lah baik untuk kulit n mata gak, aku kan rabun huhuhu


rasanya harga nie murah dari innershine dan efek dia cepat, jangan risau bahan2 dia buah-buahan je.

HARGA : RM 45.00 SEKOTAK,  ADA 25 PC

KEPADA YANG NAK CUBA DULU BOLEH  BELI 10 PC DULU = RM 20
PM DI FB OR 019-4290584


p/s: akak tu cakap baki minum tu try sapu kat muka, jadi tegang. tapi aku tak buat sebab aku minum kat ofis.

Wednesday, December 21, 2011

best jugak drama vanila coklat

 

Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam


ampa tengok tak drama nie semalam, aku tak tengok pun semalam, pagi tadi baru tengok siap downloads lagi he3..malas nak tengok semalam nanti kena tuggu iklan lama. seminggu sekali je drama nie. by the way menarik gak cite nie ada komedi skit.


SINOPSIS DRAMA CINTA COKLAT


Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.


Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

ikan operate


 pernah dengar tak ikan operate, sebelum nie aku tak pernah dengar pun, nie pun sebab aku terbaca kat blog masakan mana thah tak ingat, ke kat blog mat gebu kot hik2...aku panggil ikan belah belakang je. dalam perut ikan tu sumbat cabai kan, ada setengah orang suka letak kelapa parut pedas n lain2 lagi lah.

aku paling suka bila mak aku yang buat, cabai dia sedap lain macam he3...air tangan mak le katakan.


 Tapi yang dalam gambar nie versi aku yang buat, ikut selera sendiri he3...

kesedapkan ikan nie terletak pada cabai dia kan, aku suka manis pedas,jom tengok resepi mudah

 masak cabai sampai kering camni

Bahan-bahan ikan belah belakang


ikan cencaru ( dibelah tepi )
cabai kering yang dikisar
bawang besar ( dipotong )
terung ( dipotong dadu ) * kalau ada



cara masak cabai

- Tumis bawang putih sampai garing
- masukan cabai kering yang dikisar, biar sampai masak dan pecah minyak. 
- masukan bawang besar dan terung, letak gula, garam dan kicap. masak sampai  kering.

cara mengoreng ikan

 - letak garam dan kunyit atas ikan
-sumbat cabai yang siap di masak tadi dalam perut ikan
- goreng ikan dalam minyak panas

# Tips ikan masak sempurna- goreng ikan dalam api yang perlahan sehingga garing.
ini disebabkan ikan cencaru kulit tebal, api yg terlalu kuat leh hangit tapi isi tak masak.

 

Tuesday, December 20, 2011

bayar bil di BSN boleh menang myvi baru

kampen sampai 31 disember 2011 nie je...kena isi form untuk join...sapa2 yang yang ada bill atas nama sendiri leh le join. aku memang p bayar bil kat c2 tapi bukan atas nama aku pun. so tak leh join pun...

Kerabu mangga


sekarang nie musim buah pelam kot, ada mangga lebih dalam peti ais, aku dengan rajinnya buat kerabu pada hari cuti. sebenarnya aku beli buah pelam nie 2 biji untuk buat menicah, sebiji je aku buat menicah tu pun seminggu baru habis he3... then ada lagi sebiji, teringin lak nak makan kerabu. sapa nak resepi kerabu mangga tengok bawah ok

RESEPI KERABU MANGGA ( cara aku )

*1 biji buah mangga / pelam
*bawang besar
*5 biji cili padi/ cabai melaka
*buah tomato
* daun jangus

# udang kering
# belacan

yang bertanda * potong halus memanjang
yang bertanda # tumbuk

gaul semua bahan * # letak bahan perasa garam dan gula

selamat mencuba \(*_*)/

Newer Posts Older Posts Home