Friday, November 25, 2011

tak payah p pejabat pos lagi- BSN kan dah ada

Sebelum nie kalau p bayar bil2 aku selalu kena p pejabat pos, separuh mati gak lah nak melintas balik kan, ngan kecut perut semua ada. jalan tu banyak lori2 besar dan traler antara jalan tersibuk lah kat c2.

asal ke p bayar je aku liat giler nak p dah tugas kena p jugak kan he3...Sekarang tak payah risau tak payah melintas jalan sibuk tu lagi, sebab BSN ( Bank Simpanan Nasional) baru buka dekat kawasan aku, semua bil2 boleh bayar dekat Bsn je...just ambik no je, tak yah isi borang pun. orang pun tak ramai.


BSN tu pulak sebelah ngan KFC, AYAMAS DAN KEDAI2 untuk shoping2...suka-suka he3. see dekat kg aku ada kfc dan ayamas lagi tu...jangan tak percaya hahaha

p/s: tapi bila nak pos barang kena p pejabat pos gak :p

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Assalamualaikum...  hari ahad nie merupakan 1 muharam 1433 (27/11/2011) so kita baca doa akhir tahun pada sabtu petang ( 26/11/2011 ) selepas waktu Asar dan Doa awal tahun selepas waktu mahrib pada hari yang sama.

kebanyakan semua masjid di tempat kita akan buat majlis nie, bagi sapa2 yang berpeluang pergi masjid p le ramai2 ok, boleh buat secara berjemaah, setahun sekali je kan. insyaallah sabtu nie aku nak p.

bagi yang tidak berkesempatan pergi masjid, korang boleh je baca doa akhir tahun dan awal tahun dirumah.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  ( HARI ASYURA )


10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.    Menziarahi rumah orang alim.

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.   Menziarahi kaum keluarga

11.   Mengerat kuku

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
sumber  SINI
 

Wednesday, November 23, 2011

berilah barang yang berguna....

sekarang kan musim orang kawin so en3 aku pun berkisar kearah tu sekarang, camna thah aku jadi bidan terjun dalam menyediakan persiapan perkawinan lak sekarang, rezeki orang kawen, fikir2 balik y not i buat bisnes kedai pengantin je kan hehehe....bisnes secara online je. 

setakat nie aku ada 2 produk je yang berkaitan perkawinan

 dan

- menerima tempahan doorgift bodyscrub

Bagi bakal2 pengantin terutamanya dan sesiapa saje korang digalakkan mencuba produk nie, sangat baik untuk kulit, cara penggunaan perah limau nipis dalam lulur dan sedikit air, kemudian lulur seluruh badan biar kering dan sental sehingga kuar daki.


Bercakap pasar doorgift mesti ramai yang pening nak cari barang apa yang sesuai kan, bagi aku le kan y not kita bagi barang yang berguna dan boleh dipakai oleh tetamu kita, sebagai contoh bodyscrub ( ciss promosi barang sendiri hehehe) AKU TENGAH BUAT PROMOSI NIE RM 1 JE     KLIK SINI


Selain tu korang leh bagi uncang tea ke, leh gak minum 1 family lagi hehe...pendek kata barang yang berguna lah dan ada fungsi ok.

Tahun depan Insyaallah aku nak hasilkan produk baru untuk IZYANTY COLLECTION SPA....produk baru nie nanti leh buat doorgift gak taw. yang pasti produk baru tu nanti bahan asas dia bahan semulajadi. sekarang aku nak buat exprimen dulu......bila dah siap nanti insyaallah aku akan bgi sample PERCUMA.

Tuesday, November 22, 2011

tips gambar perkahwinan nampak cantik

i1.pemilihan baju yang terang/ kontra

kenapa perlu baju yang terang lak, padahal ada yg  suka colur yang soft je kan, penting taw baju yang terang bila dalam gambar nampak cantik dan menyerlah.

kalau yg soft kontra kan baju korang sekali ok kalau semua kaler sama tak nampak menarik sangat, cuba match kan 2 kaler, kalau boleh veil jangan sama ngan kaler baju, baru leh nampak kecantik veil tu kan.

2. pemilihan kaler pelamin

kalau u all pakai baju pengantin biru pelamin tu jangan le banyak biru lak, nanti bila tangkap gambar pengantin tak nampak, kaler dah sama,  so gambar pun tak cantik huhuhhu...

3. pemilihan make-up

pemilihan make-up nie penting jugak taw...apa beza make-up murah dan mahal, serius banyak beza  rupanya...sebelum nie aku tak taw sangat pun, nie hasil pemerhatian aku je.make-up yang mahal sikit tu ada teknik tersendiri, leh ubah rupa lak tu, kalau pipi tembam leh bertukar jadi slim je, then pengantin nampak cantik je dan berseri2.

dan satu lagi kalau nak make-up u all nampak berseri jangan le dok meke-up tebal dan berlebihan sangat,2,3 bulan sebelum majlis korang. korang perasan tak artis  bila kawen nampak biasa je kan gambar kawen diorang tu sebab kita dah selalu sagat tengok diaorang make-up....seri tu dah tak ada.


4. pemilihan juru photo

sila upah juruphoto yang menghasilkan gambar yang cantik2, camna nak buat pemilihan ek....buat server dulu dekat internet baru pilih yang terbaik n murah huhuhu...


p/s: 3 yang kat atas tu sangat penting ok...nie atas pemerhatian aku je. kalau ada nak tambah boleh komen kat sini ok



gambar sekadar hiasan ini bukan gambar op k, digital je so tak berapa cantik
UNTUK TEMPAHAN VEIL KLIK SINI
HARGA  MURAH  DARI  BIASA

gambar dr Op


Monday, November 21, 2011

air soya + air jagung sedap.....

       


           

semalam baru taw yang yeos ada kuarkan produk baru untuk soya, then aku pun beli le sekotak, emmm rasa dia sedap gak, xlah bosan asyik minum soya je heheh....ada 2 produk baru satu lagi + rose. yang rose tu aku tak nampak lak kemarin, yang rose rasa camna lak tak taw le, nanti nak cuba gak...untuk awet muda makan bunga rose huhuhu