Pages

Saturday, July 2, 2011

BUKAN CINTA BIASA

ku dekati kau sepenuh hati
ku tak bermain dengan rasa
serius kusuka padamu

sesungguhnya ku ada hati padamu
yang manis selalu cintaku
kini untuk kamu

ku dan kamu jatuh cinta
bukan cinta biasa
dunia ini milik berdua
bukan cinta biasa

ku ingat kamu berjanji
bukan janji biasa
cinta kita terbelah dua
bukan cinta biasa

oh...

ku dekati engkau sepenuh hati
ku tak bermain dengan rasa
serius ku suka padamu

ku dan kamu jatuh cinta
bukan cinta biasa
dunia ini milik berdua
bukan cinta biasa

kau dan aku berjanji
bukan janji biasa
cinta kita terbelah dua
bukan cinta biasa 

Penyanyi : DIMAS BECK FT CHELSEA OLIVIA
sumber : 
http://www.justsomelyrics.com/2409591/Dimas-Beck-ft-Chelsea-Olivia-Bukan-Cinta-Biasa-Lyrics

Sawah padi restoran buluh- sedap ke?




GERBANG utama yang menyambut tetamu juga diperbuat daripada buluh.




Menceritakan tarikan utama di Istana Bambu, Anis mengulas elemen buluh yang diserap daripada konsep dekorasi rumah dan premis di Bandung, Indonesia mencetus inspirasi.

RUANG makan utama yang boleh memuatkan lebih 170 pelanggan pada satu-satu masa.




Uniknya, sawah padi melatari hampir 70 peratus daripada landskap restoran.
Malah, di satu sudut berdekatan dengan surau yang mampu memuatkan lebih 20 orang jemaah, pokok padinya masih muda dan menghijau.
Restoran buluh ini menerapkan ciri-ciri tradisional sebagai motif utama setiap dekorasi termasuk pencahayaan yang mengguna pakai peralatan menangkap ikan seperti bubu.
Dinding terbuka yang menjadi pemisah ruang juga dianyam dengan corak buluh.
Langsir rona putih yang digantung di setiap sudut dan tiang utama restoran mencampurkan secalit unsur dramatik dan romantis.
Perabot yang menggunakan unsur buluh sebagai asasnya dihasilkan oleh kerja tangan anak watan.
“Daripada meja makan hingga kerusi semuanya adalah hasil sentuhan tangan orang Malaysia yang kreatif mengolah buluh dengan teknik tersendiri,” singkapnya bercerita mengenai restoran di bawah kendalian syarikat Ofisgate Sdn. Bhd. ini yang kos pembinaannya mencecah RM500,000.


UMPAMA kembali ke kampung halaman, tanah bendang menjadi daya penarik restoran Istana Bambu.



sumber: KOSMO ONLINE Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

Friday, July 1, 2011

JIMMY dah jadi ayah

Simbolik nama Zahrah

KASIH bapa. Jimmy amat bersyukur dengan kelahiran zuriat sulungnya ini.



Nama Zahrah yang membawa maksud zahir yang cantik diberi oleh Jimmy. Sebenarnya ia merupakan nama gabungan arwah ibunya Azizah Mohd. Yusof dan ibu mertuanya Muniroh Kasim.

“Memang saya yang pilih nama ini, sebelum itu saya ada berbincang dengan keluarga mertua dan mereka bersetuju dengan nama yang saya pilih. Saya juga merasakan nama Zahrah memang sangat sesuai dengan anak saya,” kata Jimmy lagi.
Meskipun anaknya masih kecil, sudah bermacam-macam perancangan yang dibuat untuk puteri kesayangannya itu.

“Saya mahu dia bersekolah di sekolah kebangsaan bukannya sekolah swasta kerana saya mempunyai zaman persekolahan yang hebat, jadi saya mahu anak saya turut merasainya. Kalau boleh saya juga mahu dia menjadi seorang atlet tenis kerana di Malaysia kita belum ada atlet tenis yang benar-benar bersinar.


sumber : kosmo boleh baca berita sepenuhnya kat kosmo ok...

apa nak buat dengan kucing yg suka mengekor kemana kita p??

Aku bukan seorang pengemar kucing, setakat bagi makan kucing aku tak kisah lagi, bab dia suka mengekor dan bergesel kat aku, yang buat aku tak suka. aku geli ngan kucing pastu sedikit fobia bila dok rapat2 ngan aku, aku takut dia cakar aku, dulu pernah kena cakar ngan si oren coz lambat bagi makan. terus buat aku tak leh dekat ngan kucing. dlu aku ada sioren yg menumpang umah aku, pastu dia lari ikut kucing betina mana thah, terus tak balik2 sampai sekarang.

Baru -baru nie ada sekor kucing jantan lagi yang nak menumpang umah aku, pelik tol le kucing2 nie suka tol menumpang umah aku, mula2 masuk time siang, dah halau keluar tak masuk dah. camna thah malam kemarin boleh pulak dia panjat bumbung umah aku masuk dalam umah, terkejut giler aku bila masuk dalam bilik kucing tu ada atas bumbung bilik aku, memang berusaha nak dok umah aku rupanya. aku pun dah malas nak suh dia keluar, aku biar je lah then tido. masa kol 3 pagi tu aku terjaga dengar dia dok panjat2 sampai jatuh habis barang dalam umah aku, nie mesti dia dok ligan cicak nie. lantak ko lah kucing sambil tu aku dok dengar dia dok mengiew2...rupa2 tak boleh keluar dok dalam bilik mak aku, tadi pandai sangat masuk sekali nak keluar tak boleh huhuhu....mak aku pula bangun buka pintu kat dia. so dengan rasminya kucing tu dok umah aku sekarang. tapikan fikir2 balikan tak nak arr kucing tu, dah bagi makan kenyang pun asyik nak ikut orang je, rimas tol kang tersepak berdosa lak, baik suh dia pindah umah orang lain je kan, but kucing tu comel gak bulu putih bersih ada tompok hitam sikit, kurus je muka cam remaja lagi hahahah...


p/s: kalau kucing siam, lagi tak mau nampak cam ulat bulu besar bergerak huhuhu..larikkkkkkk

Wednesday, June 29, 2011

bag baru untuk my lappy


yeahhh my lappy dah dapat bag baru, mesti dia suka kan, bag sama kaler ngan dia gak huhuhu...aku baru perasan sekarang nie banyak benda aku kaler purlpe. masa aku dok pilih2 bag aritu ada banyak kaler, warna kesukaan aku pink n hijau muda pun ada, tapi camna thah mata aku terbekenan gak kat bag purlpe nie. 




 ni lah bag baru lappy aku, oit bukan bag budak sekolah tadika tau, bag nie memang kecik je lepas untuk letak netbook je ok. notebook xlepas huhuhu. apa yang aku suka pasal bag nie ialah, sebab dia kecil n cute sangat then sesuai ngan netbook aku. kain bag nie cam getah yg tahan lasak n tebal. kalau kena kotor senang basuh. 
 harga dia RM 25 SAHAJA, setelah aku tawar menawar he3...beli masa dekat Bukit Kayu Hitam.


 barang2 kat sana mahal2 jugak, setengah barang yg murah dr tempat aku je aku beli, baju pun mahal lebih kurang kat cini je pun, silap2 cini leh dapt lg murah. aku p pasar malam perlis lagi dapat barang murah, selamat aku dah borong kat pasar malam sebelum p bukit kayu hitam. banyak gak lah tudung fesyen baru yg murah2 yg sempat aku borong. 

p/s : nie adalah cite 2 minggu lepas he3 ...baru nak buat en3

Tuesday, June 28, 2011

nak susah dulu ATAU senang dulu???



 kalau ada orang tanya korang antara dua pilihan nie, yang mana satu korang nak pilih diantara

SUSAH DAHULU SENANG KEMUDIAN
ATAU
SENANG DAHULU SUSAH KEMUDIAN


Kalau aku punya jawapan nak senang..senang dan senang hahaha leh camtu? gurau je lah :p semua orang nak senang kan. tapi tak  semua orang  bernasib baik nak sentiasa senang je. kalau anak orang kaya of coz le leh senang..senang dan senang kan. kalau anak orang yang tak berapa nak kaya cam aku, kena lah susah dulu kan...pernah tak korang merungut kenapa aku tak leh nak kaya cam sesetengah orang tu...sila buka mata luas2 ( pesanan utk diri sendiri :p)  dan tengok sape yang kaya raya dok rumah goyang kaki je bulan2 dapat duit belambak2...ada ke? ada mak datin :p...hahaha..sebelum nak jadi mak datin tu, penat tau datuk dok usaha cari harta, sampai leh dapat taraf datuk. banyak je orang lain leh jadi datuk tanpa susah payah kan, datuk kaya cucu huhuhu. datuk jugak kan.

korang pernah tengok STANZA dekat TV 9 setiap hari selasa 9 malam. INI bukan  stanza cinta yang aron aziz berlakon tu okey. Stanza nie satu DOKUMENTARI yang mencerita usahawan muda yang berjaya dalam bidang masing2. dalam stanza nie orang yang terpilih tu selalunya ada 3 jenis bisnes yang dia buat dalam satu masa, wahhhh tabik spring arr kat depa nie, dalam usia yang muda dh handle macam2 bisnes. macam2 halangan dan rintangan, usaha dan komitmen yang tinggi harus diberikan. waaaaa cam letih je nak kejar masa nak buat macam2 kan, tapi dioarang tu sangup wei korbankan masa  diaorang.  kebanyak yang dipaparkan dalam rancangan nie semua anak orang kaya. boleh arr kan harta mak bapak depa banyak leh buka banyak bisnes kan, BUT korang jangan lupa kalau harta yang bergunung ganang tu ditarah habis gak kan. kira ok gak ada sumbangan dana dari family kembangkan lagi bisnes. daripada anak orang kaya yang tak nak keja pastu perabih duit mak bapak je kan.

see dari citu kita dah nampak kenapa orang kaya lagi bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin...semua tu perlukan usaha dan komitmen yang tinggi, bukan senang2 leh kaya kan.


camna nak mulakan bisnes tanpa modal dan tanpa dana ek????

mari berfikir ramai2 apa yang boleh kita buat

- buat loan paling senang tapi kan perlu buat kertas keja dan bagai lah, tapi xpa kalau nak mesti usahakan.

tapi bagi aku lak yang hangat2 tahi ayam nie loan sangat lah tidak sesuai, nak tau kenapa takut xleh bayar...so baik aku buat bisnes kecik2 dah le guna modal yang kumpul sendiri. kalau kita nak buat bisnes apa sekalipun tolong jangan behenti keja. kalau bisnes kita leh p jauh n menguntungkan baru kita bagi tumpuan kat bisnes. orang yang kaya raya tu buat banyak keja tau tak, mari kita contohi mereka ok. sok2 bila dah tua leh dok goyang kaki he3..masa muda kita keja kuat. aku tak mula keja kuat lg camna, dh tua nie...


p/s: tak kisah orang pandang kita xdak apa-apa sekarang....

peminat shawl ada jualan lelong..cepat terjah



 sapa suka pakai shawl, cepat terjah link nie, berbaloi2..ada banyak lagi tau

http://chic-shawl.blogspot.com/2011/06/chicshawl-crazy-price-cut.html
 
 
 p/s : korang pilih le aku bukan peminat shawl :p...jom cuci mata,cbuk je kan aku bukan peminat shwal pun, tapi sebab kaler nie buat aku tertarik...terus masuk huhuhu..

sambal petai versi aku rajin ^___^



sekarang nie musim petai xdak isi...kalau nak isi banyak kena tunggu bulan 7 betol ke camtu, aku pun dengar orang cakap he3..tajuk tak boleh blah kan versi aku rajin tu, tengok betol2 aku siap kopek ambik isi sahaja. dalam 6 keping aku kopek dapat dalam segengam pun tak sampai, siap leh bilang lagi. selalunya aku memang malas, xdaknya aku nak kopek2 ambik isi je, selalu dengan kulit sekali masak potong dua sebiji, tang kulit tu la banyak khasiat kan, tapi sedikit pahit. tapi kalau nak makan puas ambik isi je cam kat atas tu. kalau malas nak kopek beli isi yang siap kopek dah pun ada jual.

kali nie aku buat sambal petai nie versi lain, tiru cam kat kedai makan tomyam, jenis kuah pekat lagi sedap, cis perasan sedap lak kan huhuhu. selalu bukan buat camni, stail kuah cair.



meh aku bagi resepi mudah tahap gaban nie

Bahan-bahan
-  cabai kering yang siap dibelender
-  isi petai
- udang 
- kicap
- sos cili
dan bahan perasa garam n gula

cara masak:

-Tumis bawang merah dan putih, masukan cabai yang siap dibelender ( suka ati nak letak banyak mana).
- biar sampai naik minyak, masukan udang, sedikit garam, gula, kicap dan sos cili,masak sehingaa kuah pekat.
bila mendidih masukan isi petai.  ok siap...mari makan *^__^*

Monday, June 27, 2011

peminat drama korea n baju korea sila baca ^_^

Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua..dekat cini ada peminat baju2 korea  n drama korea tak?aku salah sorang peminat drama korea tau, then bila tengok drama korea sangat suka tengok baju2 yg diaorang pakai, cantik arr kan, setiap kali gaji mesti cari baju yg jual baju fesyen korea kat jusco ada satu kedai tu je yg aku suka n harga berpatutan.

memandangkan aku suka shoping baju, baik aku jual baju lah senang, then aku memang pantang nampak baju2 cute korea nie but still menutup aurat. kena mix n match. paling suka jeket dia he3..


 UNTUK PERHATIAN SEMUA MULAI BULAN 7/2011  ( lagi beberapa hari je lagi kan )
 KORANG BOLEH BELI
BAJU DARI KOREA DI BLOG AKU
HARGA BERPATUTAN
JANGAN LUPA BELI OK :)


DEKAT BAWAH NIE CONTOH BAJU  YANG AKAN DIJUAL, GAMBAR DARI DRAMA 


 cantik dress pink nie, suka sangat















aku ada baju camni gak, tapi tangan panjang n kat bahu puff...

Newer Posts Older Posts Home