Thursday, May 12, 2011

ROTI MAT SALAI - PRODUK BUMIPUTERA

 mat chicken RM 3.50
 
rasa boleh tahan sedap, tapi kan roti nie cam nipis sangat  angkat nak makan pun susah arr coz lembik bila diapit daging. harap diaorang dapat meningkatkan kualiti produk ini ok. eh boleh tak tulis komen camtu, nanti kang tak pasal2 aku lak yg kena saman. waaaa takutnya......... :(


 dibalut ngan kotak kat atas nie.

 pertama kali makan dan tau kewujudan mat salai nie. kat dalam kampung aku ada orang jual. yang pasti ini adalah hasil usaha belia muda negara kita. bagi yang berminat nak berniaga produk mat salai, diaorang ada sediakan kios dan lori bergerak, ada banyak pakej leh pilih.ada banyak jenis pilihan dan jus jugak.


untuk maklumat lanjut boleh rujuk dekat website ini  
PENGENALAN

Mat Salai Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% Bumiputera dengan modal berbayar sebanyak RM500,000 yang ditubuhkan pada 14hb Disember 2007 bertempat di No.69, Jalan 2/22, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Pada bulan Julai 2008, Mat Salai Sdn Bhd telah berpindah ke pejabat yang lebih besar dan selesa di No.5, 5-1 dan 5-2, Jalan Puteri 5/20, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor dengan menyewa bangunan tiga tingkat. Ia merangkumi bilik pameran di tingkat bawah, bilik operasi di tingkat satu dan bilik mesyuarat / latihan di tingkat dua.


Program inovatif ini selaras dengan seruan kerajaan untuk melibatkan belia-belia yang mengganggur untuk menceburi bidang perniagaan.Ramai di antara mereka yang beminat tetapi tiada modal dan pengalaman.Jesteru itu hasrat kerajaan negeri untuk bergerak cergas dalam pembangunan belia niaga dapat dijalankan bersama program yang kami kenalkan ini.Ini adalah tindakan strategik bagi menangani masalah pengangguran. 

 



   
 
   




 


Wednesday, May 11, 2011

mari belajar masakan korea Tteokbokki


Gara-gara terpengaruh drama korea yang konanya nampak sedap je bila depa makan kan. so masa akak aku p KL aritu dia beli bahan2 untuk masak tteokbokki nie, kat  kl je kot yang ada jual bahan masakan korea halal. kat mana thah aku pun tak tau sebab aku tak p masa tu.

mari kita buat sesi berkenalan dengan bahan dari korea di bawah ini

ini cili korea yang siap diblender, dia tulis pe thah xfaham pun huhu..




ini bukan keropok lekor tau, nie le bahan utama. nak sebut pe thah dalam bahasa melayu jejari beras kot :P




sayur ni dari malaysia le kobis n carrot




senang betol nak masak benda alah nie, jom tengok kitaorang buat camna

panaskan air dalam periuk, masukan kiub ikan bilis kacau sehingga rata
then masukan 2 sudu cili




bila dah sebati cili masukan jejari beras tu, potong 2.
sila rase dahulu ok...kalau tak cukup rasa baru letak garam n gula.

ini disebabkan cili n kiub bilis dah ada perasa.




bila dah mendidih baru masukan sayur kobis n carrot.
jangan masak terlalu lama, kang hancur le jejari beras tu, kuah akan pekat ngan sendiri disebabkan kanji dr beras.




 dan hasilnya macam nie. nak tau rase cam pe tak??
rase dia pedas2 manis, jejari beras (ttoekbokki ) tu bila makan kenyal

pada pendapat aku kira sedap jugak lah sebab lebih kurang cam masakan kita gak lak sebab ada rasa pedas hahahah...
 cam makan nasi gak lah, boleh kenyang, sebab bahan asas dia beras gak.



p/s : kitaorang tengok kat yutube cara masak sebelum memasak benda alah nie ok :p

next episod kita belajar masak makanan korea yang lain pulak ok. next episod tu tak tau bila, kalau rajin nanti arr he3

yang sebelum nie buat KIMBAP
nak cuba buat leh tengok SINI





DRAMA DARI NOVEL mesti best kan - NORA ELENA


sape yang peminat novel jom layan drama nie, teruja giler nak tengok drama berjudul Nora Elena
9hb Mei 2011 di TV3 slot Akasia tambah2 dapat tau drama nie diataptasi dari sebuah novel yang bertajuk KASIH YANG SUCI.
Ada Aaron Aziz lagi tau tu pasal nak melayan drama nie huhuhu...yang pasti kalau cite dari novel memang best ok.

sapa penulis novel nie ek...Meen Zulaikha ok. aku tak ingat pernah baca ke tak novel nie, masa tengok episod pertama semalam cam pernah baca je, tapi tak ingat arr...maybe aku pernah baca kot masa suka dok pinjam kat libry dulu or pinjam kat orang heheh...yang aku beli tak dak pulak tajuk nie. aku tak pasti pulak novel nie novel baru kuar or dah lama. lagi feeling bila baca novel kan.

 maklumat pasal drama nie aku dapat dri penulis novel tersebut :




nora elena slot akasia tv3



Para pelakon yang membintangi drama ini adalah pelakon terkenal Aaron Aziz, siti saleha dan beberapa barisan pelakon yang lain. Untuk uols semua,jom baca sinopsis Drama Nora Elena yang akan ditayangkan di TV3 slot Akasia.

Sinopsis
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Tuesday, May 10, 2011

promosi lulur secara borong...RM 1.80 SAHAJA



FUNGSI LULUR BERAS PULUT

- Menjadikan kulit halus, licin dan gebu
- menghilangkan daki-daki dan kotoran di badan
- menghilangkan bau badan
- mencerahkan kulit
- boleh dijadikan scrub wajah untuk melincin kulit wajah dan menghilangkan blackhead, kulit mati dan sebagainya.
-melembutkan kulit.





CARA PENGGUNAAN LULUR/ atau Bodyscrubs


Disapu ke seluruh tubuh dan apabila separa kering sental sehingga keluar daki dan sel kulit mati di permukaan kulit.




 lama betol tak buat promosi kat blogshop aku yang satu tu kan, sangat2 sibuk beberapa bulan yang lepas...
hujung bulan nie n awal bulan depan mesti banyak orang kawen kan, ye la musim cuti sekolah.

untuk perhatian semua, kepada sape2 yang berminat nak berniaga lulur aku nak jual dengan harga borong. 

ada peniaga yang beli secara borong kat aku, banyak customer dia beli untuk scrub wajah. patut le laris bab kecantikan wajah ramai je orang beli kan. 

cakap bab lulur badan ramai yang tak dak masa nak pakai kan. So u all leh guna untuk muka gak sebenarnya. ramai yg beli untuk guna dekat bahagian muka . sape nak cuba boleh cuba sekarang ok.


minimum 20 pc x  RM 1.80 =  RM 36

caj pos tidak dikenakan bagi tempoh promosi sehingga  31/6/11

HARGA PASARAN RM 2.50 = 1 PC


bagi  belian untuk DOORGIFT  100 PC keatas tawaran harga lebih rendah


SEKIRANYA BERMINAT HUBUNGGI DI PM

INBOX FB @ 019-429 0584

PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN MAYBANK

harap dapat petunjuk dari Allah..

Istikharah Cinta




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta.. 
 
 
Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com

Monday, May 9, 2011

kopi ais yang sedap

kopi ais yg sedap beli dekat kedai nasi ayam.
beli air je sebab aku ngantok sangat, makanan tak beli pun coz tengahari balik makan kat umah.

pagi2 sampai ofis dah ngantok amat, terjaga kol 4 pagi...ciss gaya cam dah ada anak kecil lak kan, memang ada baby kat umah aku pun, tapi aku lak sibuk2 dok terjaga pagi2 buta kan. ini gara2 adam arr suka terjaga kol 4 pagi sambil nagis kuat2, satu umah bergegar huhuhu. 

tapi pagi tadi dia tak nagis cam selalu coz baru sampai dr johor kol 4 pagi. pe hal lak aku nak terjaga kan. disebabkan dia tak mau tido time tu dia nak main, ibu n ayah dia dh ngantok drive. mak aku bawa masuk kat bilik main atas katil, aku rase aman je pagi tu tak dengar dia nagis huhuhu....tapi kan tiba2 aku terjaga ternampak adam dok merangkak kat aku, mak aku lak buka lampu trus aku xleh nak sambung tido.

tiba2 aku terdengar lontaran suara nyaring dia...nak nagis le tu lapar...bagi minum susu tido sat je, sambil dok tido tu boleh pulak dia pusing 360 darjah, sambil tido sambil nak merangkak pun ada.kelakar tol aku tengok gelagat dia tido. dalam buaian pun dia nak merangkak jugak. mentang2 badan dia ringan.

harap lepas seminggu adam kat cini dia tak nagis pagi2 buta dah ok, sementara nak biasa tu pasal asyik terjaga pagi2 je. kat umah dia,dia tak bangun awal camni pun, nagis pun tak. balik cini asyik nagis je.


ini dia budak suka nagis pagi2 buta...sgat geram kat dia, bukan geram marah ok...tapi suka sagat tengok dia,
dh pandai nak sembang2 sekarang, so aku pun melayan le bahasa alen dia huhuhu. yg kelakarnya semalam aku mimpi dia dh leh cakap  bahasa yg leh difaham cikit2. bru 7 bulan ner leh cakap g la...memang aku yg mimpi.

masa siap2 nak p keja, adam dok cakap2 bahasa dia ngan aku, hampeh aku tak faham...sebelum nie dia tak sembang pun, susah betol nak dengar suara dia, gelak pun tak dengar suara, kalau nagis satu kg dengar lak.