Friday, April 22, 2011

akhirnya dapat jumpa adam setiap hari

suka tol makan jari sendiri, perasa coklat kot he3..



ada berita baik  awal bulan 5 nie. ibu adam dapat tukar balik penang...yeahhhh happy bangat, lepas nie leh selalu main ngan adam. sangat tenang tengok baby, segala masalah leh hilang tau, budak2 muka suci je kan.

Adam n ibu dia yang akan balik dulu, abang aku lum dapat tukar lagi, insyaallah bulan 6 baru tau result dapat tukar ke tak. tapi sangat2 berharap abg aku pun dapat tukar penang gak.

eh setan pun boleh kena stroke

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan. Klik like jika anda pengguna FB.

Wallahualam..

copy & paste dri FB

Thursday, April 21, 2011

dikejar rama-rama

kredit kpd www.mkrash.com coz aku pinjam gambar dr dia.





Suka tol aku ngan gambar rama-rama yang kat atas nie. aku dikejar rama-rama tau, cisss ko ingat aku bunga ke nak hingap2 lak. 2 kali lak tu, yang pertama masa dekat rumah bos aku, yang kedua kat umah aku dalam toilet. tau le kat luar tu panas, tu pasal dia masuk nyorok dok dalam toilet sejuk sikit ek...pas tu dok hinggap kat aku lak masa aku ambik wuduk nak solat. dah le aku rabun, ingatkan menatang pe thah tadi. lari2 ambik spack mata lak huhuhu...

Blog yang bermotivasi dan banyak tips

hari nie aku nak kongsi ngan korang blog yang menjadi pilihan aku, dan kenapa aku suka masuk blog tersebut. 

Dulu masa mula2 berbloging aku just terfikir pasal trafik blog je, banyak sangat orang dok cakap pasal trafik, bagi tips tingkat trafik le, pentingnya trafik tinggi dan flower, pasal nuffnang le. siap ada segment nak promosi kan blog dan bagai le. Tapi sekarang aku dah tak peduli pasal trafik, fikir2 balik buat pe nak pening2 pale nak fikir benda remeh temeh camtu kan. bloging secara suka2 lagi best. 

sekarang pula aku tengok ramai bloger yang terkejar2  nak jadi femes lak, dah macam nak jadi artis lak. Ada sesetengah tu yang saja2 reka cite buat skandal sana sini...erkkkk sah2 lah nak buat publisiti murahan untuk naik kan trafik blog. sory le kalau ada yang sentap ngan stament aku nie. mungkin itu cara korang untuk naikan trafik, kadang2 aku rasa cam kelakar lak diaorang nie.

eellleh ingat blog ko bagus sangat ke..... mesti korang nak cakap camtu kan, blog aku blog sampah je  tak layak nak cakap camtu kan, mesti ko jelous sampai kuar stament camtu ek....aku tak jelous pun. kalau bloger pun sibuk nak jadi femes cam artis, bloger2 biasa cam aku nie jadi pe lak. cam ada dinding pemisah lak sekarang nie. bosan lak aku nak baca blog2 yang nak jadi artis nie.


lagi satu aku tau le orang malaysia suka sangat gosip artis kan, kalau letak pasal gosip artis je comfim2 trafik tinggi kan. tak kisah lah nak letak gosip pun, tapi kan kalau cite yang baik2 pasal artis tu ok le letak, kalau cite yang tak best dan boleh mengaibkan orang tu dgn jelas baik jangan letak ok. aku rasa semua orang tahu kenapa kan, dalam islam pun dah tertulis jangan aib orang dan sebar kan aib orang berdosa tau, aib diri sendiri pun tak leh cakap, ini kan pulak hal orang lain. nie pun dapat dosa 24 jam gak, cuba bayangkan lah berapa orang dok online dalam sehari pas tu terbaca lak dalam blog kita, tak pasal2 kutip dosa free je kan. malas nak sentuh pasal status duit yang dapat dari cite yang mengaibkan orang, sendiri mau ingat :p


kalau nak pahala 24jam letak le yang bab2 agama or ilmu yang boleh bagi panduan kat orang lain. selagi ada orang baca walaupun kita dah meningal kita still akan dapat pahala tu. tu salah satu cara untuk dapat saham akhirat. renung-renungkan dan selamat beramal.



JOM AKU KONGSI  SATU BLOG NIE, AKU SUKA BACA KAT CITU

banyak info untuk kehidupan seharian dan tips berguna KLIK SINI



p/s : blog korang yang lain pun aku baca jugak, kadang2 tak tinggal jejak.HARAP MAAF  kalau ada orang yang tak suka dengan tulisan aku kat atas tu.

beli rumah masa muda or dah pencen?

Aku nak buat karangan BM lak arinie, untuk menjawab soalan kat atas tu, aku bukan seorang penganalisis ekonomi or apa2, nie just pendapat dan pengalaman dari pemerhatian aku sahaja. kenapa aku nak tulis pasal benda alah nie ek? sebenarnya aku ada masuk satu blog tu dia tanya pendapat pasal benda alah nie. so aku pun sibuk2 nak tulis kat blog aku gak huhuhu. ( cisss ayat skema lak kan )



1- kita kena beli rumah masa muda

rumah tu aset tetap kalau kita beli sekarang harga murah lagi, kalau tunggu sampai pencen harga tanah dah melambung tinggi ok maka rumah pun dah naik harga. lagi satu orang cakap kalau nak beli rumah beli masa rumah tu belum siap lagi. kenapa macam tu, sebabnya bila rumah tu dah siap dalam tempoh setahun or 2 tahun harga rumah akan naik mengikut harga semasa. 


TAPI KITA NAK BELI TANAH LOT BILA DAH PENCEN DAN BUAT BANGLO LE

Macam tu ek, kalau nak beli tanah lot baik beli sekarang juga masa muda, tapi kalau u all dok umah sewa baik beli rumah taman,  flet or apa yang mampu yang berdekatan dengan tempat keja korang. daripada bulan2 bayar rumah sewa sampai pencen baik beli rumah buat aset kan. then bila u all dah pencen jual le rumah tu dengan harga lebih tinggi ikut harga semasa. duit yang jual rumah tu boleh le beli tanah lot dan buat rumah banglo kan. 
kalau beli rumah tak duduk boleh je buat sewa kan.



EH JAP KITA NAK SIMPAN  DUIT  DALAM ASB SAMPAI PENCEN, BIAR BERANAK PINAK


boleh je buat loan ASB kalau nak, buat loan  setakat 20k or 50k dah le. takan le nak buat sampai habis bayar masa pencen lak.

ada skim baru ek...yang leh tunggu sampai pencen duit jadi 1.5 juta...bukan le nak cakap tak bagus, duit kan bersifat cair, mudah2 je nak perabih duit tu, percaya tak dalam 1 hari 10k pun leh habis tanpa kita sedar. lagi satu kita tak tau apa akan berlaku pada masa hadapan. sekurang-kurangnya kita akan rasa puas bila kita ada aset dengan hasil keja susah payah kita kan. daripada duit kita tu anak2 tolong perabihkan, banglo ke mana, apa kemana kan.


2- Beli tanah lot dari awal

mari beli tanah lot dari aku ....hahhaha siap promote untuk diri sendiri lak kan. kenapa u all kena beli tanah lot, of coz lah sebab nak kumpul aset dan lebih penting bila dah tua2 nanti leh dok citu kan. kebanyakan customer aku beli tanah masa muda, nanti bila dah pencen baru nak buat rumah citu. harga tanah akan naik setiap tahun, sapa yang pandai ambik peluang sekarang untung le.

 ada juga yang beli untuk buat aset bila 2,3 tahun lagi diaorang akan jual ngan harga tinggi. kalau nak beli tanah kawasan seberang perai pulau pinang, cari aku ok coz my bos memang jual harga murah.





p/s:  sekadar pendapat peribadi je, aku tak mampu nak beli aset  apa2 pun lagi. nanti aku tambun tanah paya mak aku buat umah utk sewa dah le bila aku dah kaya he3 ( angan2 mat jenin ) boleh kan. aku ada baca kalau kita nak sesuatu kita kena sebut selalu benda tu, so selalu kena fikir positif sampai impian tu tercapai.


yeahhhh mari sebut ramai2....

KITA SEMUA AKAN KAYA DAN DAPAT BANTU ORANG LAIN JUGAK...AMIN

Thank's sudi baca   ^ _^

Wednesday, April 20, 2011

kenapa lagu sedih ada di blog aku lak

Apa maksud semua nie, tiba2 aku suka lagu nie lak, masa dengar  mula2 tak hayati lak dia punya lirik. bila lama2 dengar baru aku perasan lagu sedih putus cinta, apa kena mengena ngan aku lak.
tapi aku agak risau gak bila aku suka lagu camni, cam bagi hint kat aku je....selalunya camtu le. waaaaa takutnya.
 
T____T
 
 
 
 
 
 Bila Cinta - Gio (Ost Lagenda Budak Setan)


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
 

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap 
kenangan tentangmu
yangku dapat 
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

 

Uuu…

 Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

.....
Dalam harapan ...uuuu


P/S : setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tuesday, April 19, 2011

kawan kita - jom makan







mee bandung, rasa boleh tahan sedap

sekali sekala mari kita makan wasten food, kalau selalu mual ok, sebab aku tekak orang melayu kampung huhuhu.
nie kitaorang makan dekat kulim, tempat baru buka foodcourt kawan kita, ada banyak kedai makan, so boleh le pilih nak makan pe.harga dia ok tak mahal,dia punya suasa cam best gak, segan nak snap gambar kawasan tu he3..